HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Nov 2014

CPUV by Old Town White Coffee , Nov 2014 / 44th BE 2014

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah.
Penutup November 2014, lekat lagi 1 CPUV by Old Town White Coffee , yakni 44 buat Sulaman Lace Heaven.
 
Siapa tak kenal Old Town White Coffee kan.
Thank you juga kepada Nuffnang.
 
So far ada 7 CPUV yang sedang aktif di sini.
 
Terima Kasih in advance kepada yang tolong tambahkan tabungan Fuza.
 
CPUV by Old Town White Coffee , Nov 2014 / 44th BE 2014
**Tujuan entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar meluahkan rasa bersyukur**
 
Klik 2nd BE
Klik 3rd BE
Klik 4th BE
Klik 5th BE
Klik 6th BE
Klik 7th BE 
Klik 8th BE
Klik 10th BE
Klik 15th BE
Klik 16th BE
Klik 17th BE
Klik 18th BE

"Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana.

Pentingnya Tanda Harga...Nak jual ke tak ni?

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Nak jual je tak nak?
Hah semalam saya ke TESCO.
Acara bulanan membeli barangan keperluan rumah.
 
Melihat barang dibawah, hah nak jual ke tak tu?
Harganya  RM0.00.
 
Atew achaner tuh?

Tnada harga kenalah betul. Harga RM0.00? Vaseline FREE
 

27 Nov 2014

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love...

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


Jom support segmen ringkas ini...

Resepi Gulai Ayam Percik sedap dipanggang

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Resepi Gulai Ayam Percik sedap dipanggang
 
Bahan-bahan
 
Seekor ayam di potong kecil
15 ulas bawang merah - Dikisar
5 ulas bawang putih - Dikisar
3 batang serai - Dikisar
1 inci halia - - Dikisar
1/2 inci lengkuas -- Dikisar
suku inci kunyit hidup - - Dikisar
daun kunyit
Asam keeping
Cili mesin
santan
Boleh tambah cili padi jika mahu pedas
Garam secukup rasa
 
 
Cara-caranya.
 
Blender semua bahan di atas,
Ayam di garam kunyit.
 
Masukkan kesemua bahan di atas kedalam kuali.
Masukkan santan.
Daun Kunyit
Biarkan mendidih.
Masukkan garam serta asam keping secukup rasa
Boleh masukkan Ubi Kentang jika mahu.
 
** Resepi ini boleh diubah suai dengan memanggang ayam tersebut didalam tray pembakar.
 
 
Selamat Mencuba.
 
Bahan-bahan untuk dikisar Resepi Ayam Percik
Ayam di garam kunyit terlebih dahulu


Campurkan bahan-bahan blender tadi
Gulai Ayam Percik sedang dimasak. Kacau selalu supaya tidak berkepala santannya


Gulai Ayam Percik
 

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
  
Hai semua blogger!

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro))

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)

 
JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

26 Nov 2014

Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk semasa perkhemahan

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk semasa perkhemahan.


Pada awal cuti persekolahan yang lalu, pihak sekolah anak sulong saya, Aiman telah menganjurkan Program Perkhemahan. Ini adalah pertama kalinya saya membenarkan anak sulong saya menyertai program sedemikian. Maklumlah, Mr. Husband duduk jauh, apa-apa hal nanti payah. Memanglah kita nak yang terbaik.

 Memandangkan ini adalah salah satu program wajib untuk badan beruniform, saya membenarkan Aiman turut serta.

