HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Nov 2014

Resepi Roti Bun Mudah dan Roti Kismis Yis Lembut Homemade by Fuza

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Resepi Roti Bun Mudah & Lembut Homemade
 
Resepi Roti Bun Mudah dan Roti Kismis Yis Lembut Homemade
 
Bahan-bahan
 
1/2 Cawan Air Suam
1 sudu kecil serbuk yis marzipan
3 sudu besar susu pekat
(Semua bahan di atas dicampurkan didalam satu bekas. Biarkan bahan tersebut berbuih)
 
2 Cawan tepung gandum
1sudu makan butter/majerin
1 sudu the gula (ikut kehendak masing-masing jika nak manis boleh tambah)
(bahan ini digaul dijadikan peroi)
 
Cara-cara membuatnya
 
 Masukan bahan bancuhan yis tadi ke dalam adunan tepung.
Uli hingga  menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
Perapkan selama 2 jam atau lebih sehingga adunan naik 2 kali ganda.
 
Selepas dua jam, setelah doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk adunan untuk membuang angin di dalam doh.
Uli doh dan bentukkan roti anda. Letakkan ke dalam Loyang.
Boleh dihias mengikut kesukaan masing-masing atau kosong pun ok.
Sapukan kuning telur untuk kesan keemasan di atas roti.
Boleh juga ditaburkan bijan, kismis atau apa saje kesukaan anda.
Rehatkan kali kedua supaya doh naik lagi.
 
Bakar selama 25 minit mengikut oven masing-masing.
 
Makan panas-panas memang sedap
 

Bahan-bahan Resepi Roti Bun

Doh Roti yang telah diuli hendaklah direhatkan untuk dua jam - (5.30 petang)

Selepas 2 jam, Doh roti telah kembang 2 kali ganda (7.30 malam)

Adunan di tumbuk-tumbuk untuk membuang angin di dalam doh

Doh yang direhatkan untuk kali ke-2 sebelum dibakar

Doh yang telah direhatkan untuk kali ke-2 makin naik adunannya.
Roti Bun yang telah siap dibakar
Roti Bun


 

Resepi Roti Kismis Yis Gebu yang mudah dan sedap

Doh di uli dan dipotong. Letakkan inti kesukaan anda. Saya letak Kismis
Doh yang telah digulung. Di rehatkan seketika
Doh selepas direhatkan. Disapu kuning telur. Boleh tabur bijan atau kismis
Roti Kismis siap dibakar gebu gebas.

 
SELAMAT MENCUBA

27 comments:

  1. Ya Allah , sedapnyaaa bun ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya...memang sedap. Resepi ni tak tipu...Menjadi

      Delete
  2. Mudahnya blh buat bfast ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Lya... Bahan dia senang sangat.
      Bancuh je semua

      Delete
  3. alahai..sedapnye.sy ni memang hantu roti..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ija..senang aje tu..cuba lah..

      Delete
  4. Replies
    1. Yes..1st time cuba ni Cik Nor... memang sedap adunannya. Wangi

      Delete
  5. Kak Fuzaaa bestnya pandainya buat :D Ya Allah kalau la Nad pun pandai jugak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad.. Yang ni sangat senang!! Seyes. Cuba lah

      Delete
  6. senang ja buat kan..sesuai buat breakfast..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tau.. Kalau nak manis tambah gula

      Delete
  7. bila nak buka bakery ni fuza =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah.. Bakery?? Macam tak pernah pula terfikir.. Buat untuk makan sendiri je ni

      Delete
  8. Lama tak buat roti... Tak brp rajin nk mnguli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak berapa nak uli juga.. Belasah je :)

      Delete
  9. seronoknya Fuza, dah boleh buat roti sendiri utk anak2, kak ana belum pernah cuba,thanks for sharing, ada masa kak ana cuba..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah
      1st time cuba menjadi
      Memang hapi

      Delete
  10. nice sharing..esok nk suruh bini buat...nk buat sendiri x reti:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah... Adunannya wangi dan lembut

      Delete
  11. nampak macam sedap... boleh cuba nie... akak ambik resepi yer..

    ReplyDelete
  12. Wah...sedap.. Berliur tengok..

    ReplyDelete
  13. Wah...sedap.. Berliur tengok..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78