HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jul 2014

Tudung Shiffon Lace Batu, apa kata pengguna? By Erma

Assalamualaikum
 
Kali ini nak share testimony sahabat sepejabat, Datin Erma
Alhamdulillah, Erma telah membuat pesanan dua helai tudung. Warna kelabu dan Dustu Purple menjadi pilihan hati.
 
Kata Erma " Kena gaya macam-macam cara boleh pakai. Lagi pun tudung ni saiznya lebar, puas hati.Pasni nak order warna lain pulak. Kompom laku meletop"
 
 
Tudung Shiffon Lace Batu Dusty Purple
 
 
Cantik menggayakan Tudung Shiffon Lace Batu.
 
 Entry Berkaitan :
 
 
 
 
 
 


29 Jul 2014

Keywords Nuffnang di musim perayaan

Assalamualaikum

Masih lagi hangat dengan mood raya.

Hari ini saja saya semak akaun Nuffnang.
Nak jugak tahu macamana sambutan blogger.

Sememangnya kebanyakkan kita sedang berada di kampung halaman.
Internet access adalah limited.
Walaubagaimana pun, tetap juga ada yang singgah ke blog Sulaman Lace Heaven.

Ada yang mencari kata kunci TUDUNG ALA FAREEDA 2014
Wah, ini pasti semua nak mencari ilham untuk bergaya di hari raya.

Koleksi Baju Raya 2014 juga mendapat perhatian di search enjin.

Eh eh..watak Saiful dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan pun ada?

Apapun, terima kasih kepada yang masih singgah BW di blog ini.

InshaAllah, once setel berhari raya saya akan balas kunjungan anda. Di kampung line internet kalah siput. Maafkan lah saya ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Keywords Nuffnang

28 Jul 2014

Apabila 1 Syawal menjelma...

Assalamualaikum
 
Salam Aidilfitri buat semua.
Kemenangan milik kita yang telah pun menyempurnakan Ramadhan dengan penuh perisian.
 
Alhamdulillah
Semoga kita mendapat keberkatan dan hidayah Ramadhan.
 
Seperti biasa, pagi 1 Syawal, tugasan kaum wanita paling padat.
Masak rendang
Rebus ketupat
Susun kuih raya kedalam bekas
Kemas rumah
Siapkan pakaian baru keluarga
dan macam-macam lagi tugasan
 
Yang pentingnya, apabila berkumpul adik-beradik ipar duai pelbagai menu bakal dikongsikan bersama.
Semoga kemeriahan Syawal ini kita raikan dengan penuh keinsafan.
Ingatlah kepada mereka yang kekurangan.
Ringankan memberi sedakah jariah.
Jangan lupa ayahbonda,
InshaAllah, semoga rezki kita akan lebih diberkati.
Amin.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
 
Ketupat Nasi Segera.



27 Jul 2014

Majlis Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan SK Sri Kelana

Assalamualaikum
 
Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, rezki anakanda Aiman Faris untuk sama-sama khatam Al-Quran di dalam acara yang dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana.
Acara diadakan di dewan sekolah pada 25 July 2014.
 
Tetamu kehormat yang dijemput ialah Ustaz Ahmad Tarmizi Haji Ali , Qari pemenang tempat pertama di dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2014
Beliau juga merupakan Imam Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya.
 
Alhamdulillahm semoga Aiman mendapat keberkatan didalam majlis tersebut.
Harapan agar Aiman juga bakal menjejaki Ustaz Tarmizi yang merupakan pelajar dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
 
InshaAllah
 
 
Segak lengkap dengan Jubah serta serban

Bersiap sedia untuk memasuki ruangan di dewan

Anakanda Aiman Faris Bin Adli Lutfi

Ustaz Tarmizi menyemak bacaan anak-anak yang terlibat dengan majlis Khatam Al-Quran

Aiman bersama piala penyertaan Khatam Al-Quran

Selfie

Piala Penyertaan Khatam Al-Quran


Raya Line Clear bersama pasangan Izreen dan Amar Baharin

 Assalamualaikum

Ada yang masih rindu dengan pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan?
Siapa lagi kalau bukan Izreen Azminda dan Amar Baharin yang membawa watah Indah dan Abang Zen.

Rasanya ramai yang tangkap cair cintan cintun dengan pasangan kekasih ni.
Ramai juga yang ternanti-nantikan episode seterusnya bagi drama ini kerana penamatnya sebelum ini semua mengeluh tergantung isinya.

