HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Feb 2015

Perbaharui Lesen Memandu Malaysia di Pejabat Pos

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Tahukah anda??
 
Malaysia telah memperkenalkan Lesen Memandu yang lebih berciri keselamatan.
Kad tersebut nampak lebih canggih berbanding dengan Kad Lesen Memandu 20 tahun yang lalu.
Dengan adanya ciri- ciri keselamatan ini, maka dapat kita kawal wujudnya Lesen Memandu yang mudah dipalsukan.
 
 
Bila nak renew Lesen Memandu?
Tahukah anda bahawasanya TARIKH TAMAT lesen memandu anda jatuh pada HARI LAHIR anda?
Mudah untuk anda ingat bila masanya untuk memperbaharui lessen tersebut.
Eh kalau terlupa, silap haribulan abang Polis tahan pulak ye...
 
 
Macam mana nak renew Lesen Memandu Malaysia?
 
1. Bawa Kad Pengenalan.
2. Bawa Lesen Memandu yang telah TAMAT TEMPOH.
3. Paling mudah renew di Pejabat Pos.
4. Ambil no giliran pada butang LESEN seperti di photo.
5. Untuk setahun RM32 dikenakan.
6. Gambar? Eh tak perlu bawa gambar kerana system baru hanya perlu scan gambar pada Kad Pengenalan anda. Sekiranya terasa nak gambar glamer kena ler pergi tukar Kad Pengenalan ye.. hehe.
7. Kad baru akan siap serta merta.
 
 
Ok lega Lesen Memandu dah di perbaharui.
Agaknya bila lah sampai rezeki saya untuk memiliki kereta sendiri??
 
 
Lesen Memandu Malaysia Berprestij
 
Perbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos.
 
Keywords Design Lesen Memandu Baru dicari di Sulaman Lace Heaven

20 comments:

  1. Fuza, kak ana kan dah dua minggu lesen expired relaks je drive ke sana sini, bila teringat balik dan sedar dah tamat tempoh tahu pula ketaq , terus pi renew :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ana
      Sila cek Inbox facebook :)

      Delete
  2. Salam singgah pagi sis...lesen sekarang ni memang cantik...Diana pun dah bertukar ke lesan baru ni...

    ReplyDelete
  3. Memg cukup cntik serupa mykad kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih mudah dan menjimatkan sebab xperlu nak ambil
      Gambar lagi

      Delete
  4. salam ukhwah...kunjungan mesra aje yang mampu akak hulurkan.tak tahu nak komen apa.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi jugak karang 2-3 baris tuh.

      Delete
  5. nani takdek lagi lesen memandu. sobssss :(

    ReplyDelete
  6. dah renew kepada lesen yang baru nih tahun lepas.. buat kat JPJ, alhamdulillah cepat dan mudah.. siap tangkap gambar segera kat kaunter tuh.. nasib gambar cantik.. dah laa renew 5thn terus..

    ReplyDelete
  7. sy tamat bulan 12/2015 nanti hehehe

    ReplyDelete
  8. Semalam zumal baru renew lesen sebenarnya dah mati sebulan tau, ingatkan nak kena denda nasib tak denda... Hehe ^-^

    ReplyDelete
  9. cik nor bln 10 bru renew blk..:)

    ReplyDelete
  10. wow lesen baru hihi.. CT nye renew 5 tahun terus so tahun ni tamat la sbb umor 20 renew hehehe..
    senang malas nak pkir kalo renew sekejap2.. kad barulah.. kalo tngk lesen skarang aceceh muka muda remaja =P

    ReplyDelete
  11. saya baru perasan lesen saya da mati 2 tahun...kalau saya g renew ade kene bayar denda tak?




    ReplyDelete
  12. salam.. pejabat pos laju blh x renew lesen... tq

    ReplyDelete
  13. salam.. pejabat pos laju blh x renew lesen... tq

    ReplyDelete
  14. 5/7/16 niey expired lesen saya...
    Hari niey pejabat pos buka tak??

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78