HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Jan 2015

Sessi Persekolahan 2015 bermula serta Takwim Persekolahan 2015

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari ini 12 Januari 2015 bermula episode persekolahan
Semua ibubapa pasti sedang sibuk menguruskan hari pertama anak-anak ke sekolah.
Macam-macam ragam yang bakal dirakam.
Semuanya melangkah dengan penuh semangat hari ini.
 
Alhamdulillah, kesemua anakanda saya ke sekolah hari ini.
Aiman ke Darjah 6.
Alif ke Darjah 4
Aina ke Darjah 1.
 
Subhanallah.. Anak-anak dah membesar
Cabaran tahun ini berganda-ganda
Aiman bakal menduduki UPSR.
 
Tahun ini semua di sessi pagi.
Memang riuh rendah suasana rumah.
Petang pula semua ke Sekolah Agama.
 
Mak dan abah doakan agar anakanda sekalian bakal menjadi anak-anak yang Berjaya didalam pelajaran agar di sanjung di segani, cemerlang akhlak peribadi, indah keimanan, serta cantik budi pekerti.
Gambar ke sekolah nanti update k.
Walaupun Abahnya tidak dapat bersama di hari Pertama Persekolahan, petang semalam Abahnya telah pun menelefon dan bercakap dengan anak-anak. Sebak pulak mendengar perbualan mereka.
 
Anakanda bersama Mr Husband. Gambar pada 30/12/2014 selepas Orientasi Darjah 1.
Back To School 2015


Sekolah baru sahaja bermla namun perkara penting dicari ialah
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015
 
Penting untuk mengetahui tarikh-tarikh penting ini.
Khususnya untuk merancang perjalanan kerana Aiman bakal menduduki peperiksaan penting pertama kali di dalam hidupnya
 
Takwim Persekolahan 2015
 

10 comments:

  1. moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  2. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  3. moga dpermmudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. selamat kembali ke sekolah adik ;)

    ReplyDelete
  5. Come back to school buat ank2 Kak fuza

    ReplyDelete
  6. Anak ada yang darjah 6 ke??tak tahu pulak..hehehe..ingat kan anak kecik lagi..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anak sulong dah darjah 6
      Tua pulak rasanya hehe

      Delete
  7. Senang ada takwim sekolah ni.
    Boleh la merancang nak bercuti

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78