Bagi mengubat rindu semua terhadap Indah dan Abang Zen, Astro akan menyiarkan program malam raya.
Hah, jangan ketinggalan tau untuk menyaksikannya. Set reminder ke, alarm ke agar tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan malam raya ini.

Rancangan Raya Line Clear
Pada 27 July 2014  Ahad pada Malam Raya
Jam 9-11 malam
Di Astro Ria
 
Atleast terubat jugalah rindu peminat-peminat pelakon hangat KTAR ini.
 
Visit Instagram mar_rawi untuk maklumat lanjut
 
Credit to Instagram mar_rawi


26 Jul 2014

Sahur penutup Ramadhan 2014

Allahuakbar
Ramadhan sampai ke penghujungnya.
Semoga panjang umur kita untuk meraikan Ramadhan lagi di tahun hadapan, InshaAllah.

Pasti ramai yang telah pun berada di kampung halaman masing-masing.
Bagi yang masih dalam perjalanan tu, hati-hati di jalan raya.

Pastinya sahur kali ini penuh bermakna bersama mereka yang tersayang.

Saya dating dengan Mr Husband mencari Roti Cheese Naan dengan Ayam Tandoori.

Bersahur apa hari ini?

Roti Cheese Naan dengan Ayam Tandoori


When you're going through hard time....

Semoga kita sama-sama redha dalam setiap sesuatu ujian dari Allah Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian yang berlaku.
 
Wallahuallam
Credit to ALL About Islam


Aplikasi PLUS Expressways hak cipta UEM

Bismillahirrahmaanirrahim
 
Memulakan perjalan kami ke Utara.
Sudah pasti Lebuhraya utama menjadi tumpuan orang ramai untuk pulang ke kampong halaman masing-masing.
 
Kepada anda yang mengguna Android ataupun IPhone silalah download applikasi PLUS Expressway creates by UEM.
Dengan adanya aplikasi ini semoga anda dapat mengetahui info keadaaan kesesakan dan kelancaran perjalanan di semua Lebuhraya di Malaysia.
 
Semoga perjalanan anda lancar.
Hati-hati di jalanraya.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
 
 
Balik Kampung..oh oh ooo Balik Kampung
 
 
Kesesakan di majority lebuhraya utama

Tanda merah bermaksud kesesakan sedang berlaku. Tanda hijau bermaksud perjalanan lancar.


25 Jul 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Sulaman Lace Heaven

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
 
Kemaafan ku pohon sekiranya ada salah silap tutur bicara sama ada secara lisan ataupun secara penulisan.
Mana yang baik ambil sebagai pengajaran dan iktibar.
Mana yang buruk jadikan sempadan.
Ku panjatkan kemaafan sekiranya ada yang terguris hati terguris rasa selama saya bersama blog Sulaman Lace Heaven.
 
Alhamdulillah, setelah 2 tahun bersama blog, bertambah kenalan silaturrahim dipanjangkan.
Terima Kasih kepada semua teman-teman terutamannya para blogger yang sentiasa memberi semangat dan sokongon kepada saya di sini.
 
Semoga Ramadhan yang berlalu akan menjadi Ramadhan yang terbaik buat setiap insani.
Harapan agar Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
 
Kepada yang akan pulang ke kampong halaman, hati-hati di jalan raya.
Kepada yang menanti kepulangan mereka yang tersayang, doakan keselamatan mereka.
Kepada yang terpaksa bertugas demi Negara doa restu agar kalian semua selamat menjalankan tugas.
InshaAllah.
 
 
Dari Fuza sekeluarga
 
 
Saya serikan ucapan Hari Raya Aidilfitri ini dengan gelagat warna warni semasa seisi fotografi bersama ayahbonda dan adik-beradik saya.
Alhamdulillah, lengkap semua ahli keluarga hadir dan semuanya sihat dan ceria menjelang lebaran.
Syukur kerana tahun ini kami dapat merakamkan potret keluarga.
 
Owner Sulaman Lace Heaven
 
Bersama Mr. Husband dan anak-anak tersayang.
 
