HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Jun 2014

Tq Abah..menu Nasi Minyak 1st Ramadhan 2014

Alhamdulillah 1st Ramadhan berjalan dengan lancar.
Dugaan berpuasa sulong dengan anak-anak dapat di tangani.
 
Hari pertama berpuasa Abah cadangkan kami adik-beradik makan bersama-sama di rumah Abah di Kelana Jaya.
 
Menu hari pertama semuanya cadangan abah.
Nasi Minyak, Kurma Kambing, Dalca Ayam serta Air Asam set menu berbuka kami.
Saya sempat juga siapkan Puding Mar Mar.
Tembikai juga ada sebagai manisan berbuka.
 
Alhamdulillah
Anak-anak juga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.
Aiman dan Alif berpuasa penuh.
Aina setakat jam 2 petang, kerana demam.
 
Alhamdulillah
Bersyukur dengan rezki dari Mu Ya Allah.
 
Bagaimana 1st Puasa Ramadhan anda??
 
Nasi Minyak,Kurma Kambing, Dalca Ayam, Ayaq Asam
 
**Cerita menu akan di buat sehari selepas kerana menghormati Bulan Puasa. Jadi entry makanan akan di post malam. TQ 

Puasa tetap puasa walaupun tak berapa sihat

2nd Ramadhan bagi tahun 2014
 
Hari ini kesihatan agak kurang mengizinkan untuk melawat singgah blog teman-teman sekalian.
 
Pergi ke klinik tadi.
Kata doctor Tekanan Darah saya rendah sangat.
Bahaya boleh pitam
Bahaya takut Anemia
Bahaya takut seribu macam takut.
 
Doktor cadangkan saya buat Ujian Darah.
Dia juga bertanyakan sama ada saya ok tak sebab apabila ambil darah PUASA akan jadi MAKHRUH
Saya kata, tak apa lah doctor, demi kesihatan.
Daripada melarat lagi teruk.
 
Dan saya masih lagi berpuasa ni, dan akan teruskan sehingga waktu Maghrib nanti. InshaAllah.
 
Walaubagaimanapun disebalik berita tak sihat, ada berita gembira.
Ish, bukan pregnant ler.
Hahaha.
 
Berat badan saya sudah cecah 50KG!!!
Yahuuuuuuuuuuu
 
Seronok sangat kerana saya ni susah nak naik berat badan.
Selalunya takat 47kg je.
Alhamdulillah.
 
InshaAllah result akan dapat lagi 2-3 hari.
Kawan-kawan semua doakan kesihatan Fuza ye.
 
Tekanan Darah

Blood And Urine Specimen


29 Jun 2014

Shopping Raya Awal di One Utama Elak kesesakan

Assalamualaikum
Selamat Berpuasa Ramadhan semua.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Alhamdulillah.
Semalam 28/6/2014  saya telah ke One Utama Shopping Mall di Petaling Jaya.
Tujuan kesini adalah untuk membuat persiapan awal baju raya anak-anak.
Eh belum puasa lagi dah membeli untuk raya?

Hah, sebenarnya 1st trip shopping dah pun setel last week. KLIK SINI
 Kenapa awal?

Oleh kerana Mr Husband hanya pulang ke tanahair menjelang Syawal, makanya tugasan persiapan raya diserahkan kepada saya.
Jika pergi membeli-belah semasa berpuasa, kita penat, anak-anak yang berpuasa pun letih lesu, pasti ramai yang berasak-asak ke pusat membeli belah serta quality masa tu juga penting kerana hendak mengejar waktu berbuka puasa,

Tapi, untuk pengetahuan semua, semalam pun keadaan di Parkson serta One Utama khasnya memang sangat padat dengan pengunjung.
Kebanyakannya juga membeli awal dan memberikan alasan lebih kurang saya.
Cepat lambat pasti nak kena beli jugakan.

Sambil pilih-pilih untuk anak, maknya leka memilih untuk diri sendiri.
Rezki anak-anak. Dapatlah 3-4 pasang persalinan setiap seorang,
Tidak lupa juga sehelai dua untuk anak buah saya, Zahran, Kamil dan Zahir.

Apa-apa pun, perbelanjaan semalam adalah berbaloi kerana dengan berbelanja, anda dapat Baucer sambil dapat kumpul stamp point untuk penebusan barang-barang perkakasan memasak.

Berbaloi-baloi kan??
 
Kami ber WEFIE sesampai di AEON One Utama

Anak-anak dah besar, dah ada ciraeasa sendiri


Ralik memilih sampai tak perasan anak snap CANDID

Alif dengan kasut idamannya, NIKE

Fitting Room


Sementara anak-anak mencuba baju dan seluar, saya pun santai, Letih berjalan.
 
