HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Dec 2014

Taman Air KLCC aktiviti riadah anak-anak

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Cerita hari minggu lepas.
Kebetulan Opah, Mak Teh dan anak-anaknya dari kampong bercuti di Kuala Lumpur.
Saya telah membawa mereka ronda ke Kuala Lumpur.
Singgah santai ke Taman KLCC.
 
Semestinya anak-anak suka apabila diberitahu saya akan bawa bermain air.
Walaupun tidak lah sakan meletop tempatnya, namun bagi merehatkan diri serta untuk acara anak-anak, ok lah tu.
 
Kami sampai awal, jam 9.30 pagi.
Sampai awal cuaca masih redup.
Tak ramai orang lagi jadi tak perlu bersesak-sesak.
 
Taman KLCC ini terletak berhampiran dengan  KLCC.
Walking distance je.
Tiada bayaran masuk dikenakan ye.
Tandas dan tempat persalinan baju juga disediakan
Ada bangku untuk yang menunggu.
 
Anak-anak kalau dapat air memang tak ingat dunia!!
Pada mulanya janji sampai jam 10.30 pagi baru nak naik. Kemudian anak-anak minta ganjak ke jam 11 pagi. Ok..sudah!! sudah!! Naik ke daratan cepat ye.
Sebab matahari makin menyinar. Kepanasan melanda.
Kesian pula Opah yang kepanasan tu, Takut pula Opah pitam.
 
Untuk menyedapkan hati anak-anak yang dah mula nak muncung tu, saya cadangkan ke Petrosains yang terletak di dalam KLCC. Namun, cuti sekolah memang banyak rombongan cuti sekolah. Agak sesak untuk masuk ke Petrosains. So terpaksa batalkan hasrat.
 
Sebelum balik, jom makan dulu di Signature, Food Court yang ada menjual pelbagai menu.
 
Opah bukan main seronok berWEFIE
Suria KLCC Kuala Lumpur


Taman Air KLCC
Anak-anak bersama pakcik dan makcik dari Kuala Ketil Kedah di KLCC


Berenang bentuk Bintang


Air Terjun buatan

Taman KLCC Kuala Lumpur
SELFIE di Taman KLCC Kuala Lumpur
Petrosains KLCC


Makan dulu di Food Court Signature KLCC

17 comments:

  1. salams fuza, wahhhhh seronok tgk anak2 main air kat taman KLCC:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Nak bagi anak2 hapi 😉

      Delete
  2. seronok tengok anak-anak gembira... he he he...

    ReplyDelete
  3. few months ago aida bw anak2 ke ptrosains & aquaria.
    tak sempat ke tmn klcc sebab anak2 da kepenatan.
    akan bwk kot diorang before abis cuti skola ni in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. memang bebudak suka main air kat sini.. tp yang besar tu, kurang la.. sbb terlalu open tempat dia kan...

    ReplyDelete
  5. bestnyer, x pernah pergi lagi. hahaha, sebab nya jauh.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Nasib maknya tak terjun sama hehe

      Delete
  7. budak-budak selalu seronok bila dapat main air kan :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Opah dah 80tahun. Tapi semangat nak jalan2 dengan cucu cicitnya

      Delete
  9. wahh best gak tmn air nih..
    yg penting anak2 suka

    ReplyDelete
  10. Wahh seronknya,rindu lya nak ke cna

    ReplyDelete
  11. bestnya.. ekin last p kl pun tahun 2010... tu pun g balik hari penat sangat xde tempat g sana.. g masa tu sambut 1 malaysia dengan PM.. makan dengan Brsama PM... aboh ekin pesara tentera ada jemputan ke sana la ekin apa lagi nak ikut tu yg sampai sana.... kalau tak memang tak smpai kl tu kita xberjalan jauh pun... last2 kahwin duk jauh dengan family terindu2 la family dkelantan... :(

    ReplyDelete
  12. Budak-budak kalau jumpa.air memang tak ingat dunia.

    ReplyDelete
  13. Bestnya kak.. Klau zahra dh besar nti nk bwak berjln la.. Tntu seronok..

    ReplyDelete
  14. Bestnya kak.. Klau zahra dh besar nti nk bwak berjln la.. Tntu seronok..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78