HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 May 2014

Jalan-jalan sambut hari lahir Alif sambil menonton Maleficient di Paradigm Mall

Assalamualaikum sahabat sekalian.
 
Ini cerita hari ini.
Seawal pagi bonda mertua tiri blogger Chekgu Azrine datang singgah rumah.
Makanya kami dengan ad-hock aktiviti iaitu ke Paradigm Mall, untuk meonton filem terbaru Angelina Jolie iaitu "Maleficient"
 
Yang menariknya, kali ini kami BENARKAN anak-anak sahaja pergi menonton kerana emak-emak nak window shopping. (sangat!!)
 
Selepas selesai uruskan anak-anak dengan mak saudaranya naik ke panggung, saya dan Chekgu Azrine merayaplah mengira langkah ke serata Paradigm Mall.
Alhamdulillah, saya dapat present ler. Tq ye kepada yang memberi.
 
Selesai anak-anak menonton kami ke Kenny Rogers untuk makan tengahari.
Dah kebetulan berkumpul beramai ni, kami makan-makan merangkap sambutan Hari Lahir yang ke 9 buat Alif Farhan.
 
Alhamdulillah, simple makan-makan tapi yang penting semua happy especially the kids.
 
 
Alif, Aiman, Aish, Alyaa, Aina, Atirah dan Amirah

Posing dengan bantuan Monopod.

Aina a.k.a Aina Jolie Maleficent
 
GSC Paradigm Mall

Apabila kami posing

Kenny Rogers Paradigm Mall

Nyanyi lagu Selamat Hari Lahir to Alif

Chekgu Azrine

Chocolate Blended SEDAP

Happy 9th Birthday Alif Farhan
 
 
 


Betik Tanpa Biji Tanam sendiri

Assaamualaikum semua sahabat
Hari ni nak cerita tentang BETIK.
Rezki dari jiranyang meberikan betik yang ditanam sendiri.
 
Apa yang hendak saya kongsikan ialah Betik ini TANPA BIJIK ala-ala buah anggur mahal yang "seedless".
Senang nak makan
 
Betik bagus dijadikan pencuci mulut kenara Buah Betik bagus untuk pencernaan khasnya.
 
Betik Tanpa Biji

Bersih tanpa Biji
 
Betik Seedless


30 May 2014

Epal terpaling MAHAL saya pernah makan

Assalamualaikum sahabat sekalian.
 
Menu apa lunch hari ini?
Lunch saja-saja hari ini saya nak cewi jap dengan EPAL yang berharga RM25.99 SEBIJIK
Kerrrlaaaazzz

Hmm nak potong makan pun rasa sayang dek kerana harganya.
Katanya Epal dari Jepun.
Kiranya mahal sebab naik kapal terbang kot erk.

Rasanya sama aje dengan epal yang biasa kita beli tu.
Apa-apa pun, bukan senang nak tanam pokok epal. (Ayat sedapkan hati)
 
Japan Apple RM25.99


Selamat Hari Lahir yang ke 9 Alif Farhan

 
 
 
 

 
 
Selamat Hari Lahir Anakanda tersayang Alif Farhan Bin Adli Lutfi
Alhamdulillah, tahun ini masuk 9 tahun.
Abang Cik dah besar.
 
Mak doakan Abang Cik sentiasa sihat, Berjaya dalam pelajaran dan cemerlang nanti.
Abang Cik jangan nakal-nakal
 
Sayang Abang Cik

29 May 2014

Daulat Tuanku Sultan Perak Ke-35 Sultan Nazrin Shah

 
Daulat Tuanku Sultan Perak Ke-35 'DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
 
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah pada 29 Mei 2014.
 
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
 

 
 
 Photo Ihsan GOOGLE
 
Daulat Tuanku
 
 
 
*My grandparents berasal dari Perak dan arwah Atok, Othman Bin Alang Jaafar pernah bercerita tentang salasilah keuarga Kesultanan Perak kerana pernah terlibat dengan istana.
 
Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Roh Al-Marhum Sultan Azlan Shah.
AlFatihah.

Cadbury Oh Cadbury Isu Hangat di Malaysia masa ini

Assalamualaikum semua sahabat.
Seperti yang anda semua maklum, isu Cadbury memang sedang hangat diperkatakan oleh semua di Malaysia.
Tak perlu saya nak jadi pemberita ulang-tayang cerita tersebut. hehe

Cuma nak kongsikan beberapa photo yang boleh membuat anda tersenyum sambil terselit ilmu disebaliknya.

Saya juga pernah membuat entry tentang
Cadbury Dairy Milk BELUM Tamat Tempoh Berkulat

Semoga kes ini akan segera ditangani kerana semua ini melibatkan isu keagamaan dan sensitivity masyarakat majmuk di Malaysia.
Halal Haram jangan diperlekehkan.
Wallahuallam
 
Ihsan GOOGLE
  
Ihsan GOOGLE
Ihsan GOOGLE
 

Apabila Pemenang GA "Selfie" dengan hadiah - Part 2

Tahniah kepada Pemenang 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
 
Terima Kasih kepada para pemenang yang sudi berkongsikan posing2 bersama hadiah yang telah di terima. 
 
 
Ini Cik bakal Puan. Asha Lya namanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah
 Hah sebab apa dapat gelaran Cik bakal Puan?
 Asha Lya bakal mendirikan rumahtangga soon. Tengok SINI.
 Kebetulan pula Asya Lya menang hadiah utama.
Asya Lya siap buat entry khas tentang kemenangan itu.

 http://blogashalya.blogspot.com/2014/05/penghargaan-sulaman-lace-heaven-kak-fuza.html

Hah,kepada sis Asya Lya, itu kiranya hadiah awal Sulaman Lace Heaven ye.
Maaf tidak dapat hadir ke Walimatul Urus.
Semoga bahgia bersama pasangan di alam rumahtangga.
SELAMAT PENGANTIN BARU
http://blogashalya.blogspot.com/2014/04/1st-giveaway-sulaman-lace-heaven.html
 
 
Ini pula Pemenang Saguhati.
Tahniah kerana terpilih untuk kategori Saguhati.
Pemenang Saguhati menerima Rantai Kunci dari Bandung.
Terima Kasih Juga sebab siap ada buat entry khas Menang Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://littlestory-in-smallworld.blogspot.com/2014/05/1st-giveaway-sulaman-lace-heaven.html
 
 
Semak KEPUTUSAN
Meh lihat SELFIE pemenang yang lain KLIK SINI
Kepada yang belum tuntut hadiah, sila hubungi Fuza segera :)
Semak kat SINI
 
Kepada yang dah terima hadiah tu, meh la kongsi gambar SELFIE.
Boleh kita lihat siapa pemenang, sambil tu dapat lah juga Fuza promotekan blog anda kepada semua.

28 May 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random : '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Laksa In the cup by CINTAN

Salam Sejahtera semua
 
Petang-petang hujan ni....
Lapar perut
 
Apa lagi...
Cari Laksa in the cup
Cepat dimasak sedap dimakan katanya.
 
Hirup TAK TERKATA......sruppppppp
 
Laksa in the cup
 
 
Cerita laksa sedap KLIK LAKSA SEDAP

Kebaikan Dan Pahala

*RENUNG-RENUNGKANLAH*
 


Wordless Wednesday - Mirip

Mirip tak?
Like Mother Like Daughter


27 May 2014

Sudip Telur stylo

Selamat Tengahari sahabat sekalian
Nak cerita tentang SUDIP Bunga ni
 
Terpandang saya kepada sudip ini semasa membeli barangan dapur di Giant Mall.
Apa yang menariknya, sudip bentuk telur tersebut memang cantik.
Pada saya dengan ada nya sudip comel macam ini akan menggalakkan kita masuk memasak di dapur.
Sambil itu juga koleksi barangan memasak di dapur nampak cantik berseni versatile.
Cewah.
 
