HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Apr 2014

Kain Sulam READY STOCK for Lebaran 2014

 
Semua kain di bawah ini adalah READY STOK
Kepada yang berminat sila segera
 
Wasup 019-2784580
 








Pre Order Tudung Shiffon Patch Lace Batu

Tudung shiffon Lace Batu

Tudung shiffon Lace Batu Warna Peach

 
Tudung Shiffon Lace Batu Warna Purple

 
 
Tudung Shiffon Patch Lace Batu
Memandangkan stok dah habis dan ramai yang berminat.
Any1 interested nak pre-order?
Sila nyatakan warna idaman kalbu
Tarikh tutup 10/5/2014
 
Material Shiffon
Tudung cutting besar sikit dari cutting bawal.
 
019-2784580 (whatsapp only)

28 Apr 2014

Im Back...Agak sibuk dengan urusan pengeposan

Assalam semua
 
Im back.
Bercuti singkat now back to update and blog walking.
 
Nantikan cerita saya ke Bandung
Cerita ke Pasar Baru
Cerita makan
Cerita Kastam Indonesia selongkar beg?!!
 
Hari ini agak sibuk kerana sibuk menyiapkan pengeposan pesanan kain.
Kepada yang nak mencari kain dari Bandung, nantikan update kain k.
Kepada yang telah pun membuat pesanan, nantikan parcel anda ye.
 
Sudi-sudilah ye posing bila baju dah siap, then share dengan saya di sini.
Boleh saya buat pertandingan siapa posing kebaabom dengan koleksi dari Sulaman Lace Heaven.
Good Idea tak? hehe
 
 
Koleksi Kain dari Bandung


Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

 
http://blogashalya.blogspot.com/2014/04/segmen-first-annivessary-blog-asha-lya.html
Klik Banner untuk join
 
 
Syaratnya mudah je follow blog asha lya
mudah bukan. Letak banner backline URL ke entri ni
dan tinggalkan URL segmen kat kotak komen di bawah.

Segmen dijalankan bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin)


Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

26 Apr 2014

Adapter wajib semasa bercuti ke Bandung

 
Plug Adapter Travel
 
 
Assalam teman-teman sekalian.
Weekend yang indah.
Tahukah anda bahawa betapa pentingnya Plug Adapter as photo above?
Sekarang Fuza di Bandung.
Semua plug mereka adalah plug 2 pin.
Kalau tak ada Adapter ini..alamatnya semua gadget will be ZERO Batery.
 
So take note tau kepada sesiapa yang nak terbang ke Indonesia tu.

25 Apr 2014

Resepi Serawa Durian tiptop meletop

Serawa Durian

Kuah Durian
 
 
Assalam semua
Tercari-cari juadah untuk minum petang?
Serawa Durian in the house.
 
Bahan-bahan
Beberapa ulas isi durian
Santan
Gula (ikut selera masing-masing)
Air
Daun pandan
 
Ratio : Sekotak santan perlu tambah secawan air (dan satu senduk gula jika mahu)
 
 
Semua bahan di atas dicampurkan didalam satu periuk.
Ada orang suka isi durian tu dikopek untuk kepekatan kuah.
Ada orang suka masuk terus seulas durian tu terus.
 
Masak semua tu sehingga menggelegak.
 
Hah, kalau malas nak menjala tepung roti jala, cicah dengan roti pun sodap!!
 
 
Cubalah ye. Resepi turun temurun dilupa jangan :)

Short Trip ke Bandung April 2014

Alhamdulillah, by the time uols baca entry ini, saya telah pun sampai ke Bandung.
Trip singkat weekend ini hanya saya, Aina dan biras saya iaitu Tini je pergi.
 
Tujuan ke sini?
 
1. Bertemu dengan Mr Husband
2. Jalan-jalan
3. Cari baju raya
4. Jalan-jalan lagi hehe
 
So entry seterusnya adalah schedule entry.
Sudi-sudilah singgah ye.
 
Di Bandung WIFI agak limited,
Apabila berkesempatan baru saya singgah BW ye.
Kalau tidak, InshaAllah, sampai ke Tanahair nanti saya balas kunjungan anda semua.

 
Doakan Fuza dan kami semua sihat dan selamat pergi dan kembali ke Tanahair nanti.
Amin

 
Ready to Fly
 
Peta Bandung
 
Jangan lupa ye...meriahkan 1st Giveaway Fuza
Mana tahu tiba-tiba ada hadiah seperise kan...
InshaAllah.
InshaAllah Fuza akan singgah ke blog semua terutama yang telah pun join 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven


24 Apr 2014

Taufufah Macam-macam ada

Assalam semua.
Siapa suka makan taufufah?

Taufufah yang biasa kita makan tu gula putih.
Yang saya jumpa di Pasar Tani Kelana Jaya ni ada macam-macam warna.
Ada merah untuk perasa Strawberi
Ada Hijau untuk perasa Pandan 
Ada juga warna kuning untuk perasa Mangga.
Gula putih dan gula merah sememangnya sudah biasa kita jumpa kan.

