HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

6 Mar 2015

AlFatihah..6 Mac 2015..Sudah 6 tahun Arwah Umi Mertua pergi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari ini agak sebak mengenangkan. Umi Mertua dah tak ada!
Perginya pada pagi Jumaat 6 Mac 2009.
Jumaat itu datang lagi tahun ini, 6 mac 2015.
 
Pesan Umi pada hari terakhir kami bersua muka semasa Umi dating bermain dengan Aina pada 4 Mac 2009..... 
 "Fuza...hang kena banyak BERSABAR. Umi cuma nak hang belajar SABAR dan terus BERSABAR"
 
Bergenang airmata mengenangkan tika dan waktu itu. Telah berlalu dengan penuh bermakna.
 
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat semua
 
AlFatihah

Dikeningan Subuh...

Hanya sedekah tahlil dan doa dari anakanda sekeluarga buat arwah bonda mertua Hajah Padilah Binti Hashim yang telah kembali ke rahmatullah menemui Ilahi pada 6 Mac 2009....
Genaplah 6 tahun pemergian Arwah Umi hari ini.


Walaupun arwah pergi mengejut, namun pelbagai nasihat, pesanan, luahan hati ke hati dan pelbagai kenangan bersama selama menjadi menantu tidak dapat dilupakan.
Ada juga pesanan yang kini jatuh sebagai wasiat belum terlaksana. InshaAllah Umi..
Sekurang-kurangnya hajat arwah untuk mendapat cucu lelaki dan perempuan tercapai juga semasa hayatnya.
Alhamdulillah

 
Tenanglah Umi di sana.
YaAllah..

Kau ampunilah segala dosa Umi jika ada.
Kau kurniakanlah dia syurga yang abadi.
Kamu tempatkanlah Umi dikalangan orang-orang yang beramal soleh dan beriman.
Amin...Amin..Amin..

 Semoga roh Umi dicucuri rahmat Nya

Kepada sahabat handai se Islam, marilah sama-sama kita sedekahkan AlFatihah buat arwah Umi serta kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi.
Al-Fatihah
 
 
Antara gambar kenangan bersama Arwah Umi pada tahun 2008 selepas sehari habis berpantang melahirkan Aina.
Hanya gambar tinggal kenangan..
Gambar arwah Umi mertua Hajah Padilah Hashim bersama Abah mertua saya Hj Abdullah Mustafa.
Umi memang tak suka bergambar.
 

5 comments:

  1. Al fatihah... !! Kathy pula 8 mac ni genap setahun pemergian ayahanda tersayang. Sedih. :'(

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78