HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Mar 2015

Aiman buat MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya, Selangor

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Aiman Faris telah pun genap 12 Tahun!!
Tiba masa mohon MyKad.
Saya buat di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya Selangor.
 
Untuk pengetahuan semua, bagi permohonan pertama kali tidak akan dikenakan bayaran sekiranya tarikh permohonan masih dalam tempoh sebulan dari tarikh lahir.
 
Kami ke sana seawal pagi. Risaulah kalau masa cuti sekolah ni ramai sangat yang beratur sama. Alhamdulillah, semasa sampai situ keadaaan masih lengang.
Ingatkan susah nak mohon. Mudah je uols.
 
Bagi yang ada anak pertama kali nak memohon Kad Pengenalan ataupun MyKad, sila rujuk bawah ni :-
 
1. Anak dan Ibu atau bapa perlu hadir bersama.
2. Bawa Surat Beranak salinan asal serta Kad Pengenalan Ibu atau Bapa.
3. Isi borang permohonan.
4. Ambil no giliran.
5. Terus ke Kaunter Permohonan untuk proses
6. Tunggu untuk ambil gambar di situ. (Disarankan memakai baju/tudung berwarna gelap)
7. MyKad boleh di ambil dalam tempoh sehari.
8. Bawa resit rasmi, serta Kad Pengenalan Ibu atau Bapa semasa pengambilam MyKad yang telah siap.
 
Sekarang Aiman dah besar. Dah ada MyKad.
Apabila Aiman dah besar maksudnya Mak Aiman semakin muda...
hahahaha....
 
Aiman Faris di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya.
Kaunter permohonan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya

 
Apa sahaja urusan isi borang hal anak-anak pasti kaum Ibu yang perlu lengkapkan.
Ruangan menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya


Senyum!! Ambil gambar MyKad di sini. Tidak perlu bawa gambar.


Jabatan Pendaftaran Negara terletak berdekatan bangunan MBPJ


Aiman Faris  dah ada MyKad Warganegara Malaysia.
DENDA hilang MYKAD Malaysia

 

5 comments:

  1. dulu ayu pon buat ic dekat sini
    hehehe 3x da buat sbb hilang n cip rosak
    yg baru ni belum ade mase lagi nak buat
    anak pon blm buat mykid pon

    ReplyDelete
  2. Dah bujang dah ank akak, skjp ja da siapkn

    ReplyDelete
  3. woaaah da ada mykad sendiri.. tingat dulu time nak buat mykad ehehe..
    jakun sungguh time tu =D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78