Siapa yang langsung tidak pernah memasak???
 
 
Sudip Bunga


Fobia dengan Doktor Gigi, Anda bagaimana?


Assalamualaikum sahabat sekalian.
Hari ini nak cerita tentang FOBIA

Anda FOBIA apa?

Saya dengan rasmi tanpa segan silu ingin mengaku bahawasanya saya FOBIA DENTIST.
Hah, memang pengakuan ikhlas ni.

Sebenarnya saya berhajat untuk mendapatkan rawatan cuci gigi.
Yelah sekali sekala nak lah berangan ARTIS.

Klinik ini telah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu.
Doktor Mathew Sebastian adalah Dentist yang saya geruni tersebut.
Walhal doctor tersebut punyalah baik.

Kata Doktor, bukan saya seorang sahaja yang FOBIA, tetapi ramai lagi yang sama FOBIA seperi saya.

Siapa lagi yang FOBIA dengan dentist???Sila buat pengakuan disini.
Cer komen


Fobia jarum suntikan Doktor Gigi

GIGI

My Dentist, Doktor Mathew Sebastian

Sempat lagi selfie sambil tunggu doktor

Bila dah baring tu...jangan tengok tempat lain, tengok je lampu kat atas muka tu

Info Bagaimana menjaga kesihatan GIGI

Cara yang betul memberus GIGI

Doktor yang berkelayakan
 
Surgeri Pergigian Kelana Jaya
20-A2 Jalan SS6/3
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
 
03-7803 2621


26 May 2014

Liebster Award #1 by Liza Izara Fazriel Fahmi

 
http://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-twinkling-star.html
Klik Banner
  
Assalamualaikum and Good Day to all bloggers.
Petang ni baru berkesempatan nak blogwalking.
Terpandang Fuza kena TAG di Blog Liza Izara Fazriel Fahmi
Sebelum ini memang dah terpandang dengan logo ni.
Tapi memang tak ambil kisah pun.
 
Apa sebenarnya Liebster Award ni?
 
Ok, sebenarnya ini adalah salah satu SEGMENT Tag dan Jawab Soalan.
Apa yang anda perlu buat ialah, apabila anda kena TAG, sila lah jawab 10 soalan yang di Tanya oleh blogger yang TAG anda.
Senangkan?
 
Selesai Menjawab soalan, Anda dikehendaki TAGGED 10 rakan blogger yang belum terima Liebster Award
 
 
Soalan dari Liza
 
1. Siapa Nama First Love Cintan Cintun Monyet Anda?
Alhamdulillah, Mr. Hubby adalah cinta sejati dari zaman sekolah. Nama dia Adli
 
2. Tubuh badan / anggota badan anda yang anda suka tang mana?
Mata yang kononnya sexy
 
3. Negeri dalam Malaysia yang anda belum pernh pergi?
Kelantan
 
4. Pandangan pertama anda terhadap saya (Liza)?
Gojes
 
5. Suka nombor berapa?
5
 
6. Suka lelaki yang macam mana?
Yang menyelami hati seorang perempuan secara ikhlas
 
7. Kalau ada rezki, nak buka business apa?
Butik Kecantikan
 
8. Suka kereta buatan Malaysia yang mana?
Inspira
 
9. Bola Jaring ATAU Bola Tampar?
Bola Jaring
 
10. Mana BLOG yang anda suka lawat?
Blog yang suka melawat Sulaman Lace Heaven
 

 
SOALAN DARI FUZA UNTUK MEREKA YANG DITAG
 
1.  Apa perasaan anda apabila kena TAG?
2. Piala Thomas bukan milik Malaysia, apa kata anda?
3. Lagu rock kapak (lagu lelama) apa yang anda suka?
4. Masakan pertama anda masak?
5. Pernah sedih yang teramat kerana...??
6. Anda FOBIA apa?
7. Malaysia terkenal dengan apa?
8. Kenangan indah yang masih buat anda tersenyum hingga kini?
9. Entry apa yang paling kamu suka dari blog Fuza? Letakkan link kat sini.
10. Fuza ni macamana agaknya? Cuba komen jap.
 