Stamps dan borang penebusan. Dah cukup stamps boleh beli 3-4 mangkuk.

Voucher Parkson
Hari Raya ni terasa meriahnya pada kanak-kanak.
Kita hanya melaksanakan tugas untuk menyediakan segala kelengkapan,
Inshaallah


Ramadhan Datang lagi dan Kelebihan Bulan Ramadhan, InshaAllah

ALHAMDULILAH
 
29 June 2014, Ramadhan datang lagi.
 
Masih panjang umur kita untuk berada di Bulan Ramadhn pada tahun ini.
Semoga kita sama-sama mendapat keberkaran, mempelajari sifat-sifat sabar dan rendah diri.
InshaAllah.
 
Semoga amal ibadah kita diterima Allah s.w.t
Amin
 
 
 
 

Kelebihan
 
‎1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
 
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
 
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
 
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
 
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
 
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
 
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
 
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
 
3. Pintu neraka ditutup.
 
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
 
4. Dibuka semua pintu syurga.
 
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
 
5. Allah perhiaskan syurga.
 
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
 
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
 
6. Dilepaskan tahanan neraka
 
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
 
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
 
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
 
Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.


INFO :  Mr Google


28 Jun 2014

Barangan TEFAL dengan harga runtuh 50%??

 Assalamualaikum

Hari ini cerita tentang harga runtuh barangan TEFAL.
Macamana?

Setiap RM100 yang anda belanja dalam 1 resit anda layak untuk membeli brangan TEFAL yang di tawarkan dengan harga diskaun 50%.
Yang pastinya anda adalah Ahli Aeon dengan memang kad AEON

Kebetulan sekarang ini saya memang akan berbelanja untuk barangan anak-anak sebagai persiapan Hari Raya.
Beli awal senang, pilihan banyak, saiz pun masih banyak. tak lah letih jika membeli semasa bulan puasa nanti.

Jom ke AEON berdekatan. Bijak berbelanja. Jangan membazir.
InshaAllah
 
AEON

TEFAL Fruity di AEON


Barangan TEFAL yang ditawarkan untuk penebusan
 
Cerita REDEEM di PARKSON
 


CPUV by Ikea - June Sale Campaign / 10th BE

ALHAMDULILLAH
 
June 2014 memang bulan yang murah rezki buat SULAMAN LACE HEAVEN.
Saya baru je semak design baru Nuffnang.  Ramai blogger yang buat entry tentang rupa baru tersebut.
 
Baru perasan ada BE baru menempek lagi sejak semalam.
BE ke 10 by Ikea - June Sale Campaign sedang menari-nari di blog Fuza.
Rezki lagi.
Terima Kasih Nuffnang kerana sudi-sudi tawarkan BE ini singgah ke blog kerdil Fuza.
 
Terima Kasih juga buat teman-teman blog yang sentiasa sudi singgah ke blog Fuza.
Yang sudi bagi sokongan kepada blog ini.
 
 ** Setakat ini ada 8 BE yang masih terus menari bergandingan bersamba lambada.
Harapan saya agar semua BE terus menara lelama-lama ye.
Sempat lah kumpul duit belanja skit.
 
CPUV by Ikea - June Sale Campaign / 10th BE

**Tujuan entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar meluahkan rasa bersyukur**
 
Klik 2nd BE
 Klik 3rd BE
Klik 4th BE
Klik 5th BE
Klik 6th BE
Klik 7th BE 
Klik 8th BE


27 Jun 2014

SEGMEN - Jom Blogwalking # 1

Salam kenalan buat MissNick
Akak gojes ni ada buat SEGMENT.
Baru ternampak dan baru nak join.
Harap-harap dapat lah memanjangkan silaturrahim sesama blogger.
 
 
http://diarymissnick.blogspot.com/2014/06/segmen-jom-blogwalking-1.html
KLIK SINI
 
Syarat-syarat yang ditetapkan adalah sangat simple :-
 
Tinggalkan URL Blog anda di ruangan komen di SINI
 
Sempat lagi tak nak join ni??


Shopping Raya Awal di AEON AU2 berbaloi-baloi

Assalamualaikum
 
SHOPPING!!!!
Perkataan shopping tu mesti buat semua teruja!!!.
Perghh, dengan SALES RAYA sana sini.
Kebanyakkan pusat membeli-belah menawarkan potongan harga berganda-ganda.
Tu diaaa....buat iklan plak.
 
Ini cerita semalam.
Sebenarnya bukan saya yang sakan membeli.
Tujuan ke sini ialah membeli-belah pakaian santai buat adik-adik ipar saya.
Sepatutnya Mr Husband nak bawa adik-adiknya dating shopping. Dukacita nya masa sangatlah padat dengan macam-macam urusan.  Mr. Husband pun sudah ke perantauan kerana tugasan mencari rezki.
Makanya saya di pertanggungjawabkan untuk melaksanakan hajat Mr. Husband.
 