Ayahbonda, adik-adikku bersama suami dan anak-anak mereka serta aku dan keluargaku. Alhamdulillah
 
Cucu-cucu Ayahbondaku

**Entry selepas ini adalah entry Auto schedule. Di kampong internet access adalah limited. Saya akan memulakan perjalanan pulang ke kampong mertua InshaAllah Subuh esok selepas bersahur. Doakan perjalanan kami sekeluarga.
Harap anda tetap setia sudi singgah ke blog Sulaman Lace Heaven

Yeaaa... dapat kad raya untuk tahun 2014

Assalamualaikum
 
Hari  ini hari Jumaat, minggu terakhir Ramadhan.
Bagaimana persiapan Syawal anda? 
Dah service kereta?
Dah kemas kain baju?
Jangan lupa bagitahu jiran sebelum keluar tinggalkan rumah.
 
Ok, saya nak cerita tentang KAD RAYA
Alhamdulillah, ada juga merasa dapat kad raya tahun ni.
Terima Kasih kepada dua orang adik BLOGGER yang fofuler meletop.
Siapa tak kenal SallySamsaiman dengan Ainim Rashihah
 Silalah berkenalan dengan depa dua tu ok.
Happening
 
To both of you, thank you for the Raya Card :)
 
Segmen Ainim Nak Bagi Kad Raya..Yeaaa Dapat Kad Raya
 
Segment : Sally nak bagi kad raya!


Dating Sahur Menjelang Syawal

Assalamualaikum
Dah tengah malam ni kelaparan melanda.
Makanya Mr Husband ajak p sahur awal.
 
Langsung ke Kedai Kayu Nasi Kandar.
Nak makan apa?
Macam-macam ada.
Tapi tetiba teringin nak makan Maggi Goreng.
Memang sedap Maggi Goreng kat sini.
P lah cuba nanti tau
 
Teh Ais dan Maggi Goreng


24 Jul 2014

Air Nira Nipah...siapa suka?

Assalamualaikum
 
Semalam saya ke Bazaar Ramadhan.
Terpandang pada Nira Nipah.
Ada sesiapa yang tak kenal?
Nak tahu lanjut baca sini NIRA NIPAH
 
Ok Nira Nipah ini memang sedap, Air nya mirip air laici.
Rugi tak cuba sebab bukan selalu ada.
Disini sebotol dijual dengan harga RM5.
 
Bulan puasa kali ini cuaca agak panas. Pastikan anda minum banyak air.
Air Nira Nipah adalah pilihan terbaik kerana dapat menyejukkan badan.
 
Cuba tau!
Air Nira


Berbuka puasa di Restoran Mohd Chan Abdullah Kelana Jaya

Assalamualaikum
 
Ini cerita hari minggu yang lepas.
Pada Ramadhan yang ke 22, setelah seharian penat membakar biskut raya, para-para chef di dalam rumah surrender.
Hari ini kami cuti memasak.
 
Alhamdulillah abah saya seorang pegawai pencen kerajaan baru sahaja menerima bonus raya buat staff pencen dan telah sudi-sudikan diri untuk belanja kami semua makan di Restoran Mohd Chan Abdullah.
Restoran tersebut terletak berhampiran dengan rumah mak abah. Jadi tidak perlu nak risau tentang kesesakan lalulintas
 
Seawal jam 3 petang saya dan abah telah pergi membuat booking makanan serta meja,
Maklumlah, kalau last minit takut ramai pelanggan dan bersesak-sesak.
Dengan membuat tempahan awal, dapat menjimat masa. Sejumlah deposit dikenakan bagi mengelakkan pembatalan pesanan last minit.
 
Di bulan puasa restoran ini ada menyediakan Menu Berbuka puasa.
Pada saya harganya sangat berpatutan.
Pilih ikut selera masing-masing.
 
Apa yang saya boleh rekeman kan disini, semua pesanan kami di Set Menu 3 memang sedap. Makanan yang dipesan juga sampai tepat pada masa. Makanannya pun masih panas.
Kalau anda bercadang hendak berbuka puasa disini, seeloknya datang booking awal.
Harganya berpatutan.
 
Thank you abah sebab belanja kami sekeluarga.
Terima Kasih daun keladi ^_^
 
Reserved

Saya dan bonda menunggu hidangan berbuka puasa

Ayahanda Musa Bin Haji Mohamad


Bondaku Fatimah Binti Osman

Ribena Laici pilihan Aiman

Alif sedang mengamati air Sirap Bandung Cincau nya

Aina yang tak tahan bau asap masakan di kedai

Udang Goreng Nestum, Sayur Brokoli Cendawan, Daging Masak Kicap serta Tahu Sadur

Siakap Stim Limau

Makanannya sedap sehingga licin di makan oleh anak-anak
 
Lebih 100 pilihan Juadah berbuka

Set Menu berbuka puasa

Outlet Restoran Mohd Chan
 


CPUV by RAKUTEN JULY 2014 / 15th BE

Assalamualaikum
 
Count down to Syawal. Agak sibuk dan tidak sempat hendak BW.
InshaAllah bila ada kelapangan nanti saya akan visit blog teman-teman ye.
Terima Kasih kepada yang terus setia singgah ke sini.
 