Senarai semakan barang-barang yang perlu dibawa saya teliti satu persatu.
Dalam kerisauan, saya teringat juga untuk membekalkan alatan untuk menggelakkan daripada terkena gigitan nyamuk. Maklumlah, perkhemahan dilakukan di luar kawasan rumah.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, nyamuk memang banyak serta bahaya kepada kanak-kanak. Saya pasti ingin membekalkan Aiman dengan produk anti-nyamuk yang berkesan. Pada saya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk adalah satu-satunya produk yang amat berkesan dan sesuai untuk mengusir nyamuk.
Tak kan pula Aiman perlu membawa Penyembur Nyamuk mahupun lingkaran ubat nyamuk yang boleh membahayakan.  Semburan tidak akan bertahan lama sementara kecuaian dengan lingkaran ubat nyamuk boleh menyebabkan kebakaran.
Tambahan pula yang menyertai perkhemahan ini majoritynya kanak-kanak.
Cikgu memang tidak dapat memantau kesemua peserta perkhemahan.

Aiman ni juga seorang yang berkulit sensitive. Kalau digigit nyamuk, akan berbekas dan berkudis agak lama untuk baik. Senang kata anak-anak saya ni memang ada eczema yang diwarisi daripada Mr. Husband.
Makanya langkah-langkah pencegahan adalah sangat perlu.
Walaubagaimana pun, gambar Aiman semasa memakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini tidak dapat dirakamkan semasa perkhemahan kerana Ibubapa adalah disarankan tidak hadir semasa program kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan program.

Kata Aiman
" Malam tadi abang tidur nyenyak je mak. Tak kena gigit nyamuk pun. Kawan-kawan abang, penuh kena gigit nyamuk dekat muka, dekat tangan. Nasib baik mak suruh Abang bawa gelang penghalau nyamuk ni. Nyamuk takut nak dekat Abang Mak..."

Terima kasih kepada Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk kerana dengan kehadiranmu kesihatan terkawal.
Nyamuk Tewas, Kegatalan terkawal,  Kesihatan terjamin


Surat kebenaran menyertai perkhemahan
Aiman tidak lupa membawa Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk semasa perkhemahan di sekolah.
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/11/menang-ga-bugslock-gelang-penghalau.html
2 utas Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang dimenangi.
Senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan.
Jangan lupa Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.

 
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :-





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

WW#47 Bina Dialog

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Apakah yang difikirkan tu? Samsung Note 4 Oh Samsung!!

Berpandukan gambar di atas, apa agaknya dialog yang terlintas difikiran gamaknya??


25 Nov 2014

Blog Mobile Friendly…Jom kita analisa blog masing-masing....

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Agaknya Blog anda Blog Mobile Friendly tak?
 
Hah..dah dua-tiga hari saya notis entry berkenaan Blog Mobile-Friendly.
Pada mulanya agak kurang faham.
Rupanya applikasi ini adalah satu medium untuk mengukur tahap kecapaian blog sama ada blog kita ini memudahkan pembaca untuk melihat dan membaca artikel yang terdapat di dalam blog kita melalui smart phone.
 
Pada masa kini ramai pengguna yang akan melayari internet dengan menggunakan smart phone.  Jadi anda perlulah memastikan Blog anda adalah Blog Mobile-Friendly.
 
Macam mana kalau tak Mobile-Friendly?
Apa yang saya faham, situasi ini adalah dimana apabila blog anda sukar dilayari menggunakan smartphone. Mungkin size font yang digunakan tidak sesuai.
Selain itu, maklumat lain dari sumber Google as below :-
  • Avoids software that is not common on mobile devices, like Flash
  • Uses text that is readable without zooming
  • Sizes content to the screen so users don't have to scroll horizontally or zoom
  • Places links far enough apart so that the correct one can be easily tapped
 
 
Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan lanjut bolehlah atau pun ada apa-apa cadangan membina boleh rujuk ke Webmaster Help Forum
 
Jom semak status blog anda.
https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/
 
Sulaman Lace Heaven adalah Blog Mobile-Friendly

 
 
 
 

Menang Mini Contest by Jelitasara di Instagram Sulaman Lace Heaven

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Siapa cepat jawab dengan jawapan yang betul akan menang!!!
 
Hah..teruja tak dengan kata-kata tarikan tersebut?
Siapa tak nak hadiah kan??
 