Oh ya... adik ipar saya tu 4 beradik.
Tetapi semasa ke sini, mereka semua tak ikut ye. Bukan apa, semuanya bersekolah. Lagipun agak sukar kot nak memilih kalau semuanya ikut.
Makanya Mak Mertua Tiri saya, ChekguAzrine..di bawa bersama kerana dia lebih arif tentang saiz dan citarasa anak-anaknya.
 
Oh ya..kenapa SHOPPING awal?
1. Nanti dah tak banyak pilihan untuk di shopping.
2. Saiz yang padan pun payah nak cari nanti.
3. Last minute pasti kesesakan di Shopping Mall.
4. Kalau membeli di bulan puasa agak mencabar lah juga kerana kita berpuasa, anak-anak pun berpuasa. Mana nak berkejar untuk masa berbuka lagi.
 
Alhamdulillah, dapatlah adik-adik ipar beraya sakan nanti walaupun tidak lah seberapa sangat shoppingnya.
 
Hah..tak kan p sesajekan?
Saya pun grablah lipstick SIMPLYSITI Princess Pink untuk diri sendiri,
Terasa sexy je masa try tester tu.
Hah, grab terus.
 
Sedar tak sedar dah dekat 3jam ok kami sakan meronda.
Masa untuk makan.
Tq to Chekgu Azrine coz belanja makan semalam.
Alhamdulillah
 
Pusat Membeli Belah AEON AU2

AEON Member diskaun berbaloi-baloi

Candid!!! Gaun budak-budak semuanya cantik-cantik

Hasil tangkapan di AU2 Shopping Mall

Simply Siti

Simply Siti Princess Pink

Senang, kaunter pembayaran pun tak sesak

Sizzling Mee dan ABC meletop


Majlis Tahlil Arwah Selepas Solat Terawih dan cetak Yassin Murah

 Alhamdulillah.
Bulam Syaaban muncul lagi.
Di kesempatan bulan Syaaban yakni sebulan sebelum Ramadhan, AJK Surau di kawasan perumahan saya di Kelana Jaya Selangor sering menganjurkan majlis Tahlil Arwah Selepas Solat Tarawih.

Borang telah diedarkan.
Setiap keluarga boleh mengisi nama 5 orang arwah yang ingin ditahlilkan.
Sumbangan seikhlasnya boleh dihulurkan.
Sumbangan tersebut akan digunakan untuk penyediaan berbuka puasa.
Untuk tahun 2014, giliran bacaan doa untuk keluarga kami akan diadakan pada 2nd Ramadhan.
Konsep siapa cepat hantar borang dia akan dapat dulu.
Kalau lambat, jadinya bacaan tahlil mungkin pada akhir Ramadhan.

Dengan kesempatan itu, saya juga telah memasukkan beberapa nama arwah antaranya nama arwah umi mertua, Hajah Padilah Binti Hashim.

Saya telah menempah 200 keping buku surah Yassin untuk disedekahkan kepada tetamu.
Alhamdulillah, hajat sekian lama itu Berjaya dilaksanakan.
Printing tersebut saya telah amanahkan kepada YASSIN MURAH.
Terdapat pelbagai design.
Yang keemasan ini menjadi pilihan hati saya.

Semoga hajat dan doa restu kami mendapat keberkatanNYA.

Al-Fatihah buat para arwah.
Semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA.
Amin 
 
Surat Pekeliling berkenaan Majlis di bulan Ramadhan

Borang Tahlil Arwah
Cetakan Surah Yassin Murah
Doa ke atas Arwah Umi Hajah Padilah Binti Hashim
Dari Kami seisi keluarga


Bersama pemilik YASSIN MURAH
 
Untuk Tempahan dan Maklumat lanjut
 
Call 019-770 4248
 
Ahlah Wasahlan Ya Ramadhan

26 Jun 2014

SHOP COLLECT REDEEM perkakasan grill TERMISIL di Parkson

Assalamualaikum
 
Pasti ramai sedang ataupun telah pun memulakan acara membeli belah untuk persiapan Lebaran.
Bagi saya saya lebih suka di rancang sebelum Ramadhan kerana kesian pulak dengan anak-anak yang berpuasa tu kan.
Nak kena berjalan ke hulu ke hilir.
Kerana mereka semua berlatih berpuasa penuh.
Alhamdulillah.
 
Nak kongsi kat sini, sambil membeli belah boleh membeli lagi dengan diskaun.
Hah..macam mana tu?
 
