HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Sep 2014

SEGMEN PETUA KETUMBIT ohhhh KETUMBIT

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
(TAMAT)
 
Ketombit Ohh Ketombit!!
Beberapa hari saya senyap sunyi dari blog.
Bukan merajuk..bukan p melancong..bukan pasal apa.
Tetapi mata sexy ku diserang KETUMBIT.
 
Subhanallah.
Memang sakit. Gatalnya, berdenyutnya.Bengkaknya..
Makanya saya nak buat simple SEGMEN kerana masa sakit ni lah baru nak tercari-cari petua lama untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan tuh.
 
SEGMEN PETUA KETUMBIT
 Syarat-syarat.
 
1--Buat ENTRY dengan Tajuk SEGMEN PETUA KETUMBIT ohhhh KETUMBIT.
2 - -Copy Gambar Mata Lanun Berketumbit di atas
3 - -Berikan 2 (atau lebih pun boleh)petua yang anda tahu untuk mengatasi KETUMBIT *selain daripada ubat dari Klinik Doktor.
4 - -Link entry anda ke ruang komen di SINI.
5 - -Segment  BERMULA 29 September 2014, jam 11.30am  dan TAMAT 30 September 2014, jam 11.30pm.
 6 - - Pemilihan seorang Tok Petua akan dibuat dengan bantuan Random.my
 Eh pastilah ada hadiah nak bagi..nanti baru bagitau k :)
 
Siapa yang ada petua tu, sudilah kiranya kongsi petua anda di SEGMEN Simple ini ye.
Semoga dapat kita kumpul petua-petua lama untuk manfaat bersama.
 
 

"Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza"

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Dah lama tak join segmen.
Kali ni  join Giveaway sempoi gandingan TRIO Azwar, Huda dan Mamaniza.
 
http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
Klik BANNER untuk join
 
 Giveaway bermula dari 20/9/2014 - 30/9/2014 (8pm)
 
Macam mana nak join?
Anda hanya perlu menjawab 2 SOALAN serta lengkapkan 1 SLOGAN.
 
Apa pendapat anda atau berikan sedikit comment tentang blog Huda dan Azwar Syuhada?Blog sis Huda dan Azwar menarik dan mudah nak singgah. Tak berat nak BW.  Yang penting user-friendly
 
Apa yang korang dapat dengan ber - blogging ni? Dan apa faedahnya?
Semestinya dapat menambah kenalan. Sambil menambah informasi daripada entry teman-teman blogger.
 
 Lengkapkan slogan ini (slogan tidak melebihi 30 patah perkataan) 
 Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana Mamaniza ni memang rajin kunjung balas setiap BW yang dibuat walaupun blog saya ni tidaklah popular dan hebat mana.
Terima Kasih semua atas sokongan.

Apabila Aina racing motor...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Aktiviti minggu lepas.
Aina dengan aktiviti lumba motor.
Masa ni nampak sangat Aina dah big gurl.
Subhanallah.
Cepat betul masa berlalu.
Semoga Aina akan menjadi anak yang solehah.
 
Are you ready??


Ambil mood racing


Aina lap motor
 

Hidup perlu IKHLAS

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
"Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan"
 
Sumber Google - Prof Muhaya FB
IKHLAS
Apa yang anda faham tentang IKHLAS?
Ikhlas yang sesungguhnya. Ikhlas yang membawa bahagia. Ikhlas yang membawa ketenangan.
Secara istilah, ikhlas bererti niat mengharap keredhaan Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang merusak.
 
Kadang-kadang, rasa cemuih dengan mulut orang yang suka mempertikaikan kebaikan yang kita lakukan. Subhanallah.
Ya Allah, kau sedarkan lah mereka-mereka yang HATI HITAM dan hidup di dalam kegelapan tersebut!
 
