HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Aug 2014

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Syabas Malaysia

Alhamdulillah.
57 tahun Malaysia Merdeka
Semoga kita rakyat Malaysia akan terus MERDEKA.
Malaysia Tanah Tumpah darahku!
 
Jangan hanyut dengan peredaran zaman.
Jangan teknologi porak-perandakan kita.
Bangun Rakyat Malaysia!!
 
Semoga Malaysia menjadi kebanggaan di mata dunia
Amin
 
Kemerdekaan 57 Tahun Malaysia
 
 
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
...

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Salam kemerdekaan buat negaraku tercinta...


30 Aug 2014

Harga Bunga Kantan melambung??

Assalamualaikum.
Esok hari minggu.
Hari cuti ahad juga Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 Tahun.
 
Esok planningnya nak masak LAKSA.
Makanya meronda sakan ni mencari bahan-bahannya.
Alhamdulillah, kebanyakan bahan masakan tersebut ada.
Namun isu masa kini ialah tentang HARGA BUNGA KANTAN.
 
Menurut cerita beberapa orang teman, ada di beberapa buah tempat menjual Bunga Kantan sehinggakan RM6 per piece.
Nak tak nak, kena lah belikan.
 
Macam mana di tempat anda?
Ada yang hadapi masalah yang sama macam saya??
 
Bunga Kantan


Kalau pergi rumah Uda, tak sah kalau tak ada Laksa Langat

Assalamualaikum
Salam menjelang Kemerdekaan ke 57 tahun Malaysia.
 
Hari ini nak sambung saki-baki cerita open house raya.
Pada hari ahad lepas 24 Ogos, kami telah mendapat jemputan makan-makan ke rumah Mak Uda saya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Mak Uda saya bekerja di Perhebat Sungai Buloh, sentiasa sibuk dengan macam-macam urusan. Makanya di penghujung Syawal baru berkesempatan nak buat makan-makan.
 
Rumahnya terletak berdekatan dengan Sungai Congkak, tapi dukacitanya tak berkesempatan nak ke situ kerana tiba-tiba hujan lebat. Oh ya, Uda ni adik mak saya.
Mak ada 8 orang adik-beradik semuanya.
 
Hah, kalau namanya Uda...memang lah sangat suka masak laksa
Kita gang!!!
Macam-macam ada. Laksa, sate, mee kari, nasi putih ulam rending pun ada.
 
Semua anak cucunya pun ada. Memang meriah acara makan-makan raya kali ini.
Uda ni 6 orang anaknya. Tu sempat juga berposing dengan beberapa orang anaknya.
Yang berpakaian seragam tentera tu Kapten Syah Wira. Dia baru balik bertugas dari acara istiadat di KLIA berkenaan dengan mangsa MH17.
 
Kalau laksa Uda..memang best..cuba tengok anak saudara saya, Kamil Imani. Hirup laksa tak pandang kiri-kanan dah.
 
Hah, masih dapat jemputan raya tak uols??
 
Bersama anak-anak WEfie dulu sebelum keluar rumah

Rendang ayam serta ulam

Laksa dan Sate

Sate

Kuih muih tradisional pun ada.
Bersama Bonda serta adik-adik sepupu saya

Kamil Imani Mohd Nazri

Ini adik ke-2 saya. Kebetulan sedondon warna bajunya. Baju Bandung tuh
 

 


29 Aug 2014

CPUV by Jacob's Simple Pleasures, August 2014 / 20th BE

Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
 
Alhamdulillah..sempena  bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 Tahun, Mr Nuffnang telah menghadiahkan SULAMAN LACE HEAVEN dengan Bonus BE yang ke 20
 Kali ini BE ke 20, CPUV by Jacob's Simple Pleasures, August 2014 / 20th BE
 
So far ada dua BE sedang menari-nari di blog Fuza.
Paling happy BE dari Invest Smart Campaign yang singgah sejak 19 June 2014 masih lagi "On Going". Alhamdulillah.
 
