HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

2 Mar 2015

Cerita ke Kuantan, Tahniah Nurul & Akim!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
1 Mac 2015 saya berada di Bandar Kuantan.
Tujuan ke sini ialah untuk melawat adik ipar perempuan yang pertama, Nurul Wahida Abdullah yang telah pun selamat melahirkan anak sulongnya pada 28 Februari 2015. Terpaksa menjalani pembedahan kerana factor kesihatan dan keselamatan buat ibu dan baby.
 
Alhamdulillah,
Baby boy seberat 3.6kg telah pun selamat di lahirkan dengan anugerah Allah, di beri nama Muhammad Sufi Bin Luqman Nul Hakim.
 
Kami tiba awal di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana semua tak sabar untuk bertemu dengan Nurul. Nurul pernah mengalami keguguran pada tahun 2013. Dia bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Muadzam, maka agar jarang kami dapat bertemu melainkan cuti.
 
Oleh kerana hospital kerajaan ni kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
Ada di sediakan tempat menunggu. Thank You Alyaa sebab tolong tengok kan Aina semasa Kak Fuza masuk melawat Kak Nurul hang. Dah belanja Nasi Sup Tulang kan? hehehe
 
Saya tidak ada pengalaman bersalin czer, makanya kami berkongsi pengalaman apa yang boleh membantu Nurul. Biras saya, Tini akan berkongsi dengan Nurul kerana dia telah mengalami czer sebanyak 2 kali.
 
Bagusnya Akim, yakni biras saya, dia memang nampak sangat bersedia dengan kelahiran putera sulongnya. Bukan main ditatang cahayamata yang memang sangat-sangat dinantikan itu. Dia pun dah pandai menukarkan pampers anak yang buang air besar.
Ada juga lelaki yang geli or ego sikit dalam bab-bab salin pampers anak ni. Tapi Akim steady je. Untung hang Nurul. Abang Li hang pun dulu banyak tolong Kak Fuza.
 
Nurul akan berpantang di rumahnya di Muadzam. Umi mertuanya akan bersama mereka sepanjang proses berpantang. Sesekali Nurul menitiskan airmata mengenangkan arwah Umi yang telah meninggal dunia pada tahun 2009. Bukan rezki umi untuk melihat cucu baru ini.
 
AlFatihah buat Umi mertua ku, Hajah Padilah binti Hashim
 
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Semoga Nurul cepat sembuh dari luka pembedahan tersebut.
Semoga both Mummy dan baby sihat selalu.
Semoga Daddy nya juga bersabar dan dapat membantu dalam proses membesarkan anakanda tersayang.
 
 
Tahniah Nurul & Akim.
 
 

Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan

Sementara menunggu waktu lawatan, selfie bersama anakanda Aina dna adik ipar Nur Alyaa
Kami bergambar dahulu sementara menunggu pintu hospital di buka untuk waktu lawatan jam 12.30 tengahari


Muhammad Sufi Bin Luqman Nul Hakim

Baby Sufi berusia 1 hari
Ini adik ipar saya Nurul Wahida Abdullah, pensyarah di Politeknik Muadzam, Pahang.

Aina bersama Pak Uda nya, Luqman Nul Hakim. Manja sangat dengan Pak Uge nya.
 

6 comments:

  1. comelnyaaa anak syurga ni. moga membesar dengan sihat ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis dpt anak saudara baru. Comelnya.

    ReplyDelete
  3. Suami2 kena la bersedia bab2 ni..kan???nak harap isteri je memang tak boleh lagi2 yang bersalin melalui pembedahan..

    ReplyDelete
  4. Comelnya suci je tgk baby

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78