HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Dec 2014

Vendeur Festival di Matrade memang happening!! Part 1

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Happening!! Atau PENING!!!
Yer, pada 27 dan 28 December 2014 telah berlangsungnya Vendeur Festival Boxing Day di bangunan Matrade Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 
Festival yang mengumpulkan semua vendor-vendor hebat di bawah satu bumbung dengan tawaran harga yang berpatutan.
Terlalu banyak vendor yang turut serta seperti JelitaSara, Alhumairah Contemporary, Sugarscarf, Fynn Jamal, Naelofa Hijab, Benang Hijau Mumu Scarves dan banyak lagi untuk disenaraikan disini.
 
Memang semuanya murah, semuanya offer penjimatan.
Fuhhh ,...memang kena kuat iman cakap u!!
Kalau tidak ada yang lari budget sementara nak tunggu cukup bulan.
Dah lah bulan ni gaji awal.
Masak ler!!!
 
Apa yang boleh saya kongsikan, memang harus dipuji pengurusan festival ini kerana keselesaan pembeli diutamakan.
 CafĂ© jualan disediakan di tingkat bawah serta tingkat atas. Selain itu ada juga ven bergerak yang menjual A&W. Juga disediakan play land khas buat mereka yang membawa anak kecik.
 
Suasana susun atur didalam dewan tersebut juga tersusun rapi. Mudah untuk bergerak. Mudah untuk mencari gerai jualan dengan tanda nama di setiap booth.
Oh ya parking juga disediakan. Alhamdulillah, berbumbung dengan bayaran RM4.
 
Ok ini baru mukadimah. Silalah belek-belek beberapa gambar yang sempat saya ambil.
Tunggu PART 2 untuk cerita yang lebih MALATOP!!
 

Vendeur Festival Di Matrade Malaysia.

Fuza dan Aina di Vendeur Festival
Ima dan Zahir pun join
ASHH&ANNAS


Jubah Sales


Jubah RM50

ADIJUMA


Speacial Edition Shawl RM80
Fuza pun nak posing juga


LOFAlens RM50 sekotak dengan power maximum 800

 
Jubah lelaki pun ada
Malaika Hijab


Maribeli Sulam

5 comments:

  1. jeles nya kak......huaaaa sedih tak dapat pergi :((((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun last minit pi.
      Memang rambang mata!!
      Kuatkan iman je

      Delete
  2. Msti semua cntik2 buat rambang mata nak bli

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78