HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Oct 2014

Blue Cube perlu meningkatkan Khidmat Pelanggan serta Product Knowledge

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
*Isu Khidmat Pelanggan*
 
Sebenarnya dah lama simpan cerita ini.
Dengan harapan semuanya akan selesai dan tak perlu nak kongsi cerita tak best ni
Tetapi dengan segala apa yang telah berlaku, saya rasa perlu saya kongsikan hal ini supaya orang ramai juga akan alert. Selain itu semoga bahagian training untuk staff yang bertugas di BLUE CUBE akan memastikan mereka mendapat latihan sebaiknya untuk berhadapan dengan pelanggan.
Memang saya tidak berpuas hati dengan sikap pekerja BLUE CUBE yang sambil lewa seperti acuh tak acuh dengan aduan pelanggan.
Selain itu sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan system yang sedia ada kerana kami ni pembeli bukan dapat FREE.
Maaf kalau bahasa saya menyinggung mana-mana pihak. Sebaik ayat saya susunan disini.
 
Kronologi kejadian adalah seperti berikut :
 
18 Mac 2014 --Alhamdulillah, Mr Husband hadiahkan iPHONE5S Gold.
Saya beli secara tunai di BLUE CUBE. Seronok tak terkira dapat handphone yang menjadi idaman ramai.
 
 25 April 2014 -- Fly overseas..Roaming bermasalah. Sebelum ini tak pernah berlaku. Menyusahkan betul apabila ROAMING tidak berfungsi semasa kecemasan di luar Negara.
 
28 April 2014 -- Pulang ke tanahair, Refer ke Blue Cube berkenaan masalah ROAMING. Kata petugas perempuan "Akak punya handphone tak cukup canggih kot. Saya guna SAMSUNG tak pernah ada masalah ROAMING sebab saya pun pergi overseas".
Amboi ko!! Pada masa tu dia tak tengok lagi handphone apa saya guna. Saya bagitahu dia sambil tunjukkan handphone saya " Ini handphone saya beli kat sini baru lagi"
Kata staff tu "Mungkin bill tertunggak? Atau mungkin akak salah setting?"
Hey I'm a good payer ok. Akaun Celcom selalu -ve sebab terlebih bayar. Handphone pun beli dari tempat hangpa.sesuka hati hang noo.
Saya kata "It's ok, I will call Celcom careline."
According to Celcom Careline, Handphone setting ok, Roaming memang Auto"
 
18 June 2014 - - Cable original tak berfungsilah pulak.Tengah urgent deal pasal business handphone mati bateri. Genap 3 bulan dari tarikh membeli dah rosak? Saya guna sebaiknya. Tak de pulak lambung-lambung cable tu..Adoi...
 
19 June 2014 - - Saya ke BLUE CUBE yang sama. Executive lelaki yang bertugas di kaunter mendengar masalah saya lalu berkata "Kalau masalah cable ni kami tak jamin Puan. Puan tahu tak macam mana nak guna cable ni sebaiknya?"
 Perghhh dalam hati saya...mentang-mentang saya datang selekeh, hangpa layan aku macam budak sekolah ye.
Katanya lagi " Tak pe lah, saya masukkan ke dalam report. Apa-apa Puan tunggu kami call. Puan tak perlu call ye. Tempoh sebulan dari sekarang iaitu 14 July 2014 (maybe)
 