 
Sahabat Blogger yang di TAG
 
 
 
 
 
 


Kalau dah jawab tu, backlink semula jawapan ke  ruangan komen ni ye.
Boleh kita semak semua jawapan tu.


Apabila Pemenang GA "Selfie" dengan hadiah

Tahniah kepada Pemenang 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
 
Terima Kasih kepada para pemenang yang sudi berkongsikan posing2 bersama hadiah yang telah di terima.
 
Ini Cik Yana. Sila lah ke blog http://ssurianahyana.blogspot.com
Beliau telah memenangi Telekung Travel untuk Hadiah Tempat Ke-3.
Comel dia posing. Boleh jadi model telekung ni.
Kata Yana dia memang sedang mencari Telekung.
Alhamdulillah
Thank you sudi share gambar

 
http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/04/1st-giveaway-sulaman-lace-heaven.html
 
 
Cik Nor ni pula adalah pemenang Pengomen Tegar.
Cik Nor ni memang dari awal Fuza ada blog hingga lah kini Cik Nor memang rajin singgah ke blog dan komen. Tak kiralah pada "Shout Box" mahu pun pada entri bloq.
Terima Kasih ye Cik Nor.
Cik Nor telah memenangi Satin Lip Balm Mary Kay.
 
Cik Nor
Satin Lips® Lip Balm
Satin Lips® Lip Balm moisturizes dry, rough lips for at least six hours.
Fragrance-free.
Hypoallergenic.
Provides an invisible barrier to keep lips hydrated.
Part of the Mary Kay® Satin Lips® two-step lip care system.
 
 
 
 
Kepada pemenang lain yang sudi nak kongsikan "Selfie" bersama hadiah masing-masing, sila wasup gambar pada Fuza ye.
 
 
Semak KEPUTUSAN
Kepada yang belum tuntut hadiah, sila hubungi Fuza segera :)
Semak kat SINI
 

Selfie Candid by Aina

Selfie
 
 
Ini cerita hari minggu yang lalu.
Aina yang sangat lah gedik pun nak selfie.
Mengada-ngadakan..
 
(Mana tumpahnya kuah...)


25 May 2014

Masam-masam manis memek muka harian anda

Adakah anda seperti ini?
Malam Ahad hampir TAMAT
 
Semoga semalam adalah sejarah
Hari ini adalah cabaran
Esok adalah harapan
 
InshaAllah
 
Gambar Ihsan Google
 
Semoga hari-hari anda sentiasa indah

Kehangatan Piala Thomas melanda anak-anak

Assalamualaikum semua
Dah ambil tempat masing-masing depan television ke?
Jam 5 petang siaran langsung Perlawanan Akhir Badminton Piala Thomas akan bersiaran.
Doa dan harapan rakyat Malaysia agar kemenangan menyebelahi Malaysia.
 
Dah hampir seminggu semangat kesukanan sukan BADMINTON melanda anak-anak.
Setiap petang depa dok sakanlah bersukan.
 
Tapi hat ni bergu campuran bertiga,
Hah, lain dari yang lain.
Cuba tengok macam-macam gaya aksi atlet kononnya.
Layankan aje.
 
Sambil-sambil beraksi, lalu pulak lah babu aiskrim ni hah
 (Sesuka je bagi dia nama Babu, kan...hahaha)
 
Kita take 5, berehat pekena aiskrim roti.
 
Smash tak sudah-sudah.


Pelapis Badminton

Aksi sukan badminton

Aiskrim Roti Raket Badminton Yonex


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78