Dalam kesibukan harian, sempat juga saya semak akaun Nuffnang saya sebentar tadi.
Alhamdulillah, tidak sangka pula ada BE baru singgah lagi.
Kali ini BE Ke 15 dari CPUV by RAKUTEN JULY 2014 / 15th BE .
Buat masa ini ada 5 BE yang aktif di blog Sulaman Lace Heaven.
Alhamdulillah, syukur dengan rezki ini.
 
Sudi-sudilah isikan tabung Raya saya ye.
CPUV by RAKUTEN JULY 2014 / 15th BE

 Apa kebendanya RAKUTEN?

Japan’s number 1 online shopping mall, Rakuten, is now available in Malaysia. It’s basically like a shopping mall, where they have different shops under one roof except… well, it’s online! They have heaps of products – over 100,000 products ranging from electronics, home and living, baby and maternity, books, fashion, beauty and many more. Heck, they even have food and beverages on their website!

Visit SHOP DIRECTORY

 
**Tujuan entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar meluahkan rasa bersyukur**
 
Klik 2nd BE
Klik 3rd BE
Klik 4th BE
Klik 5th BE
Klik 6th BE
Klik 7th BE 
Klik 8th BE
Klik 10th BE
Klik 14th BE


23 Jul 2014

Kad Raya Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum
 
Semalam Admin @izreenazmindfc telah membuat pengumuman bahawa, seramai 20 ahli FC yang bertuah akan menerima Kad Raya Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Entry tentang drama tersebut KLIK SINI
 
Eh hebatnya nama kad raya tu? Kenapa namanya begitu?
Hehe, sebenarnya saya yang gelarkan begitu kerana kad raya tersebut ada gambar pelakon cerita yang sedang hangat iaitu IZREEN AZMINDA serta AMAR BAHARIN atau lebih dikenali dengan watak Indah dan Abang Zen.
 
Mereka yang bertuah akan menerima kad raya Limited Edition ini siap dengan tanda tangan kedua-dua artis yang sedang meletop tu.
 
Berdoalah sangat-sangat agar saya antara 20 peserta yang bertuah tu.
Slogan terbaik antara faktor pemilihan nanti.
 
Saya telah pun didaftar sebagai FC Izreen Azminda
 
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/07/ahli-rasmi-fc-for-izreen-azminda-biodata.html
Kad Raya Kerana Terpaksa Aku Relakan


Pos Kad Raya pengganti diri

Assalamualaikum
 
Kad raya? Ada yang dah dapat kad raya tahun ni?
Ada sesiapa pula yang belum dapat langsung?
 
Budaya kad ucapan Selamat Hari Raya semakin kurang trending sekarang.
Pada zaman yang serba canggih dengan kemajuan Information Technology, IT, Kad Raya elektronik menjadi pilihan.
Katanya murah, cepat dan menjimatkan.
 
Pada pandangan saya ungkapan "Kad ucapan pengganti diri" seharusnya dilupa jangan.
Berapa lah sangat modalnya untuk mengepos kad raya yang hanya dilakukan setahun sekali?
 
 
Saya telah mengepos beberapa kad ucapan Selamat Hari Raya buat teman-teman serta siap-siap membalas kad raya. Kelihatan peti pos juga sudah penuh sehinggakan boleh lihat kad raya sudah separas mulut peti tersebut.
Harga kad bukan menjadi ukuran.
Yang penting anda ingatan yang tulus ikhlas,
 
Kad Raya
 
Peti Pos Lain-lain Tempat


Alhamdulillah.. Selamat sampai dari perantauan bercuti Hari Raya

Assalamualaikum
 
Ini cerita semalam
 
22 July 2014, syukur sangat kerana Mr Husband selamat sampai dari perantauan. Beliau telah pun mula bercuti sempena Hari Raya. Kiranya balik beraya lah ni.
Oh ada yang bertanya kemana Mr. Husband saya?
Mr. Husband saya yang bekerja UEM, kini bertugas di Indonesia. Buat masa ini dia sedang bertugas di Projek Lebuhraya, usahasama Syarikat besar di Indonesia dengan PLUS.
 