Semoga semua BE ini akan duduk lelama di blog ini. Supaya sempatlah Fuza kumpul duit nak p shopping kat Bandung nanti.
Thank You Nuffnang.
 
CPUV by Jacob's Simple Pleasures, August 2014 / 20th BE
 
**Tujuan entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar meluahkan rasa bersyukur**
 
Klik 2nd BE
Klik 3rd BE
Klik 4th BE
Klik 5th BE
Klik 6th BE
Klik 7th BE 
Klik 8th BE
Klik 10th BE
Klik 15th BE
Klik 16th BE
Klik 17th BE
Klik 18th BE

Kempen Mengumpulkan Sisa Minyak Masak Terpakai di Petaling Jaya

Assalamualaikum

Pernahkan anda mendengar tentang Kitar Semula Sisa Minyak Masak?

Ok Saya pun baru dengar. Itu pun sebab anak-anak balik membawa risalah maklumat berkenaan dengan Kempen Mengumpulkan Sisa Minyak Masak Terpakai di Petaling Jaya.
 
Kempen tersebut bertujuan untuk selamatkan alam sekitar daripada bahan sisi minyak masak terpakai. Selain itu program ini dapat memupuk sikap menghargai alam sekitar dikalangan pelajar sejak dari umur kanak-kanak.

Agaknya sekolah anak-anak menang tak nanti?
All the best SK Sri Kelana!!

Nak tahu lanjut layari localagenda21@mbpj.gov.my
Tel : 03-7955 5473

Hargailah alam sekitar
Recycling Use Cooking Oil to Biodiesel

Kempen Mengumpulkan Sisa Minyak Masak Terpakai di Petaling Jaya
Risalah Kitar Semula

Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah, Komuniti dan Jabatan
Botol Kitar Semula Sisa Minyak Masak yang disediakan


Semangat Kitar Semula



28 Aug 2014

Kalau berlaku kecemasan macam mana?

Cuba Fikir
 
Kalaulah berlaku apa jua bentuk kecemasan,
Handphone kena curi ke
Handphone habis bateri ke
Handphone habis credit ke
Tak ada handphone pulak macam mana??
 
Kemana hendak kita tuju untuk membuat panggilan kecemasan??
 
Perkhidmatan telefon awam semakin pupus.
Bagaimana pendapat anda??
 
Perkhidmatan Telefon Awam yang semakin dilupakan


Lukisan by anak dan emak sedondon!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
 
Ini cerita malam semalam sambil menonton tv.
Aina menyuruh saya duduk diam-diam kerana dia ingin melukis gambar potret saya.
Pada masa yang sama dia menyuruh saya melukiskan gambar potret dia juga.
 
Ok..apa yang mencuit hati saya, apabila lukisan siap dilukis, kami letakkan bersebelahan untuk melihat hasil lukisan masing-masing.
Hah, cuba anda lihat..konsep lukisan antara saya dan aina seakan sedondon.
 
Tu diaa..sehati sejiwa berjiwa seni kreatif lah konon erk.
 
Yang gambar sebelah kiri tu saya lukis gambar aina yang bermata besar.
Yang gambar bertudung tu lukisan Aina menggambarkan emaknya memakai tudung.
 
Cuba lihat lukisan mata, hidung dan bulu mata. hahaha..samakan.
 
Lukisan Anak dan emak


Kopi Yang Pahit...

SARAPAN apa tu?
 
Kopi pahit?
Hah jangan buat pasal!!
Sat g ada yang kena sirap dengan Kopi Pait..
hahaha
 
Semoga anda semua ceria-ceria pagi ini.
Mulakan hari dengan senyuman.
Sambil breakfast tu senyum.
Tapi jangan sampai macam buang tebiat pulak.
 
Salam Pagi Khamis
Ihsan Mr Google


Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

Assalamualaikum
Jom kita berkenalan dan tambah kenalan sesama blogger lama dan baru.
 
 
Syarat-syaratnya mudah. Jom KLIK SINI dan join
 
Segmen ini berlangsung dari 25/8/2014 hingga 31/8/2014
 
http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/segmen-pencarian-bloglist-by-syaz.html
KLIK BANNER untuk join
 
P/S : semua yang join Syaz akan masuk dalam bloglist Syaz sehingga hujung bulan 10.

