HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Feb 2015

Majlis Pertunangan, masa berkumpul sanak saudara.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hai kawan-kawan yang baru yang lama.
Dah lama tak berseri blog.
Agak sibuk dengan pelbagai urusan.
Banyak cerita tertunggak.
 
Ini cerita 21 February 2015.
Selamat Bertunang Wawa & Mukhlis.
 
Majlis pertunangan adik sepupu sebelah suami berlangsung serba sederhana tapi meriah.
Majlis berlangsung di rumah Wawa yang terletak di Wangsa Maju.
 
Alhamdulillah, rombongan kami disertai dengan sanak saudara terdekat.
Rombongan ini diketuai oleh ayah mertua saya, Haji Abdullah Mustafa.
 
Majlis berjalan lancar. Ikatan pertunangan dilaksanakan oleh Mak Lang Mashita, yakni ibu bakal pengantin lelaki. Sebentuk cincin di sarung maka terikatlah tali pertunangan.
 
InshaAllah
Majlis persandingan akan berlangsung dalam tahun ini juga. Hanya tunggu kedua belah pihak berbincang untuk tarikh yang sesuai.
Majlis bertandang akan diadakan di Perlis. Wah terus den terbayang laksa Perlis!!!
Sedapnya!!!
 
Hah kalau dah berkumpul harus lah SELFIE WEFIE.
Rugi lah kalau tak buat semua tuh.
 
Jom layan gambar.
 
Kek Pertunangan Mukhlis, Pedagang Lilin

Fuza dengan Anis dan Zati di tugaskan membawa dulang hantaran. Vogue uols

Abah mertua saya serta pakcik-pakcik sedang dalam majlis meminang.

Wawa... Ini lah dia bakal pengantin. Bakal adik sepupu. Comey orangnya

Mak Lang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Wawa, bakal menantunya

Fuza dan para-para gang berposing.. Eh mana pengantin??

Fuza interframe. Masa saya dulu tak de kad dialog macam tu. Tak merasa..hehe

Mak Lang bersama kami anak saudaranya dan anak-anaknya serta bakal menantu berposing sakan

Eh eh eh... Fuza dan Chekgu Azrine. Kami memang pantang nampak camera. Peace Yo

Fuza bersama Kakak sulong bakal pengantin lelaki


Apabila bakal pengantin dapat green light untuk bergambar

Asalkan ada angle kami pasti posing, Anis dan Zati, adik sepupu yang havoc

Fuza bersama adik-adik sepupu. Havoc kalau berkumpul.
 

11 comments:

  1. tahniah dan selamat bertunang untuk kedua bakal pengantin.Sweet sangat,macam Fuza juga.

    ReplyDelete
  2. selamat bertunang bakal pengantin..ehehehhe..fuza pun lawaaa orgnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Selamat bertunang kpd bakal pengantin....cantiknya bakal pengantin..k.fuza pun nampak manis sgt..meriah majlis..moga kekal hingga ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  4. comel lah bakal adik sepupu kak fuza...
    mcm akk jugak...
    tahniah pade mereka kak

    ReplyDelete
  5. Selamat Bertunang pada mereka :)

    ReplyDelete
  6. seronok kan kalau kumpul macam ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan
      Memang riuh rendah dibuatnya

      P umah orang dah tak ingat dunia.. Selfie wefie sakan
      Hehe

      Delete
  7. ttba glemer cikgu berselfie kat situ..bhahahaha....

    ReplyDelete
  8. Salam singgah petang sis...wahh....cantiknya...

    ReplyDelete
  9. memang cantik manis Wawa ni..:)

    ReplyDelete
  10. cantik Wawa =) hehehe.. bertunang ala kadar saja..
    yang penting nikah nanti.. tapi kalo ada lebih kewangan apa salahnya kan ehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78