HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

20 Nov 2014

Resepi Rendang Ayam Opah Timah yang sedap lagi mudah

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Kali ini saya ingin berkongsikan Resepi Rendang Ayam Opah Timah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,
Resepi ini adalah salinan dari air tangan Emak saya.
Cubalah
 
Bahan-bahan
1 ekor ayam
100gm cili kering
15 biji cili padi
3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
10 biji bawang merah
5 bijik bawang putih
Santan Kelapa
Kerisik
Garam secukup rasa
 
 
Cara-caranya
 
Kisarkan semua bahan diatas.
Ayam dibersihkan di potong ikut kehendak anda.
TIPS :Sebaiknya jangan terlalu kecil kerana nanti akan hancur isinya semasa di gaul nanti.
Ayam digaram kunyit terlebih dahulu.
 
Masukkan santan, ayam serta bahan kisar ke dalam kuali.
Masakkan sehingga kering.
Kalau nak berkuah jangan masak terlalu kering.
Api perlahan untuk memastikan masakan tidak hangit.
 
Santan dan ayam yang telah di garam kunyit dimasukkan kedalam kuali

Bahan-bahan kisar dimasukkan ke dalam kuali dan di masak hingga kering
 
Rendang Ayam Opah Timah
 
Selalunya menjadi juadah di pagi raya. Cicah ketupat, cicah lemang, makan dengan nasi panas pun sedap. Yang penting rasanya Olallaaaa!!!
 
Selamat Mencuba

15 comments:

  1. masa raya je berebut nak makan rendang.. hari biasa lagi sedap makan ayam kicap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang rendang bila2 pun ada kan..

      Delete
  2. Nmpk mudah msti sdp. Buat menu open house pun ok gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah
      Jangan hilangkan menu tradisi

      Delete
  3. wah sedapnya makan rendang..terkenang hari raya pula.. :)

    ReplyDelete
  4. ur mom punya rendang memang terbaik..hehehehe

    ReplyDelete
  5. takde ke buat lebih..? hahahaha

    ReplyDelete
  6. Alahai...sedapnya rendang ni..:)
    Sekarang tak yah tunggu raya dah kan bila2 rasa nak buat aje..hehehe

    ReplyDelete
  7. Nampak menyelerakan, pos dekat Azwar sikit kak Fuza :) hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaa! <3 Kalau la Nad pandai masak mesti lagi best

    ReplyDelete
  9. Allah.. Rndunya nk msak rendang...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78