Ok di PARKSON ada diadakan kempen SHOP, COLLECT & REDEEM.
Seperti semua telah sedia maklum, program seperti ini umpama ganjaran tambahan kepada kita pengguna.
 
Mudah
1. Membeli-belah dengan total sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit.
2.Kumpulkan 15mata point bagi yang bukan ahli BONUSLINK
Kumpulkan 10 mata point bagi ahli BONUSLINK
3. Anda layak untuk pembelian dengan harga terendah untuk mana-mana set perkakasa jenama TERMISIL *Joy Of Cooking.
 
Apa yang menarik perkakasan tersebut adalah sangat serbaguna.terutama untuk ibu-ibu yang rajin sediakan GRILL menu.
Harga yang ditawarkan pun amat berpatutan.
 
Hah, apa lagi uols??
Jangan lupa kumpulkan stamp anda apabil berbelanja di PARKSON.
 
Kempen ini akan berlangsung bermula 15 April 2014 sehingga 31 July 2014.
Jimat hingga 75%.
 
Berbaloi-baloi.
 
 
Alhamdulillah, dalam minggu ini saya akan tebus 2 unit perkakasan yang ditawarkan.
Bolehlah guna semasa memasak untuk lebaran nanti.
Cewah...semangat sungguh.
 
Stamp yang perlu dikumpulkan

Antara perkakasan TERMISIL yang ditawarkan pada harga super diskaun

Dapatkan borang penebusan anda di PARKSON berdekatan


Aiskrim Asam Boi dalam bentuk Stick

Assalamualaikum.
 
Tengahari panas terik ni pekena aiskrim pun nyamankan.
Lalulah bai Askrim depan rumah.
Kenapa panggil dia Bai pun saya tak tahu.
Tapi itulah nama komersial penjual aiskrim ataupun roti yan saya dengar sejak saya kecik..hehehe
 
Tu dia!!
Ada aiskrim ASAM BOI.
Memang kesukaan saya ni.
Selalunya jumpa yang dalam bentuk Aiskrim Malaysia tu. KLIK SINI
Meh meh layan sebelum Ramadhan
 
Aiskrim Asam Boi Stick


Awas...musim panas jerebu sinonim dengan musim SEMPUT DENGGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera teman-teman sekalian.
 
Semua sedia maklum bahawa pada masa ini, musim panas melampau sedang melanda Malaysia. Jerebu juga sedang melanda dengan agak teruk.
 
 
PESANAN
 
Jaga kesihatan semua
Minum air suam yang banyak.
Jerebu sedang melanda, cuaca tidak sihat, kurangkan aktiviti luar rumah
Jaga kebersihan persekitaran rumah untuk mengelak pembiakan nyamuk.
Periksa keliling rumah supaya tiada punca air bertakung.
Fogging membantu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
Baru-baru ini di kawasan perumahan ayahbonda, FOGGING telah dilaksanakan besa-besaran.
Kalau FOGGING macam ini barulah berbaloi daripada FOGGING yang hanya lalu depan rumah dengan menggunakan van kesihatan.
 
Semoga kita semua terpelihara dari sebarang penyakit dan kesusahan.\
Amin
 
FOGGING
 
Pegawai Kesihatan melakukan FOGGING
 
Asap Tebal FOGGING

Fogging mencegah pembiakan Nyamuk Aedes musuh DENGGI
 

25 Jun 2014

Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah di Penang

 Salam sejahtera sahabat sekalian.
Ada peminat tegar jeruk tak kat sini?

Kepada peminat tegar bolehlah ke  Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah di Penang.
Anda tidak perlu lagi ke Pulau kerana kedai ini terletak berdekatan dengan Tesco Seberang Perai, boleh nampak dari tepi Lebuhraya menuju ke Autocity, Juru.

Pelbagai produk makanan tempatan di jual di sini.
Segala jenis kicap, sos, rempah ratus, kuih tradisional, kerepek keluaran penduduk tempatan serta yang paling utama ialah JERUK MADU.

Terdapat pelbagai jenis jeruk yang dijual disini.
Diantara yang popular ialah buah pala, buah mangga kuning, kedondong dan banyak lagi.

Kepada yang ke Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang
 

Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang

Jeruk Campur


Jeruk Mangga

Buah Pala Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang
Kuih tradisional seperti Kuih Bahulu
Pekasam Ikan dan Pekasam Daging di Jeruk Madu Pak Ali
Pelbagai rangkaian kerepek

Pelbagai barang makanan produk tempatan

Cenderahati di Jeruk Madu Pak Ali

Pintu Masuk Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang

Kaunter Pembayaran yang sesak di Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang


Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang

Beg Recycle di Jeruk Madu Pak Ali Wakaf Seetee Aisah Penang





 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78