Apa kata uols?
Yang perasa asli atau yang telah diolah menjadi pilihan hati?
 
Taufufah pelbagai perasa


Fuza suka Taufufah gula putih. Lebih feel rasa semulajadinya.

22 Apr 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Buletin 1.30 TV3 Catuan Air Selangor Tamat Hujung April 2014

Krisis Air yang telah melanda Negeri Selangor sejak 2 bulan yang lalu telah pun menjadi keluhan semua rakyat.
 
Betapa peritnya apa bila bekalan air disekat, dicatu, dihentikan di beberapa Zon yang terlibat.
Berita di Buletin 1.30 tengah hari 22.4.2014 sebentar tadi sangat-sangat dinantikan
 
Alhamdulillah.
"Menteri Besar Beri Jaminan Catuan Air Tamat Minggu Depan"
 
Alhamdulillah
Lega sangat sekiranya catuan tersebut segera di tangani.
 
Gambar di rakam dari Berita TV3 Buletin 1.30.

Baca SINI

Tahniah Alif 1st Prize in Action English Song Competition 2014

Cerita Hari Isnin 21 April 2014
 
Sepulang anakanda Alif dari sekolah, saya lihat kedua-dua belah tangannya disorok kebelakang badan.
Saya hairan dan bertanya....

Mak : Kenapa tangan AbangCik tu?

Alif : Biasalah mak, budak nakal, kena denda. Lenguh tangan AbangCik ni.

Mak : (Dah mula nak bebel sebab Alif ni memang nakal). Kenapa lenguh tangan tu? Kena denda dengan cikgu ke? AbangCik buat apa?

Alif : AbangCik lenguh sebab pegang Piala ni ..(sambil menunjukkan piala kemenangan seperti gambar di bawah)

Mak : Ya Allah, Alhamdulillah, tahniah AbangCik. Hebat ni. Bagus.
Mak suka sangat.
(Sambil memeluk Alif dan cium pipinya)
  
Alif Farhan posing bangga dengan piala kemenangan Tempat Pertama English Week 2014 Action Song Competition, Standars 3


Piala kemenangan Alif untuk Tahun 3, 2014


e-Filing 2013, Anda sudah?

Sekadar peringatan.
 
Sudahkah anda menunaikan tanggung-jawab mengisi boring e-filing taksiran 2013 anda?
Walaupun Fuza kini bergelar surirumah sejak 2 tahun yang lalu, Fuza tetap kena buat taksiran cukai.
 
 Kenapa?
Kerana menurut LHDN, akaun Fuza masih dikira aktif untuk jangka masa 5-10 tahun yang akan datang.
Daripada terpaksa menerima surat pembayaran kompaun, adalah lebih baik saya isi borang e-filing yang mudah dan user friendly tersebut.
Semuanya dihujung jari anda!!
 
 
 
Tarikh Akhir     : 30 April 2014 (Tiada Punca Perniagaan)
Tarikh Akhir : 30 Jun 2014 (Ada Punca Perniagaan)
 
Pusat Khidmat Pelangan
 
Talian Bebas Tol : 1-800-88-5436 (LHDN)
 
Klik LHDN untuk maklumat dan tindakan lanjut
https://e.hasil.gov.my/
e-Filing Fuza siap. Alhamdulillah sempat sebelum tarikh tutup.
 
Masih ada masa untuk lengkapkan boring e-filing anda


21 Apr 2014

Blossom April Giveaway

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Tambah Koleksi Baju Hard Rock

Baju Hard Rock bertambah lagi koleksinya.
Alhamdulillah.
 
Semuanya present dari Mr. Husband.
Hard Rock Bali, Hard Rock Osaka serta Hard Rock special edition Kuala Lumpur.
 
Seronoknya rezki bulan April tahun 2014.

Couple T. Saya punya HardRock Bali
Hard Rock Osaka saya yang punya
 
Hard Rock Kuala Lumpur baru punya. Present dari Mr Husband. Tq
 
 
Nak tengok koleksi sikit-sikit yang Fuza dah ada klik BAJU HARD ROCK

20 Apr 2014

Pinkish & Purplish Part 2

 
http://zafirahzarrae.blogspot.com/2014/04/pinkish-purplish-part-2.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN
 
 
Buat satu entry letak banner kat atas ni and publish.
  Jangan lupa letak URL  kat kotak comment.
Pemilihan pemenang berdasarkan random dan top referral.
 
Tarikh Tutup 1 Mei 2014

Nuffnang Blogbuster (ORAL-B Supernova 3)

 Assalam semua.
Ini cerita last week.
Seperti biasa hari-hari mesti jenguk akaun Nuffnang.
Makanya, ternampaklah jemputan untuk buat video untuk blogbuster campaign Oral-B.

