HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Jan 2015

Aina OH Aina!! Siapa yang main bedak!!! Siapa punya tapak kaki??

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Ini cerita semalam.
Hari minggu hari rehat, hari santai anak-anak di rumah.
Seperti biasa di hari Ahad, kami akan sarapan pagi di gerai Nasi Lemak
 
Sementara anak-anak bersiap, saya sibuk di dapur keluarkan lauk pauk untuk defroz, senang nak masak lunch nanti.
Senang lah juga, anak-anak dah besar dah pandai urus diri sendiri.
 
Apabila saya pula hendak bersiap, saya masuk ke bilik.
Tu diaaaaaaaaa.............
Bedak tumpah penuh atas karpet!!
Siapa pelakunya?
Pastu  semua tak mahu mengaku.
Nasib baik lah ada kesan tapak kaki terbentuk dari taburan bedak tersebut,
 
Penyiasatan bermula.
Saya panggil ke semua yang dok ada dalam rumah.
Aiman, Alif dan Aina sila masuk mengadap.
 
Saya suruh seorang demi seorang berdiri di sebelah tapak kaki tersebut.
Yang pastinya tapak kaki tersebut kecik.
Aiman dan Alif terlepas.
Hah...tak lain dan tak bukan..itu tapak kaki Aina!!
 
Subhanallah, hang dok bersiap lagu mana Aina?
Habis satu  tong bedak.
Makanya sebagai denda, Aina sila sapu bilik!
 
*Macam-macam ragam anak-anak ni*
 

Tapak Kaki siapa??

Kaki Aiman ke? Bukan kerana jari kedua tu panjang dari jari ibu.
Kaki Alif ke? Pun jari kedua tu lebih panjang dari ibu jari.


Oh...Kaki Aina rupanya.. Terjawab!!

Aina OH Aina.... Bedak penuh muka
 

19 comments:

  1. Hahahaha. siap panggil ukur tapak kaki. macam polis gituuu kak fuza ni. mihmihmih. innocent gila muka aina. hahah :D

    ReplyDelete
  2. Kelaka la Aina..muka x bersalah langsung..^^

    ReplyDelete
  3. hahahha. comel je gelagat budak2 nie. . :D

    ReplyDelete
  4. hahaha XD sukat tapak kaki untuk cari pesalah :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha....lucu2..mcm anak sy jugak..sb tu bedak skrg ni memang xleh ltk bawah.kalo x, dia tuang habis la lantai.

    ReplyDelete
  6. Huhu..Tapak kaki dapat dikesan...Seronok ye main bedak...huhu

    ReplyDelete
  7. Hehehhe. Panggil sorang-sorang untuk check kaki siapa yer. Hehehehhe

    ReplyDelete
  8. dh mcam kes cindralella la plak..kah3..nasib padan dengan kaki aina..klu kaki aina pun tak padan..mmg mesteri nusantara la..haha

    ReplyDelete
  9. hahaha lawak lah :DD Aina buat muka pesalah

    ReplyDelete
  10. haru..siap siasat tuh...hahahaah...

    ReplyDelete
  11. Hehehe...budak dan bedak memang takkan terpisah ☺

    ReplyDelete
  12. ihihih comel muka macam tepung koma...

    ReplyDelete
  13. Aduhai aina..cute sungguh..

    ReplyDelete
  14. hahahah...tetibai bu bertukar jadi penyiasat...siap sukat tapak kaki sorang2..jangan main2 ye..anak murid detektif conan nih..hahah

    ReplyDelete
  15. hahahah...dah jumpa siapa punya angkara.
    aina oh aina...kenapa tinggalkan bukti tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78