HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

28 Oct 2014

Vitagen Kolagen minuman kesihatan penghadaman terbaik

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Tahukah anda??
 
Saya suka mengamalkan meminum satu botol Vitagen di waktu pagi ataupun di waktu malam. Pada saya, minuman ini membantu proses penghadaman harian yang baik. Terbaru Vitagen Kolagen telah pun berada di pasaran. Wah...Vitagen pun sudah ada rangkaian Kolagen. Sambil mejaga kesihatan perut, sambil wajah tersenyum berseri-seri.
 
 
Mengapakah Vitagen tidak sama dengan yang lain ?
Setiap botol Vitagen mengandungi lebih daripada 10 bilion bakteria baik. Ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan dikulturkan di dalam susu yang berkualiti tanpa bahan pengawet.
 
Mengapakah Vitagen perlu diminum setiap hari ?
Vitagen perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus. Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik ddi dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita.
 
Berapa lamakah Vitagen boleh tahan ?
Vitagen boleh tahan selama lebih kurang tujuh (7) minggu jikalau disimpan dalam keadaan yang sesuai pada suhu 4 darjah Celsius atau dibawah 4 darjah Celsius.
 
Vitagen Kolagen Kurang Gula
 
Info Ringkas Minuman Susu Kultur.

Sekarang terdapat pelbagai jenis minuman kultur di pasaran seperti Yakult, Vitagen dan sebagainya. Minuman kultur ini terdapat dalam pelbagai perisa buah-buahan selain dari rasa yang original minuman tersebut. 

Secara umumnya minuman kultur mengandungi bakteria baik di dalam susu yang dikulturkan tanpa bahan pengawet. Sebab itulah minuman kultur selalunya tidak boleh bertahan lama. Jadi sekiranya anda ingin membeli minuman kultur ni perlulah perhatikan betul-betul  tarikh luputnya. Kebiasaannya, ia hanya bertahan lebih kurang 7 minggu jika disimpan pada suhu yang sesuai (< 4 darjah celcius).

 
Seharusnya ia perlu diminum setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria bahaya dalam badan. Minuman kultur juga sesuai diminum ketika cirit-birit. Laktobsilus dalam minuman kultur boleh membantu dalam mengembalikan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria bahaya di dalam usus.
 
Kelebihan Minuman Susu Kultur.
Secara umumnya, ini adalah antara kebaikan minuman susu kultur:
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
  • Membantu mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.

SUMBER INFO GOOGLE

21 comments:

  1. Lya suka juga minum ni tpi yg da perisa warna warni tu hheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Lya
      Yang Kolagen ni yang terbaru. Lagi masam rasanya

      Delete
  2. Anak-anak saya memang suka sangat dengan Vitagen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 berebut juga dengan anak2 hehe

      Delete
  3. my fav sejak kecik smpi skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam lah ..kita leh habiskan 2-3 botol sehari...

      Delete
  4. kalau beli ni berebut dgn anak2 buah ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sama lah kita MG.. Berebut nak pilih perisa anggur...

      Delete
  5. Anak-anak suka..ummi lagi suka..:)
    Blh tambah Vitagen Kolagen pula lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin lawa lah semua org erk.. Minum Kolagen :)

      Delete
  6. dah bertambah yer...saya suka beli yang warna warni...macam2 perisa bole cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saje nak cuba perisa Kolagen. Masam sangat ni

      Delete
  7. Suka minum vitagen & lain2 yang seumpama dengannya.
    Tak sangka ada jenis berkolagen pula:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni perisa baru ni..
      Masam lagi dari yang biasa tu

      Delete
  8. Suka jgk minum vitagen tp xblh beli sllu sbb depa ni minum macm minum ayaq putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul u...
      Sampai air masak xmau minum

      Delete
  9. Suka vitagen?? Sy distributor vitagen home delivery sekitar kl dan brdekatan kg.baru..stok segar diambil dr kilang. Harga murah..lebih murah dr hrga di pasaraya. Utk minuman harian @ utk majlis blh order dgn sy...penghantaran terus ke rumah jika order byk. Call/sms/wsap 012-9518535

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78