HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Dec 2014

Vendeur Festival Boxing Day di Matrade Kuala Lumpur Part 2

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Vendeur Festival Boxing Day di Matrade Kuala Lumpur ni katanya memang acara tahunan. Maaflah ye, saya memang tak tahu sebab memang tak pernah pergi.
Kali ini pun dapat pergi kerana adik bongsu ajak.
 
Fuhh ingatkan pergi tengok saje.
Terjebak  juga dengan membeli beberapa Shawl dari Jelitasara, MumuScarves, Benang Hijau serta sepasang jubbah dari Fynn Jamal RWT.
Alhamdulillah, dengan harga promosi, bolehlah saya merasa nak membeli.
 
Eh surirumah pun kenalah lelawakan. hahaha.
Sesekali nak juga terasa artis tuh
 
Ok, apa yang menariknya, di beberapa booth jualan ada artis-artis popular Tanahair seperti Fynn Jamal, Ekin Mawi, Memey Suhaiza, Nur Khiriah, Neolofa dan beberapa lagilah.
Yelah, bagus jugalah mereka ini berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Kita ni bukannya laku dalam industry untuk selamanya.
 
Hah paling best dapat berposing dengan sis Fynn Jamal.
Ya Allah...memang ramah mesra alam Kok Ping ni.
Selalunya saya hanya follow dia di Instagram.
Paling tersentuh apabila dia menyanyikan sebaris lagu Arjuna Beta buat anakanda Aina.
Memang merdu suara dia.
 
Syabas buat Vendeur Festival Boxing Day kerana Berjaya menganjurkan festival jualan yang benar-benar teratur.
Segala kebersihan dan keselematan memang dititik-beratkan.
 Ada juga di letakkan tabung kutipan bantuan buat mangsa banjir di Pantai Timur.
Jumpa lagi di tahun hadapan.
 
InshaAllah
Fuza dan Aina di Vendeur Festival Boxing Day di Matrade Kuala Lumpur
Shopping Printed Shawl by Jelitasara
Jelitasara antara hijab kesukaan saya. Saya FansJS


Sama cantik tak? Neolofa in the house.
LOFALENS..Saya tergoda..Grab juga!!


Jubah by FynnJamal RTW
Kok Ping in da house!! Fynn Jamal memang sporting
Basic Signature Jubah in Dusty Pink by Fynn Jamal RWT


Pelakon berbakat Nur Khiriah


Sales Letop by Benang Emas


Rembat Shawl MumuScarves. Harga berpatutan


Kami mahu pulang..Tapi pengunjung masih sesak membanjiri dewan Matrade

 

5 comments:

  1. ramainya artis kak fuza jumpa, seronoknya!!! hehehe XD

    ReplyDelete
  2. banyak nya Shopping,,untuk akak ada..kan??hjahahha

    ReplyDelete
  3. waaaaa... bestnya.. rambang mata nengoknya..

    ReplyDelete
  4. Wahh shopping sakan akak hhehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78