 
Manfaat dan Keutamaan Ikhlas
1. Membuat hidup menjadi tenang dan tenteram
2. Amal ibadahnya akan diterima oleh Allah SWT.
3. Dibukanya pintu ampunan dan dihapuskannya dosa serta dijauhkan dari api neraka.
4. Diangkatnya derajat dan martabat oleh Allah SWT.
5. Doa kita akan diijabah.
6. Dekat dengan pertolongan Allah.
7. Mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.
8. Akan mendapatkan naungan dari Allah SWT di hari kiamat.
9. Allah SWT akan memberi hidayah (petunjuk) sehingga tidak tersesat ke jalan yang salah.
10. Allah akan membangunkan sebuah rumah untuk orang-orang yang ikhlas dalam membangun masjid
11. Mudah dalam memaafkan kesalahan orang lain
12. Dapat memiliki sifat zuhud (menerima dengan apa adanya yang diberikan oleh Allah SWT)

29 Sep 2014

Hari-hari yang TIDAK LENGKAP di teruskan

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Monday Blues??
Monday bermacam-macam warna?
 
Hari ini bermula minggu-minggu seperti biasa.
Rutin harian diteruskan.
 
Mr Husband pun dah fly back to work.
Hmm bila pula dia akan balik ke Malaysia??
Beginilah kehidupan saya, or mereka-mereka yang berkahwin dengan pasangan yang involve dengan Engineering line. Selalu berdikari.
 
Hari-hari dilalui INCOMPLETE.
Segala urusan yang melibatkan rumahtangga perlu diselesaikan sendiri.
Oh cabaran tu.
 
Walaupun sudah 12 tahun lalui kehidupan sebegini, tetapi kadang-kadang hati tertanya...sampai bila agaknya kan kena lalui semua ini?
Bersyukurlah anda yang pasangan sentiasa ada disisi.
 
Alhamdulillah...walaupun berjauhan, segala keperluan kami di sini lengkap.
Duit bukanlah segalanya....Namun segalanya memerlukan Duit
Oh,,tetiba pulak emosi pepagi Senin ni.
 
Bila Mr Husband ada sini, memang merata aje datingnya.
Hah...ada saje aktivitinya. Ke hulu kehilir.
Sampaikan ada yang kata kami ni macam couple bercinta sakan.
Kah kah kah.
Apabila kami bagitahu yang kami dah pun mempunyai  orang anak..ramai yang beliak mata..
Kenapa depa beliak mata? Hangpa rasa pasai pa ya??
 
Sumber Google


Dating naik LRT dari Kelana Jaya
Dating Good Bye di Hall Perlepasan Antarabangsa KLIA2
Happy Monday kawan-kawan...Semoga ceria-ceria selalu.

28 Sep 2014

CPUV by SENHENG Online Store, Sept 2014 / 23rd BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Salam hujung minggu semua.
Apa aktiviti hari ini?
Baru berkesempatan jenguk blog kerana sibuk dengan urusan Mr.Hubby pulang berkursus.
 
Sedang menyemak akaun NUFFNANG, Alhamdulillah, BE ke 23 singgah lagi.
Kali ini BE CPUV by SENHENG Online Store, Sept 2014 iaitu  23rd BE untuk Sulaman Lace Heaven.
 
Thank You Nuffnang
CPUV by SENHENG Online Store, Sept 2014 / 23rd BE
 
**Tujuan entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar meluahkan rasa bersyukur**
 
Klik 2nd BE
Klik 3rd BE
Klik 4th BE
Klik 5th BE
Klik 6th BE
Klik 7th BE 
Klik 8th BE
Klik 10th BE
Klik 15th BE
Klik 16th BE
Klik 17th BE
Klik 18th BE

27 Sep 2014

Sarapan Kambing..rindu menu Malaysia

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Salam hujung minggu.
Sarapan apa tu?
Di kesampatan Mr Husband pulang berkursus merangkup short leave, banyak lah masakan Malaysia yang dia ngidamkan.
Salah satunya ialah Kari Kambing.
Sanggup tu seawall pagi beratur pergi beli gulai Kambing ni.
 
Nasi Lemak bedal dengan Kari Kambing...Nandiaaaaaaa
 
 
Hangpa sarapan pa?
 