Aiseh...nak buat iklan macam mana Oral-B nak?
Macam mana lah pulak nak berlakon ni?
Nak suruh siapa berlakon pulak ni?
Nak letak motif apa?
Durian?Ikan masin?Bawang putih? Bawang Merah?Belacan?

Tarikh tutupnya 20 April 2014
Oral-B Lisa Surihani

Details Tarikh Blogbuster Oral B
 
Jemputan Blogbuster Kempen buat Sulaman Lace Heaven
 
Dengan tidak berlengah, mangsa pelakon bidan terjun di serahkan kepada Aina.
Hahaha, kenapa Aina? Sebab dia yang sukarela nak berlakon.
Saya telah menghantar 2 video.
Itu pun jenuh nak rancang.
 
Jadinya dari video yang kita buat tu,Penganjur akan tentukan samada video kita tu terpilih atau tidak untuk ditempekkan.
Sekiranya terpilih, iklan tersebut yang akan keluar di ruangan iklan  blog kita nanti,
 Jika tak ada siaran iklan tu, maksudnya takde rezki la tu.



All the best tu actress bidan terjun Aina Farihah.
Semoga terpilih.
Nanti kalau lah ternampak iklan Oral-B by Aina keluar di blog saya tu, jangan lupa lah tonton sampai habis ye. Nanti bagi kami semangat k.



Sarapan pagi minggu

Hari Minggu hari lepak di rumah.
Selalunya memang masak menu yang sempoi-sempoi. Contohnya Nasi Lemak, Cekodok ikan bilis, goreng meehun atau pun buat roti bakar je.
 
Oleh kerana catuan air hari ini masih berlanjutan, makanya sarapan terpaksa lah ke kedai.
 
Uols semua sarapan apa pagi ni?
 
Sarapan di Pasar Tani Kelana Jaya
 
 
pst..pst...Laksa tu WAJIB..Hehe


19 Apr 2014

Nak kemana hujung minggu?

Hujung minggu datang lagi
Masa untuk rehat
Masa untuk riadah
Masa untuk bersenang-senang.

Kemana anda?

Minggu ini saya hanya di rumah dengan urusan mengemas, urusan tadah air, urusan dengan anak-anak.

Minggu hadapan sangat dinantikan.
Holiday!!!!


Ihsan Google


18 Apr 2014

Pre Order April Kain Sulam Tomcat Kombinasi

Last Call for Pre Order
 
Closing Date : 20 April 2014
 
Whatsapp : 019-2784580 
 
 
 
 
Kain Sulam Tomcat Kombinasi 
 
PRODUCT INFO:
Material : JaQat Rafflesia (Semi Silk)
 
 Warna Available as below only
 
Sulam semi silk corak mirip kain kapas
 
Pre Order April Kain Sulam Japan Silk
 
Pre Order April Sulam Mawar Timbul
 
Pre Order April Sulam Cotton


Fanatik Purple

 
Salam sejahtera semua teman-teman.
Nak cerita pasal Fuza.
Hah, cerita hal diri sendiri
 
Fuza bagi yang mengenali memang akan tau sangat lah minat warna Unggu.
Unggu pun bukan sembarangan unggu.
Kebanyakkan pakaianFuza berwarna unggu.
 
Tak tahu lah sejak bila kemaruk dengan warna ni.
 
Nak jadi cerita, kelmarin p Tesco. Tujuan nak p cari beg sekolah anak yang dah roboh.
Tapi merayap punya merayap terjumpa pulak dengan koleksi bahan asas dapur ni.
Wah!! Cuba lihat, semuanya cantik menarik tertarik!!
 
PURPLE
 
Makanya tak semena-mena shopping barang-barang dapur ni.

Koleksi barangan dapur in Purple

Trademark Purple
 
Sudu pun purple
 

Purple Pan
 

Penat shopping singgah hirup laksam jap. Eh..in purple tuh.
 Hah memang peminat PURPLE


Cerita iPhone5S Gold

 Assalamualaikum.
Tujuan entry ini bukan nak menunjuk ye.
Cuma nak masukkan cerita happy ini di dalam lipatan sejarah kenangan kehidupan.
Blog umpama Diari Elektronik bagi saya. Diari yang ada batasannya of course.
 
Pada 18 Mac 2014, Mr Husband telah menghadiahkan handphone yang agak popular pada masa ini iaitu iPhone5S Gold.

Tidak pernah saya termimpi untuk memilikinya kerana pada saya, surirumah tak perlu gadget yang mahal2 dan sangat canggih. Sekadar dapat guna yang basic use pun dah syukur banyak2.

Tq so much to Mr Husband kerana sudi menghadiahkan iP5S ni.
Katanya saya amat memerlukannya kerana perlu ada gadget untuk melancarkan urusan business online saya.
Alhamdulillah.

Jom layan gambar-gambar semasa mula-mula mendapatkan handphone ini.
 
 


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78