Beberapa hari lepas, pihak Jelitasara iaitu salah satu pengeluar tudung yang terkemuka di Malaysia telah menganjurkan MINI CONTEST meneka harga tudung serta namanya.
 
Kebetulan saya juga telah pun membeli tudung tersebut makanya dengan yakin saya telah menjawab. Masa tu sertai contest ni secara suka-suka sahaja.
 
Tidak ku sangka..tidak ku duga, pada pagi hari minggu yang lalu, pihak pengurusan JELITASARA telah mengumumkan SULAMAN LACE HEAVEN telah memenangi sehelai Shawl Jelitasara.
 
Wah...lompat bintang bulan awan matahari sakan!!!
Alhamdulillah.
Rezki saya.
Saya juga adalah jelitasarafans.
Tak sabar nak tunggu hadiah.
Nanti boleh SELFIE lagi.
 
Terima Kasih JELITASARA
 
Kepada yang berminat dengan koleksi Tudung Jelitasara yang cantik lagi gojes, sila layari
 
http://www.jelitasara.com/onlineshop/
Pengumuman Pemenang Mini Contest di Instagram by Jelitasara
Jelitasara memulakan Mini Contest di Instagram Teka nama dan harga Shawl
Inilah dia tudung yang perlu diteka nama dan harganya.

Direct Instagram Message dari Jelitasara

 

CPUV by Altel Digital Campaign, CPUV by Mah Sing Avenue Street,CPUV by Mi Sedaap Noodles Cup , Nov 2014 / 41st, 42nd, 43rd BE 2014

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Kali ke dua BE berderet-deret singgah di SULAMAN LACE HEAVEN
 
Alhamdulillah...
Thank you Nuffnang serta pihak penaja diatas rewards extra vaganza kebaaaabooommm.
So far ada 9 CPUV yang sedang On Going.
 
CPUV by Altel Digital Campaign
CPUV by Mah Sing Avenue Street
CPUV by Mi Sedaap Noodles Cup
 
Semoga semuanya akan menambahkan duit tabungan saya ... Nak p holiday!!
 
Terima Kasih semua
CPUV by Altel Digital Campaign, CPUV by Mah Sing Avenue Street,CPUV by Mi Sedaap Noodles Cup ,  Nov 2014 / 41st, 42nd, 43rd  BE 2014

Kartika Sari...Apabila Ibu Mengandung mengidam nak Brownies dari Bandung...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari ini nak share cerita tentang seorang Ibu Preggy yang sangat-sangat mengidam nak makan Brownies Chocolate Chip dari Kartika Sari Bandung,
 
Katanya sudah puas dia mencari, google sana sini.
Oh ya Ida sedang mengandung anak sulong telah pun masuk 5 bulan.
 
Kebetulan Mr Husband pulang ke tanahair.
Dan ada membeli 1-2 keping Brownies tersebut.
Makanya rezki Ida dan baby.
Lega sangat rasanya sebab kebetulan dapat membantu dia.
 
Yang paling terharu...cer baca statement kat bawah ni dari Ida...
 
"Thanks akak, Moga nanti kalau akak PREGNANT lagi, bila mengidam senang akak dapat apa yang akak nak sebab akak dah bantu saya"
 
MasyaAllah... begitu besar doa seorang ibu mengandung.
Thank you sis Ida ada doa tersebut...terharu.
Semoga dipermudahkan segala urusan ye Ida.
Semoga sihat baby dan mama to be.
 
Lega dapat membantu sebab saya pernah rasa macam mana semasa mengandung teringin nak makan buah mata kucing, kebetulan masa tu bukan musim buah tersebut.
Mencari serata KL, serata Dengkil serata Lembah Kelang.
 
Cuma kata orang kalau dah rezki, InshaAllah..pasti ada rezkinya.
InshaAllah
 
Mencari  Brownies Kartika Sari, Bandung
Semoga dipermudahkan apabila mengidam
Apa kata mereka??
Kisah Mengidam Brownies Kartika Sari

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78