Ok, berbalik pada cerita Mr. Husband.
Sebenarnya saya teramatlah risau.
Yelah beliau bekerja di tempat orang. Macam-macam cabaran dan dugaan.
Selain itu, saya masih dibayangi kes MH370 dan MH17.
Saya download aplikasi Flight Radar 24, untuk membuat pemantauan terhadap progress penerbangan Mr. Husband. Lega lah juga kan dapat lihat dimana perjalanan penerbangan beliau.
 
Penerbangan sampai tepat pada masa seperti yang dijangkakan.
Agak lama menunggu kerana terdapat banyak penerbangan lain yang sama-sama sampai pada masa itu. Lebih kurang 30 minit baru Mr. Husband selesai dan dapat keluar  di Balai Ketibaan Antarabangsa,
 
Alhamdulillah, selamat sampai ke tanahair.
Namun Mr Husband kurang sihat kerana demam. Ialah, di sana cuacanya sejuk. Malaysia sedang cuaca panas due to Monsun Elnino.
 
Eh eh,..sempat juga SELFIE ala-ala #indahZen dari watak Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Sweet tak uols? hehehe. Tetiba ada selingan erk.
 
Ingat tak babak Zen menghadiahkan Minyak Wangi kepada Indah?
Romantikkan?
 
Alhamdulillah, Mr. Husbans saya juga begitu.
Setiap kali dia pulang ke Tanahair pasti dia akan hadiahkan saya dengan Minyak Wangi Edisi terbaru.
Seronoknya...
 
Ok, minta tolong doakan kesihatan Mr. Husband saya ye. Yelah, Hari Raya semakin hampir.
Semoga semua diantara kita sihat-sihat dan dilindungiNYA
Amin.
 
 
Flight Radar 24

Ketibaan Penerbangan KLIA2
 
Ada macam #indahZen? Saya bersama Mr Husband SELFIE

LancĂ´me La Vie Est Belle


NAK TOPUP RAYA??

Assalamualaikum
 
 Siapa NAK TOPUP RAYA??
 
Klik BANNER untuk join
 
Sila lengkapkan soalan di bawah. Mana tahu rezki anda?
 
 
 5 SEBAB mengapa saya patut untuk mendapat TOPUP RAYA dari julinaalias
- Kalau dah rezki jangan ditolak
- Perlunya ada topup agar senang nak buat panggilan ucapan Hari Raya
-Harap semua syarat yang dikenakan menepati ciri-ciri untuk menang
- Saya rasa saya layak menang.
- InshaAllah, memang rezki saya untuk menang kot :)
 
 
 Ucapan yang TERBEST di dunia untuk insan ISTIMEWA dalam hidup saya.
 
Ayahbonda
 
"Buat Ayahbonda yang sentiasa dihati.
Anakanda pohon kemaafan yang tak terhingga andai kiranya ada walaupun sedetik anakanda membuat khilaf yang menyentuh hari ayahbonda. Tanpa ayahbonda tidak dapat aku melihat bulan dan matahari. Kasih saying ayahbonda kasih yang abadi saying yang tiada tolok bandingannya. Ya Allah, Engkau lindungi kedua ayahbonda ku dan kurniakanlah syurga duni dan syurga abadi Mu. Amin"
 
 
 
Reka pantun 4 kerat yang menunjukkan kemeriahan raya korang dikampung
 
Beduk berbunyi menjelang Syawal
Berlalu Ramadhan bulan terpuji
Beraya ke Penang Kampung Pinang Tunggal
Ketupat rendang mee sup mee kari pasti disaji
 
 
Kuih yang WAJIB ada semasa Hari Raya ialah Biskut Suji Arab 
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/07/setahun-hanya-sekalibiskut-suji-arab.html
Kuih Suji Arab


HADIAH 
 
TEMPAT PERTAMA:  TOPUP RAYA BERJUMLAH RM30
TEMPAT KEDUA:    TOPUP RAYA BERJUMLAH RM10 
TEMPAT KETIGA :  TOPUP RAYA BERJUMLAH RM5

SAGUHATI :
3 ORANG PEMENANG SAGUHATI AKAN 
DAPAT KEYCHAIN NAMA SPAN

PERADUAN INI AKAN BERMULA PADA HARI INI SEHINGGALAH 7 SYAWAL IAITU PADA 3HB OGOS 2014.


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78