HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Dec 2014

Bunga Kembang Pukul 10 pagi dikenali sebagai Rose Jepun Kembang Mekar

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Cerita mula-mula minat berkebun KLIK SINI
Sejak akhir-akhir ini minat berkebun semakin menjadi-jadi.
Mana tidaknya, apabila tanaman yang ditanam menjadi segar buga memekar, pasti makin membakar semangat.
 
Masa mula-mula tanam tu, hanya suka-suka.
Tidak mengharapkan sangat kerana benih pokok tu saya ambil dari kampong di Penang.
Perjalanan yang jauh, so pada masa sampai rumah dah layu.
Nak tanam tu memang senang je, cucuk je dalam pasu.
 
Alhamdulillah, selepas 2 bulan, rupanya pokok-pokok ini hidup subur.
Telah pun berbunga. Menjalar penuh pasu!!
Pada awalnya saya memang tak tahu apa nama bunga ni.
Cuma yang saya tahu, setiap kali pagi pukul 10 pasti akan kembang bunga ini.
Jadi saya namakan sendiri Bunga Kembang 10 pagi.
 
Setelah saya share gambar-gambar ini ke Facebook, kawan-kawan saya siap  tolong Google. Katanya ini pokok Bunga Kembang Pukul 10 pagi atau pun Rose Jepun.
Subhanallah, rupanya pokok bunga yang saya tanam ni glamer juga ye.
 
Setakat ini sudah ada 7 warna bunga Rose Jepun  di dalam Mini Taman Saya.
Ada warna Putih, Oren, Kuning, Pink, Peach, Stricking Pink dan Light Pink.
 
Buat Masa ini saya mengumpul benih pelbagai warna.
Tanam dalam pasu senang nak alih nanti kerana saya duduk di kawasan perumahan taman.
 
Bunga Kembang Pukul 10 pagi warna Peach dan Pink

Bunga Kembang Pukul 10 pagi berwarna Putih, Stricking Pink, Peach dan Light Pink

Bunga Kembang Pukul 10 pagi pelbagai warna di dalam pasu
Japanese Rose Orange


Bunga Kembang Pukul 10 pagi atau pun Bunga Rose Jepun bewarna Kuning


Bunga Kembang Pukul 10 pagi. Ada warna Putih, Ungu, Merah Jambu, Peach serta Light Pink dan Stricking Pink
 
 
 

17 comments:

  1. wooo Kak Fuza kita suka berkebun rupanya.. bagus kak terapi jiwa katanya. bahagia kalo tngk ade bunga blooming. CT suka tngk bila da bunge aje hehee.. nak jaga memang tidak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct...
      Bunga ni senang nak jaga..
      Dah cucuk ke Tanah tu, jangan lupa siram.
      Jam 10 am...kembang lah dia.. tak payah sibuk nak sapu daun :)

      Delete
  2. assalamualaikum fuza...betul tu bunga ni kalau tanam byk2 mmg cantik jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam MasZull,
      Dulu pernah tanam atas Tanah, datang orang mesin rumput, habis semuanya.Sekarang alih tanam dalam pasu pulak

      Delete
  3. Replies
    1. Tqtq...
      Harap2 by that time, semua warna ni segar bugar mekar setaman :)

      Delete
  4. Owhh bunga ni memg cpt sgt tmbuh Kak, kat kg byk ni .pelbagai jenis warna memg cntik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya di kampung-kampung memang banyak je pokok macam ni.
      Kalau tanam di kawasan Bandar, habis kena mesin melainkan tanam dapat pasu

      Delete
  5. Replies
    1. Akak suka sebab senang nak tanam..

      Delete
  6. pokok bunga ni kita dulu pernah tanam jugak tau kak fuza.. senang betul nak jaga pokok ni...

    ReplyDelete
  7. Maha Suci Allah..
    cantik sangat kak fuza.... bercinta dengan pokok pun best :)

    ReplyDelete
  8. patut la pagi2 kita tengok pokok ni kembang... hahahhaah... rupa nama pokok kembang pagi.... ada la kat umah ni maksaudara bagi ekin main tanam jer nama xtaw.... biasa la bab2 menanam ni kurang sikit... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Ada masa nti nk berkebun jgk la kt beranda blkng umh ni.

    ReplyDelete
  10. Time sekolah dulu ada la tanam.pokok ni. Just cucuk batang dia dalam tanah ja kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78