(tetiba plak cakap utara..hehe)
Sarapan Kambing
 

26 Sep 2014

Apabila customer berpuas hati dengan Kain Sulam Coin

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah.
Apabila semak di akaun Instagram, ada dapat complementary dari sahabar FB, YayaMagicShawl.
Adik manis ni telah memesan kain Sulam Coin warna biru turqois.
Kebetulan semasa Adik Manis ni pm saya di FB, saya bukak FB dan ada pula line internetnya.
So kiranya memang betul shopping secara online le, coz dia buat pemilihan beberapa warna secara LIVE gitu.
Yang penting, customer puas hati, saya teramatlah puas hati.
Semoga yang lain-lain juga berpuas hati dengan SULAMAN LACE HEAVEN.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kualiti serta warna pilihan yang sebaiknya mengikut citara anda, InshaAllah.
Apa yang terkurang harap dimaafkan ye.
 
Happy Shopping.
 
Kepada yang nak pre order, KLIK PRE ORDER SULAM COIN
 
INSTAGRAM YayaMagicShawl

Sulam Coin Kerawang Emas dan Silver
 

Kartika Sari ...apa kata mereka?

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Selamat pagi Jumaat semua.
Hari ini saya nak share beberapa komen pembeli kek Kartika Sari.
Alhamdulillh, Brownies tersebut selamat sampai kepada semua yang memesan dalam keadaan yang selamat
 
Rata-rata semua berpuas hati.
Siap pesan nanti nak buat pesanan lagi.
 
Alhamdulillah, seronok sangat dengar.
Niat saya nak tolong kawan-kawan yang tidak berkesempatan ke Bandung untuk menikmati rasa enak kek yang termasyhur di Bandung ini
 
 
Kek Kartika Sari sampai ke Putrajaya
 
Kartika Sari di Taman Seri Nanding

Kartika Sari as Snack malam by Nieda
Kek Lapit legit Kartika Sari by Mak Ngah
 

25 Sep 2014

Captain's Bandung kedai ketam gergasi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Cerita hari 1st waktu makan malam pula.
 
Kalau ke Bandung jangan lepaskan peluang datang ke Restauran Captain's.
Menu utamanya Kepiting Asap. Hah nama lainnya Ketam Asap.
Selain ketam. ada juga ikan masak stim, dan macam-macam lagi menunya.
Pada malam tersebut kami makan malam bersama kenalan di Bandung iaitu Pak Cecep serta Ibu Anna.
Alhamdulillah, memang terasa seronok dengan layanan dari Pak Cecep sekeluarga.
Walaupun berada di Negara orang, masih rasa selamat seperti di rumah.
 
Thank you orang Bandung di atas layanan yang sebaiknya.
 

Restauran Captain's di Bandung

Kepiting masak Lada Hitam
Di meja makan


Kenalan di Bandung, Pak Cecep bersama keluarganya

Kina, Aina, Salwa. Bersahabat mesra walaupun baru berkenalan
 

Kedai makan D'Cost di Bandung konsep kad order menarik

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Masih Cerita hari pertama.
Dah sakan ronda Pasar Baru, perut udah berbunyi!
Lapar.
 
Kami ke kedai D'Cost terletak di B.I Plaza.
Konsep kedai yang selesa, banyak kerusi dan bersih.
Menu yang disediakan pun sesuailah dengan selera Malaysia Mr Husband yang agak payah dengan makanan luar negeri.
 
Apa yang menariknya, untuk membuat tempahan, anda hanya perlu memilih menu pilihan.
Pada setiap menu disediakan kad untuk order.
Hah, konsep ini memang bagus. Konsep kad yang mewakili menu pilihan.
Kenapa?
Dengan ada poket menu amat mudah untuk anda membuat pesanan.
Pasti pelayan tersebut tidak tersalah menulis pesanan anda.
Menarikkan!
 
