HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Feb 2015

Salah ke kalau suka SELFIE ala-ala berangan Model Muslimah??

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Saya suka SELFIE
Yup, suka ambil gambar sendiri ataupun diambilkan gambar.
 
Macam-macam persepsi tentang SELFIE ini.
Ada yang kata perasan cantik!
Ada yang kutuk macam bagus!!
Ada yang mengata tak padan mak orang!!
Ada juga yang kata eii, koya!!
Ada juga yang kata syok sendiri!!
 
Di sebalik itu ada juga yang memuji.
Eh lawa ler,
Amboi kemain lagi posing,
Awak ada bakat ler, p lah uji bakat.
Eh eh eh...macam mirip muka artis si polan..si polan.
Pandai lah awak posing.
Awak ni fotogenik.
 
Memuji atau pun mengutuk, Alhamdulillah. Terima Kasih di atas pandangan semua.
 
Sebenarnya,
Saya suka ambil diambil gambar kerana rasa seperti suatu kepuasan dan bina keyakinan pada diri sendiri.
Pernah berangan-angan nak jadi Model Hijab, Model Muslimah kononnya.
Tetapi tiada pakej ke arah tersebut.
Kebanyakkan market sekarang mahu yang putih, tinggi dan cantik lawa lah pastinya.
 
Gambar-gambar yang saya gayakan kadang-kadang untuk tolong kawan-kawan promosi barangan yang di jual secara online, seperti tudung khasnya.
Yang penting jaga aurat. InshaAllah.
Setiap kali sebelum keluar, pasti saya akan posing sekeping dua. Monopod pembantu setia.
Selain itu, setiap tempat yang saya rasa menarik pasti saya akan ambil gambar buat kenang-kenangan.
 
Semua gambar SELFIE saya bersiap sendiri, Belit tudung sendiri, berbedak sendiri dan posing pun ikut idea sendiri. Mana tahu dengan gambar-gambar tersebut dapat membantu anda di luar sana mencari idea fesyen tudung untuk di gayakan.
 
Lantaklah hangpa nak kata apa kan?
Tak ada peluang nak jadi Model Muslimah, jadi model kat blog sendiri pun tak apa kan.
Yelah masa sekarang ni dunia modelling dah ada lambakan model-model yang lahir-lahir je dah lawa. Pakai apa pun lawa..hehehe
Saya bersyukur seadanya.
Alhamdulillah
 
Salah ke kalau suka SELFIE??
 
Posing di ambil gambar by Mr Husband
 
SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod - Shawl jurai
SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod - Shawl Chiffon

SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod - Shawl Chiffon

SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod - Shawl Satin

SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod

SELFIE snap sendiri dengan bantuan Monopod
 

25 comments:

  1. Apa salahnya kan, jadi model untuk blog sendiri dan produk yang kita jual gak kan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far beli tudung then tolong review business kawan2
      Review ikhlas je
      Xd buat business pun

      Delete
  2. Tak salah.. asalkan jaga aurat dan tak keterlaluan...

    ReplyDelete
  3. Ekin suko kak fuza pakai tudung n shawl hihihi..nanti boleh la buat tutorial hihi... ekin nk bergaya mcm tu boleh kena cari tudung Yang sesuai dgn imej tudung labuh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah
      Bergaya sampai berhemah

      Delete
  4. takpe la kak...as long as batas terjaga, aurat terjaga..xde masalah pada pandangan sally :)

    you're beautiful in your own way ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok Adik Korea ku!!
      InshaAllah..
      TQ kasi kata-kata semangat...

      Delete
  5. sape kutuk fuza tu bgtahu suki..meh cili sikit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..Cili tu wat masker!! hehe
      tak de lah specific..in general u

      Delete
  6. hehehe yang penting confident Kak Fuza.. macam mana nak selfi ngan monopod tapi tak nampak batang monopod kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..jenuh praktis tu CT...
      buat sampai Berjaya k :)

      Tq CT...

      Delete
  7. X slh lgi pun bukan akak kaacau org kan..biarla apa org nak kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..SELFIE suka-suka

      Delete
  8. Ye ke pakai monopod sis? Macam tak percaya pula. Pandai sis snap gambo,tak nampak macam pegang monopod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kathy..
      Kena adjust masa snap tu..hihi

      Delete
    2. Memang Ratu Selfie ni.. Kathy memang tak boleh selfie guna monopod ni..nampak kaku.. Kalau sis buat macam org yg snapkan..cantekk mcm nor albaniah..

      Delete
  9. hahaha.... koya kak.. hihi. selfie untuk suka suka apa salahnya. lantak la apa org nak cakap :)

    ReplyDelete
  10. Cantik cantik fesyen tudung.. Semoga jadi inspirasi kepada wanita kat luar sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..saja mencuba dan share

      Delete
  11. Org cntik mmg ske selfie... Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..
      Semua pun cantik dan sempurna kejadian nya.
      InshaAllah.

      Delete
  12. cantiknyaa shawl shawl akak ^^

    ReplyDelete
  13. cantik kak..selpie je kak..biar apa org nak kata pn..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78