HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Jan 2015

Fipper, Selipar Jepun versi Moden

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Selipar Jepun versi Moden rasanya telah pun dikenali ramai. Jenama FIPPER dah lama menular. Jenama ini adalah buatan dari Negara jiran kita iaitu Thailand.
Dulu saya pun tak berapa nak heran sangat.
Kawan-kawan dok sakan shopping online Shopping online jenama Fipper ini.
 
Kebetulan, selipar anak-anak dah haus tapaknya. Selipar Aiman pulak dah nyawa-nyawa ikan. Hah, kebetulam ada Sales katanya. Teruslah menyinggah.
Niat nak beli untuk Aiman, tetapi yang lain pun terjebak nak beli sebab terpesona dengan pilihan warna yang ada. Tapi tak teringat pula nak snap gambar masa tu.
 
Semasa hendak memilih, rupa-rupanya selipar ini ada kategorinya.
Manalah nak taukan. Ingatkan macam selipar biasa beli tu.
 
FiPPER WIDE
Jenis yang ini sesuai untuk LELAKI SAHAJA.
Saiznya agak besar dengan pilihan warna yang agak garang.
 
FIPPER SLICK
Jenis ini pulak boleh diguna oleh LELAKI juga WANITA
Saiznya sederhana untuk mereka yang kaki agak kiut-miut.
 
FIPPER KID
Saiznya lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Mostly warna yang ada adalah warna ceria. Sesuai dengan karektor kanak-kanak.
 
FIPPER SLIM
Untul jenis yang ini lebih sesuai untuk PEREMPUAN sahaja kerana saiznya yang agak kiut serta warnanya memang feminine.
 
FIPPER BOLD
Jenis yang ini pula lebih sesuai untuk kaum wanita dengan warnanya yang agak feminine.
Buatannya lebih berciri-cirikan keselamatan dengan tapaknya yang Anti Licin serta permukaan selesa untuk alas tapak kaki anda. Harganya lebih mahal dari semua jenis di atas.
Ada juga yang jenis bertumit flatform.
 
Apa sekali pun, sekadar nak merasa pakai. Belilah sorang satu.
Memang selesa memakainya.
 
Nampak stylo tak uols??
 
Koleksi Fipper saya dan anak-anak
Fipper Wide Aiman punya


Fipper Slick Alif punya


Fipper Kid Aina punya


Fipper Bold saya punya


Resit pembelian dengan recycle bag FIPPER

www.fipperslipper.com.my
 
 

12 comments:

  1. Slipar fipper ni memg comel..wrna pun mnaarik

    ReplyDelete
  2. zaza ada satu hihihi.... selipar hitam tali biru hihihi.. sedap giler pakai.

    ReplyDelete
  3. baru kelmarin beli fipper jugak, untuk letak dekat surau

    ReplyDelete
  4. mahal kan flipper ni.. pdhal slipper jepun je pun.. hehe

    ReplyDelete
  5. Hihi..cik akak da seketul..tu bagi anak sedara...berkenan sangat dia eh...nak gak beli seketul lagi...

    ReplyDelete
  6. fipper bold pink metalik cantiknya.. suka :D

    ReplyDelete
  7. x pernah beli lagi.
    skang ni selipar jepun da cantik.
    x mcm dulu kala hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. Saya suka selipar ni sebab cantik. Berwarna-warni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78