HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Oct 2014

Cuti sakit pertama untuk tahun ini..

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Cuaca di Malaysia beberapa hari  yang lepas agak murung.
Jerebu melanda agak teruk di kawasan Lembah Kelang.
Lepas sorang-sorang dalam rumah ni tak sihat.
 
Hari ini giliran Aiman pula.
Jarang kot bercerita tentang Aiman. Aiman anak sulong saya, dah 11 tahun.
Baru-baru ini bru sahaja pulun study untuk peperiksaan UPKK. Semoga Abang Berjaya dengan cemerlang.
 
Nak jadi cerita, selesai sahaja exam semalam, Aiman tumbang!!
Pakej demam, batuk selsema melanda. Sakit kepala katanya bangun subuh tadi.
Terus saya bawa dia ke klinik keluarga,Klinik Johari Dan Anita yang merupakan panel klinik UEMB juga. Nasib jugalah ada kad insurance untuk kami sekeluarga. Bolehlah guna semasa kecemasan.
 
Kata Doktor Johari, kahak banyak, so kena bagi gas ataupun nebulizer.
Dah kena start Antibiotik kerana batuk tu berlaku kerana selsema yang agak teruk.
Kata Doktor jerubu agak teruk dan sensitive kepada yang alah.
 
Oh ya sepanjang tahun 2014, ini adalah kali pertama Aiman MC.
Alhamdulillah.
Aiman ni jenis rajin ke sekolah. Kalau setakat flu sikit-sikit tu, dia gagahkan juga ke sekolah.
Tapi hari ini dia tewas kecundang!!  Moga cepat sembuh ye Aiman.
Next week exam akhir tahun pula.
 
Uols semua di luar sana sila jaga kesihatan juga ye.
Banyakkan minum air masak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
Take Care
 
 
Klinik Johari Dan Anita SS5B Kelana Jaya

Nebuliser kerana kahak banyak sekat pernafasan
 

10 comments:

  1. X pernh lya guna benda nebulizer ni..moga aiman cpt sembuh

    ReplyDelete
  2. Anak saya yang dok dalam umah je pun boleh kena selsema..tapi kat sini bukan sebab jerebu tapi sebab sejuk sangt..hujan siang malan..

    ReplyDelete
  3. Salam singgah malam sis...Diana pun masih demam selesma lagi....semoga Aiman cepat sembuh yer sis...

    ReplyDelete
  4. Oh ingatkan kak Fuza yang amik cuti tuu. Get well soon abang =)

    ReplyDelete
  5. semoga aiman cepat smbuh...aamiin

    ReplyDelete
  6. best of luck dalam exam dan cepat2 sembuh aiman..Insyaa Allah..

    ReplyDelete
  7. Alahaii..siannye. Moga Aiman cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  8. Klau jrng dmam, skli kna mmng tumbang hbis.. Mcm sy.. X terbngun dibuatnya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78