HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

16 Feb 2015

Bukan Denggi TETAPI Influenza B

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Beberapa hari ini senyap sepi seketika dari blog.
Maaf lah kawan-kawan sekiranya ada yang merajuk saya tak sempat nak BW.
 
 
Ini cerita anak sulong saya, Aiman Faris.
Pada hari Jumaat lepas, Aiman dah mula menunjukkan reaksi tidak berapa larat,
Tetapi, semangat Aiman ni macam abahnya, payah nak MC.
 
 
Dia tetap ke sekolah seperti biasa.
Tetapi malam tu dia tidur awal. Katanya pening kepala. Selsema pun baru nak mula tu.
Saya agak-agak mungkin dia letih.
 
 
Namun pagi esok, yakni hari Sabtu telah pun bermula kelas tambahan untuk semua murid UPSR.
Seawal pagi Aiman telah pun bersiap. Tapi kalau tengok pada raut wajahnya seperti di bawah, memang dah nampak yang dia tak berapa sihat. Tapi katanya dia ok.
 
 
Dalam jam 11 pagi Cikgu sekolah menelefon saya.
Katanya Aiman demam. Minta ambil dia di sekolah.
Hah..memang betul Aiman tak bermaya. Bawa ke Klinik Johari dan Anita, dia dok terbaring longlai. Kata Doktor Jo, suhu dia tinggi, 39'C.
Kata Doktor tak perlu ambil darah kerana dia baru demam. Doktor bagi ubat demam.
 
 
Nak jadi cerita, pagi Ahad, Aiman kata dia sejuk.
Eh, dah tengah hari terik, sejuk kat mana?
Saya terus bawa Aiman ke Wad Kecemasan Hospital Assunta.
Ujian Darah serta Ujian Influenza telah dijalankan.
Risau bukan main kepalang. Mana tidaknya, beberapa jiran berdekatan dijangkiti Demam Denggi.
 
Alhamdulillah,
Keputusan di terima selepas 2 jam.
Punya lah ramai orang sakit kan. Musim dan cuaca tak menentu sekarang ni.
 
 
BUKAN DENGGI Lega sangat!!
Tapi INFLUENZA B!!! Hah sudah, dapat kat mana pulak ni.
 Kata Doktor ianya adalah sejenis virus selsema yang menyebabkan demam panas, pening kepala, serta selsema yang agak teruk.
 
Aiman tak perlu Isolation kerana dia masih kuat dan bertenaga melawan demamnya.
Di rumah saya pastikan dia memakai topeng penutup mulut demi kesihatan Aiman serta seisi rumah.
 
Doakan ye sahabat handai semua agar kami semua dilindungi dan di dalam kandungan sihat walafiat.
InshaAllah
 
**Nanti saya BW ye. Thank u kepada yang rutin kunjung ke sini.
 
Aiman Faris seawal pagi dah menunjukkan muka tidak sihat

Aiman longlai demam panas di Klinik Johari Anita

Demam di Wad Kecemasan Assunta Hospital

Ubat Demam diberikan terus di wad kecemasan


Ujian Darah untuk ujian Demam Denggi


Ujian Influenza dilakukan kerana selsema

Keputusan Ujian Darah bebas Denggi, Alhamdulillah


Keputusan Influenza B menunjukkan keputusan Positif

Aiman perlu pakai penutup mulut demi kesihatan Aiman dan seisi rumah
 

11 comments:

  1. Semoga cepat sihat ye Aiman.
    Sekarang memang tengah musim orang demam. Anak saya 2orang tu pun demam, baru baik demam, dah demam balik. Risau jugak saya...

    ReplyDelete
  2. kesianyya anak akak. semoga dia cepat sembuh ye ^^

    ReplyDelete
  3. nasib baik bukan denggi. gws...

    ReplyDelete
  4. owh kesiannyer...skrg ni bahaya betul.mcm2 penyakit ada.semoga cepat sembuh yerrr dik

    ReplyDelete
  5. Smg aiman cepat sembuh ye. Ank sulong sue pun x sihat juga.

    ReplyDelete
  6. macam2 penyakit sekarang ni ye...hati2 la semua..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. moga aiman cepat sembuh..aamiin

    ReplyDelete
  8. Moga2 x ada apa2 kat aiman

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum... fuzamusa,

    semoga Aiman cepat sembuh... k.

    mselim3

    ReplyDelete
  10. semoga cepat sembuh....arzmoha singgah sini

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78