HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

13 Jan 2015

1st Day Of School 2015, Anak-anak dah pandai berdikari

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Sana sini sibuk update cerita anak masuk sekolah.
Tak kiralah anak baru pertama kali ke sekolah, atau dah besar bangka, perasaan gembira dan terharu ibubapa harus kita hormati.
Saya juga antara yang banyak mengambil gambar anak-anak masuk sessi persekolahan 2015.
 
Maklumlah, semuanya buat tatapan Mr. Husband yang tidak dapat cuti untuk bersama-sama dengan anak-anak di hari pertama persekolahan. Memang dia rasa terkilan kerana tidak dapat menghantar sendiri anakanda bongsu kami, Aina  Namun dia merasa lah juga bersama-sama semasa Hari Orientasi Darjah satu. Kebetulan masa tu dia cuti Hometrip. Cepatnya Aina membesar. Syukur ke hadrat Ilahi. Aiman pun dah naik darjah 6. Subhanallah. Alif pula ah darjah 4, dah masuk Tahap 2.
 
Alhamdulillah, segala urusan di hari pertama semuanya berjalan dengan lancar.
Semuanya senang bangun pagi.
Semuanya senang nak bersiap sendiri.
Semuanya pandai bawa diri semsa di sekolah.
Semua dah lancar dengan Van Sekolah yang saya upah.
Termasuk Aina, selamba je dia halau mak dia balik
 "Mak, you go home mak, I'm ok. Ada friends"
 
Yang menjadi havoc apabila adik-adik saya turut bersama-sama Aina di kantin semasa waktu rehat. Riuh rendah umpama Aina masuk Universiti.
Ini baru langkah pertama. Semoga anakanda sekalian akan terus melangkah ke menara gading.
 
Pada sessi petang semuanya saya telah daftarkan ke Sekolah Agama KAFA.
Ada jarak dalam 1 jam setengah dari masa balik Sekolah Kebangsaan untuk berehat, makan, mandi, bersiap untuk ke sekolah agama pula.
 
Memang letih melihatkan jadual padat mereka.
Tapi biarlah bersusah-susah dahulu, InshaAllah semoga bersenang-senang di kemudian hari.
 
Doa saya untuk anak-anak saya serta semua anak-anak di luar sana,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri Cina.
Tanpa Ilmu Siapalah kita.
Moga dengan bekalan ilmu anakanda sekalian akan disanjung, dihormati dan di segani.
Amin.
 
Saya dan anak-anak tersayang di hari pertama persekolahan 2015
Anakanda di sessi pagi Sekolah Kebangsaan 2015


Aina anakanda bongsu di dalam kelas Darjah 1, 2015


Aina Farihah Binti Adli Lutfi

Anak bujang, Aiman dalam darjah 6 tahun 2015.


Anak bujang kedua, Alif dalam darjah 4 tahun 2015
Bersama adik-adik saya yang datang memberi semangat kepada Aina 1st day of school


Anakanda di sessi petang Sekolah Agama KAFA
Aina bersama abahnya semasa orientasi 30/12/2014

 

28 comments:

  1. baguslah kalau senang nak bangun pagi, takder la mak nya susah nak kejut :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah senang anak2 macam tu..

    ReplyDelete
  3. seronoknya semua aunties datang bg sokongan kat aina:)

    ReplyDelete
  4. sejuk hati tengok anak2 membesar ..

    ReplyDelete
  5. seronok tengok aina dah masuk darjah satu... all the best buat Fuza dan anak-anak untuk permulaan persekolahan 2015 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis Ana
      Kita je risau. Aina rilek je

      Delete
  6. Comel2 belaka.macam mama fuza juga.seronok melihat perkembangan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Tq sis
      Moga semua belajar rajin2 cemerlang
      Amin

      Delete
  7. muka anak kedua dan ketiga tu sama lah...anak pertama je lain sikit hehe.. comel dan hensem belaka

    ReplyDelete
  8. Terharu pun ada kan sis? Macam baru je lahirkan mereka. Rasa mcm diorg masih baby lagi. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kathy
      Rasa macam baru je Baby baby lagi

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah...
      Moga berterusan

      Delete
  10. Bujang2 dah ank2 akak, comelnya aina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa cepat je depa ni membesar...

      Delete
  11. Dah besar anak-anak sis.
    Semoga dioarang berjaya dunia dan akhiray

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.
      Semoga anak2 kita semua cemerlang dunia akhirat.

      Delete
  12. Tahniah...semua berjaya melalui alam persekolahan tanpa sebarang masalah :)
    Seronok juga setiap first day school sofu mesti cuti tengok gelagat anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sofu..
      Dalam hati maknya sebak tengok anak3 melangkah ke dunia luar yang mencabar

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78