14 July 2014 - -  ( Tiada panggilan.. mungkin tengah kumpul bahan nak buat cable tuh)
 
14 Ogos 2014 - -(Tiada panggilan..mungkin semua bercuti Merdeka)
 
14 September 2014 -- ( Tiada Panggilan lagi...mungkin semua sedang sibuk untuk perasmian iPhone6)
 
3 October 2014 -- Saya ke BLUE CUBE. Staff perempuan kes roaming tu di kaunter. Hmm kot lah nak cakap "Selamat Pagi boleh saya bantu? Assalamualaikum Puan.." Hampeh...Apabila saya keluarkan form report, tanpa melihat dia terus berkata "Kalau kami tak de call maknanya takde lah tu apa-apa lagi"
 Saya bagitahu dia "Ini dah lebih 1 atau 2, 3 bulan".
Staff tersebut ambil form report..Di semak dari computer.."Tak ada lah kak" dan masuk kedalam satu bilik ditepi kaunter. Kemudian dia keluar "Memang tak ada lagi apa-apa"
Saya Tanya "Berapa lama lagi saya perlu menunggu??"
Tiba-tiba datang supervisor dia barangkali, Staff Perempuan tu berkata "Nick..ni u tolong handle"
Ok sekarang tak tau dia boss atau Nick tu BOSS..akak kompius jap..
 
Nick telah membuat semakan dari system.
Katanya "Eh ni dah lama sangat. TAPI REPORT TAK ADA DALAM SISTEM"
Hah..apa korang nak buat kalau dengar macam ni? Nak buat tarian Singa ke? Tarian Zapin ke?? Lompat bintang sambil hirup laksa?? Eh sentap akak wei!!
 
Saya bagitahu dia " Itulah, saya ni sibuk macam-macam hal. Pasal cable ni patutnya small matter sebab aduan saya buat masih dalam tarikh warranty.
Kata Nick "Memang kalau report tentang kerosakan cable akan ambil masa yang lama Puan. Tetapi Puan jangan risau, saya akan masukkan semula report Puan ini dan saya akan pastikan semuanya terjawab dalam bulan ini juga (October 2014) "
 
 Ok..kita tunggu hujung bulan October ni pula ye semua.....Harap-harap dapatlah cable tu
Eh RM80 hengget kata ko hat original. Hat tiruan xleh support katanya.
Alahai iPhone5s ku....

iPHONE5S Gold Ku
BlueCube Manual Service Order

Terms & Condition - Estimation to complete repair 14 working days

Kalau tak boleh claim kenapa dia tanda pada kes Wired Connection or Accessories Issues
Expected job done 14 July 2014 (Maybe) di tulis oleh Executive Blue Cube tersebut


Report diambil pada 19 June 2014

Inilah dia adik ROAMING kita..
 

9 comments:

  1. kdg2 tnya dorang pon kena btol2 tgok tab tu.

    ReplyDelete
  2. kdg xsemua dia tahu..

    mmg kena ada training tp lau tak praktik naya juga..huhuuh

    ReplyDelete
  3. betul kata yui tu maybe staff ni perlu di beri training untuk handle perkara mcam ni..saya kalo ada problem selalu call celcom careline..tp ada juga staff mereka senang je jawab, "akak kena refer celcom centre"..kadang2 tu saya call 2,3 kali dan harap org lain2 yg jawab dan nak pastikan jawapan mereka sama ke tak..memang tak sama..ada staff yang bagus membantu..menyelesaikan masalah yg saya hadapi..kalo yg pemalas tu memang jawapannya.."akak kena refer celcom centre"
    pegi celcom centre pulak staff nye cam alang2 jek..boleh tak kalo keje bahagian cust service tu bg komitmen yang bagus dgn cust? bukan sempat borak2..

    ReplyDelete
  4. Bila baca...rasa nak tukar telco lain juga la Sofu ni Fuza...skrg guna cik C gak...nak gi ke cik M balik la..:)

    ReplyDelete
  5. Perghh..3 bulan tu. Lama kot! Kita ni byk mende nak buat. Guna utk bisnes. Diorg buat acuh tak acuh je. Kalau ana, siap manager atasan dia turun sama. Haha. Buat pasal sikit. Dah kita customer, kan?

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya dapat iphone 5..:)

    ReplyDelete
  7. memg bikin sakit ati kna lyn stfff mcm tu langsung x taw apa2

    ReplyDelete
  8. Kak, hritu wifi clcom sy prblm, smpai ke sudah xde cite. Last2 suami potong line tu, kmi pkai brdbnd je.. Bila jmpa orng ni kata lain.. Jmpa orng ni kata lain.. Pening. Dorang x reti hndle..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78