Kalau ke Bandung carilah kedai ni.
Masakannya pun sedap.
Capek
Cara membuat pesanan di D'Cost Bandung

Kad Menu

Menu di D'Cost Bandung


Daging masak kicap dan Udang Celup Tepung
 

Pre Order Sulam Coin Satin Rosella September

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Sulam Coin Satin Rosella
Sulam Coin Satin Rosella
 
This is Pre-Order
Sulam Coin latest design.
Material Satin Rosella
 
 
Meh singgah sini jenguk kot ada yang berkenan. 
 
(Semua order dengan deposit 50% dari harga kain ATAU Full payment adalah digalakkan)
 
Kepada yang berminat secara serius, sila
 
Wasup 019-2784580
or
email fuzamusa@yahoo.com
 
Thanks
 
Terma & Syarat
 
Due date Pre Order : 30 September 2014.
 

Apabila cinta hati pulang ke tanahair

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Pada ketika entry ni publish, saya dah berada di KLIA2, InshaAllah.
Eh...bukan nak berjalan terbang lagi.
Kali ini Mr Husband pulang ke tanahair.
Oh for short trip kerana dia perlu menghadiri kursus di HQ.
Doakan ye uols sahabat handai semua agar kursus dan exam yang bakal diambil nanti akan cemerlang.
Amin.
 
 
Model Rayban
 

24 Sep 2014

Tambah Koleksi TShirt Hard Rock lagi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Yahuuuuu.
Bertambah lagi koleksi TShirt Hard Rock Café saya,
Dulu dah ada cerita Hard Rock Vietnam , Koleksi Hard Rock , Hard Rock KL
Kali ini Mr Husband saya kirim dari temannya yang ke Vietnam tempoh hari.
 
Yang penting purple is my favourite color.
Alhamdulillah, rezki lagi
 
T Shirt Hard Rock Cafe Saigon
 
T Shirt Hard Rock Cafe Saigon
 

Penghantaran Brownies Kartika Sari

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Kek Kartika Sari.
Memang sedap brownies ni.
Siapa yang pernah rasa pasti akan kirim dengan saya jika saya ke Bandung, Indonesia.
Alhamdulillah, segala pesanan telah pun saya hantar dan pos kepada tuannya.
Terima Kasih kepada semua yang telah pun memesan serta bekerjasama dengan menjelaskan pembayarannya dengan sempurnanya.
 
Semoga niat saya supaya anda diluar sana dapat juga merasa kek yang popular di Bandung ini, dengan Iklas saya tolong.
 
Enjoy the cakes and brownies ya.
 
Next Order? Buat masa ini belum ada tarikh yang boleh di umumkan.
 
Brownies Chocolate Kartika Sari


Kek Kartika Sari ready for delivery

Pos Laju siap untuk penghantaran


Koleksi di Kartika Sari Bandung

Kisah Mengidam Kek Kartika Sari
Koleksi Kek Kartika Sari

WW# 38...Jadilah....

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Tiada kata secantik bahasa..
 
Jadilah....
 
Tak dapat nak menceburi dunia modelling, dapat bergambar dengan model-model cantik molek keturunan Sunda Indonesia pun dah rasa macam artis modelling
Hahaha...syhh jangan cakap apa2.tengok je k.
 
Kebetulan masa ni saya pun berpakaian sedondon warnanya dengan depa.
 
Alahai...perasan retis sat.
 
Bersama model-model Sunda, di Bandung Indonesia
 

23 Sep 2014

Tudung Shiffon Patch Lace Batu Batch 4 READY STOCKS.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah
Tudung Shiffon Patch Lace Batu telah pun memasuki Batch 4.
Terima Kasih kepada semua yang sudi membeli dan memesan dari Sulaman Lace Heaven.
Kepada yang berminat sila WhatsApp saya Kod Nombor seperti di bawah ye.
Siapa cepat dia dapat. Stok terhad.
 
Tudung Shiffon Patch Lace Batu Batch 4 READY STOCKS.
 