27 Aug 2014

Cerita Open House di Rumah Datin Halijah di Taman Dato Senu

Alhamdulillah.
Selesai sudah bulan Syawal.
Semoga kita panjang umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan, InshaAllah.
 
Tapi cerita open house tak habis-habis lagi..hehe
Ok kali ini cerita ke Majlis rumah terbuka abang sepupu, iaitu Abang Hamzah.
Majlis diaadakan di Rumah Datin Halijah yang terletak di Taman Dato Senu.
Tak dapat nak snap gambar rumah ni sebab malam tu hujan.
Rumah yang seperti rumah kampong, mengingatkan kita kepada suasana kampong.
 
Ok pada malam tersebut saya dan anak-anak serba purple.
Memang rasa segak lah kan...warna kesukaan saya. hehe.
 
Saya kesana bersama, mak, abah dan adik lelaki saya. Masih bujang lagi tu ^_^.
Adok bongsu saya pun turut sama. Adik no 2 sahaja tak dapat join kerana anaknya demam.
 
Ok sampai di sana, kami disambut meriah oleh tuan rumah.
Macam-macam menu ada, nasi minyak, laksa, sate, char kuew tiaw, kuih muih dan macam-macam lagi. Eh mestilah nak rasa semua. hehe
 
Sesekali berkumpul, berjumpa dengan saudara mara memang havoc.
Maklumlah, family sebelah abah saya memang dari family yang besar.
 
Ok tak payah nak cerita banyak sangat.
Jom layan gambar-gambar sekitar majlis.
Gambar candid pun ada..lantak..
Asalkan bahagia apabila berposing.
 
Bersama Anak-anak serba purple
 
Kami sekeluarga duduk semeja
 
Nasi Minyak
 
Laksa
 
Puding Buah-buahan
 
Sate
 
Monopod and shutter in action
 
CANDID!!!!!!
Saya, Anakanda, Bonda...3 generasi
 
Berposing dengan adik sepupu Zeti Farha Zainal Ariff
Bergambar kenangan dengan tuan rumah, Kak Nor, paling kanan

 


Apabila perempuan bersiap......

Apabila perempuan bersiap......
 
Handbag Coach
Kasut Vincci
Baju Lace Bandung
Tudung Shawl Jelitasara


26 Aug 2014

SEGMEN : BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA

Alhamdulillah
Jom kita tambah kenalan lagi.
 
Saya TAG mereka-mereka yang Gojes....
 

http://greenfarra.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html
Klik BANNER untuk join
 
Due date sampai 14 september 2014 sahaja.

Loom Band fenomena kanak-kanak masa kini

Apa itu Loom Band?
Sebenarnya Loom merupakan kata asal Mesin menenun.
Band pula ialah Getah atau pun kita panggil Rubber Band.
 
Trend ini sebenarnya telah lama di kalangan kanak-kanak di Amerika.
Tetapi kini dah mula masuk ke Asia juga Malaysia di mana ianya mula menjadi satu ketagihan kreatifitas baru masa kini. Bagus juga sebenarnya kerana dapat mengelak anak-anak asik mengadap I-Pad ataupun video game 24/7 seharian.
 
Pada saya, permainan ini dapat membina daya pemikiran anak-anak untuk menggabungkan warna-warna yang berpadanan untuk mendapatkan hasil anyaman yang cantik. Selain itu dapat juga lah mengisi masa lapang anak-anak didalam pengawasan di rumah.
Oh ya, hasil anyaman ini boleh dijadikan gelang tangan, cincin, pengikat rambut, hiasan handphone, penanda buku dan macam-macam lagi.
Disini kita dapat menilai tahap daya kreativiti kanak-kanak tersebut
 
Peranan ibu bapa ialah memastikan anak-anak tidak membazir dengan pembelian yang tanpa kawalan.
 
