HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Oct 2014

Reflexology Centre di Kelana Jaya

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Masa untuk merehat memanjakan diri.
Ok meh nak tanya siapa suka pergi spa?
 
Hari ini saya telah membuat appointment  untuk Foot Reflexology.
Eh tak mahal uols. Cuma RM35 sejam.
Sekali sekala merehatkan diri. Tak salah kan.
 
Ok tempatnya di Blossom Reflexology Centre di Kelana Jaya. Di dalam bangunan Kelana Mall SS6. Walking distance aje dari rumah my parents.
 
Selain itu ada juga pakej lain yang ditawarkan.
Ada juga Body Cupping (Bekam), Ear Candling, Body Massage dengan pakej-pakej menarik
 
Oh ya, di sini yang lakukan urut tu ada lelaki dan perempuan.
So customer lelaki pastilah diurut by staf lelaki. Bagi customer perempuan urut tersebut dilakukan oleh perempuan. Urut kaki dilakukan di tempat terbuka yang di asingkan customer lelaki dan perempuan.
Mereka semua dengan kelulusan yang didatang khas dari China.
Komunikasi hanya dalam Bahasa Inggeris ye.
 
Adalah lebih baik anda buat BOOKING terlebih dahulu supaya anda tidak menunggu lama.
Kepada yang nak manja-manjakan diri hujung minggu ini baik booking tempat anda cepat.
 
 
Blossom Reflexology Centre di Kelana Jaya


Sofa rilek untuk urut kaki

Rendam kaki dulu dengan air panas suam sebelum mula urut
 
Skin Repair yang digunakan untuk reflexology massage.
 
Sudut bilik untuk urut badan yang berlangsir dan tertutup.
 
*Fuhh lega rasanya dapat legakan kaki. Lepas ni moh kita ronda Kuala Lumpur!! Cargas!!!*

9 comments:

  1. lama dah tak manjakan dri....

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dpt pi massage2 akak hihihi

    ReplyDelete
  3. rendaman kaki tu memang sangat melancarkan darah :)

    ReplyDelete
  4. menarik ni...rasa peru sgt la nak pi spa ni...badan dah penat sgt2...

    ReplyDelete
  5. bestnya manja2kan diri
    nanti ajak kita sekali ya

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat massage. Segar badan semula.

    ReplyDelete
  7. Fuhh...lega ni kalau kne urut refkleksi. ^_^

    ReplyDelete
  8. Bestnya buat urutan kaki..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78