Material Shiffon
Tudung cutting besar sikit dari cutting bawal.
 
fuzamusa@yahoo.com
019-2784580 (whatsapp only)
 
Stock adalah terhad
 
 
Apa kata pengguna yang telah menggayakan tudung ini?
Klik 1
Klik 2
 
Cara Pemakaian Tudung Shiffon Lace Batu
Pengguna 1 cHun
Pengguna 2 Eirma
Pengguna 3 SyalMa
Pengguna 4 Lia MD
Pengguna 5 Fuza
Pengguna 6 Salwa

Pre Order Sulam Coin September 2014

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
This is Pre-Order
Sulam Coin latest design.
 
Meh singgah sini jenguk kot ada yang berkenan. 
 
(Semua order dengan deposit 50% dari harga kain ATAU Full payment adalah digalakkan)
 
Kepada yang berminat secara serius, sila
 
Wasup 019-2784580
or
email fuzamusa@yahoo.com
 
Thanks
 
Terma & Syarat
 
Due date Pre Order : 30 September 2014.
Sulam Coin Permata 2 Tone

Sulam Coin Ebony
Sulam Coin Ebony
 

Sulam Coin Material Cotton Imma
Sulam Coin Material Cotton Imma
 
Sulam Coin Color Block
 
Sulam Coin Color Block
 
TERIMA KASIH atas sokongan anda.

Ke Bandung lagi seawal subuh di KLIA2

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Dah beberapa hari tak update blog.
Bukan merajuk..bukan menyepi.
Tetapi saya ke Bandung pada 19 September yang lalu.
P visit Mr Husband yang bertugas di sana. Sambil menyelam minum air..P soping!! Yahooo
 
Ok flight saya seawal pagi, jam 6.50am.
Oleh kerana ini kali pertama nak go tru KLIA2, makanya seawal pagi dah sampai airport. Jam 3.30 pagi uols.
Semasa sampai tu, gate dah buka, terus check in bag. Senang, xyah nak ke hulu ke hilir dengan bag.
 
Selesai cek in luggage, terus saya masuk check in.
Dari pintu utama, ke pintu menunggu pesawat, dengan normal speed berjalan, mengambil masa 40 minit. Hah, pepagi dah jogging. Nun jauh perjalanan.
Airport baru ni memang luas, dan dari satu check in tu memang jauh.
Tapi nampaklah rupa berprestij Airport Malaysia ni.
So silalah datang awal ye. Sat g kena tinggal...
 
Berjalan dengan Aina tak rasa penat pun coz dia dok pot pet sepanjang perjalanan tu.
Kali ini bawa Aina aje sebab tiket agak mahal.
Kesianlah abang-abangnya, InshaAllah  ,ada rezki kita pergi ramai-ramai ye.
 
Semasa menunggu di ruang menunggu pesawat, tu diaaaaa..sejuk beku, Jadi pesanan saya kepada semua, bawa le baju seju ye terutama yang flight pagi.
Ruangan menunggu lebih selesa.
Aina, seperti biasa dengan kertas dan pensel, duduk diam dengan acara kreatifnya.
 
Di KLIA2 ini, kita tak perlu nak berjalan jauh sebab laluan menunggu terus menghubungkan kita dengan pintu kapal terbang. Atleast berbumbungkan.
Takde lah penumpang kena berpanas hujankan.
 
Seawal pagi mood makan memang down. Order makanan pun tak makan dalam pesawat.
Memang dah aim nak p makan kat Bandung.
Mana lagi kalau bukan di Bangi Kopitiam, Bandung.
 
 
KLIA2 as at 3.30am


Luggage sedia untuk check in

Ke Gate P & Gate Q

30 minit untuk sampai ke Pintu Security

Ruang menunggu boleh Nampak pesawat

Breakfast Set anak-anak

Breakfast di Bangi Kopitiam Bandung

Wajah Seiras Ibu dan Anak
Ini cerita hari pertama ke Bandung.
Bercuti di sana selama 3 hari sahaja
Lepas ni sambung semula lagi ye cerita ke Bandung ni.
Ni nak p BW blog kawan-kawan yang rindu I
 
(Ada ke sesiapa yang rindu kita???hahaha)

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78