Meh tengok hasil kerja tangan dari Aina.
Hmm tak sangka pula dia ni ada bakat kreatif macam ni.
Alhamdulillah.
 
Aina memilih Loom Band
 
Yang paket macam ni rm1.90 sepaket
 
Yang paket warna terang ni RM4.90 sepaket
 

Loom Band RM1.90 sepaket
 
Loom Band dengan pelbagai warna
 
Loom Band Rainbow

Baby G vs Loom Band Pinky

Loom Bands Frozen RM7
 
Koleksi basic Loom Bands Aina

Loom Band Honolulu Bracelet

25 Aug 2014

Amar Baharin dan Izreen Terima Jodoh Bersama?

Meletop tajuk entry tu.
Eh eh eh..jangan gossip!!
Sebenarnya itu tajuk muka hadapan MEDIA HIBURAN.
Ada gambar Izreen dan Amar, so grab!
URTV pun ada gambar Izreen...apa lagi..grab.
Dah lama rasanya tidak membeli majalah hiburan tempatan ni.
 
Siapa ingat cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan?
Disebabkan drama tersebut, saya telah pun mendaftar sebagai Izreenazmindafc
Tak de lah fanatik sangat.. terjebak je...hehe
 
Malam-malam hujan ni, layan baca majalah tempatan.
Baca yang elok-elok je tau!!!
 
Perkembangan terbaru, mereka berdua dalam pembininan Telemovie.
Hah nak tau cerita apa tunggu sooooonnn katanya.
 
Jangan lupa semua sabtu ni. PESTA BUKU SELANGOR. Jumpa IndahZen secara live!!
 
Media Hiburan Amar Izreen Terima Jodoh Bersama


Tudung Jelita Sara Anthea Shawl

 Assalamualaikum

Hari ini nak share lagi cerita shopping Tudung Online.
Saya pernah buat ENTRY TERDAHULU juga entry Tudung JELITASRA 2013
 Di situ ada senarai website Tudung Online yang sering saya singgah shopping.
Yang penting harganya mampu milik. Beli pun kerana ada majlis, bukan beli untuk pakai harian. Kopak le taukeh wei!!!

Ok kali ini saya nak share tentang koleksi dari JELITASARA.
Thank You to Amy Agent JS Perak (017-9666990) sebab selalu aje update latest design kepada saya. Sebelum kehabisan stok selalunya saya akan usha dan grab cepat-cepat
 
 Koleksi seterusnya ialah Jelita Sara Anthea Shawl.
Masa mula-mula tengok tudung ni tak rasa nak beli langsung, Sebab dok fikir nak pakai dengan baju apa? Nak pakai masa bila??
 Tapi tetiba tergerak hati saje-saje je beli untuk koleksi Lebaran. Walhal masa beli ni awal tahun rasanya. Memang baju raya belum wujud dan tak fikir langsung pun.

Bila contact Amy,katanya warna dah tak banyak. Aisehmen.
Warna yang available hanya Dusty Pink dan Pink terang tuh.
Makanya, merasalah saya membeli Jelita Sara Anthea Shawl Dusty Pink ini.

Alhamdulillah. Merasalah pakai shawl yang ala-ala bunga berderet tepi tudung tu hah. Lain dari yang lain. Tak pernah ada koleksi seumpamanya.
Nak jadi cerita, semasa saya up beberapa gambar SELFIE posing dengan Shawl ni, ramai pula yang pm saya. Ramai yang berkenan. Dan ada juga yang sangka saya menjual tudung ini. Yang paling tak menahan apabila ada yang juga yang bertanya dengan selambanya "Akak dah jadi model tudung keluaran mana?"

**Wah pengsan bangun balik!!
Eh pengsan lagi then bangun balik.. (Ulang untuk beberapa kali)
Fuza bergaya dengan Jelita Sara Anthea Shawl
Zoom In Jelita Sara Anthea Shawl
Jelita Sara Anthea Shawl dari pandangan sisi
Jelita Sara Anthea Shawl gojes
Koleksi Jelita Sara Anthea Shawl


Jelita Sara Anthea Shawl pelbagai warna


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78