HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

19 Mar 2015

Cinderella cerita khayalan yang menjadi igauan para Princess di luar sana.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Cuti sekolah bermula.
Tidak kemana pun kerana kelas tuisyen serta kelas tambahan untuk Aiman yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dijalankan seperti biasa.
 
Di kesempatan itu saya dan  Aina telah meluangkan masa ke GSC Paradigm Mall untuk menonton filem yang hangat masa kini iaitu CINDERELLA.
 
Cerita fantasi ini memang dari zaman saya kanak-kanak lagi teruja nak tengok.
Berangan- angan nak jadi Princess cantik, pakai baju cantik dan segala yang cantiklah.
Tapi yang kena dera tu tak mau lah kan.
 
Sejak menonton cerita ini, Aina dok lah berangan nak menjadi Princess. Tak sudah-sudah memunggah bakul baju mencari gaun ala-ala princess lah kononnya. Nasiblah sorang sahaja anak dara. Kalau ada 10..harus maknya jadi lebih garang dari Mak Tiri Cinderella tu...hahaha
 
Kepada yang belum menonton tu, boleh la bawa anak-anak. Walaupun kita dah tahu jalan ceritanya, tetapi cerita seperti ini bagus kerana ada diterapkan nilai-nilai murni seperti bersabar, jangan tamak dan kena lah menghormati sesama insani.
InshaAllah
 
 
 
 
Seperti semua ketahui, cerita CINDERELLA...
 
" menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik, tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari ia diseksa melakukan kerja rumah serta segala  kerenah keluarga tiri perlu dilayani. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia.
 
Suatu hari, seorang Putera ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta tari menari secara besar-besaran di istana, tetapi Cinderella tidak dibenarkan untuk ikut. Tetapi, Ibu Pari-pari telah datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang Puteri yang sangat cantik.
 
Di istana, sang Putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya menari. Cinderella jadi lupa, bahawa dia tidak boleh pulang lebih dari jam 12 tengah malam, kerana pada jam itu semua sihir Ibu Pari-pari akan berakhir. Denting lonceng pukul 12 terdengar, dan Cinderella berlari. Tak terasa, sebelah sepatu kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Sang Putera memungutnya, dan mengumumkan barangsiapa kakinya padan dengan sepatu itu, siapapun dia, akan dia jadikan isteri.
Namun, sepatu itu tidak padan di kaki siapapun yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella juga mencuba kasut tersebut setelah melalui pelbagai perit getir, dan kakinya padan. Cinderella akhirnya menikah dengan Pangeran dan hidup bahagia selamanya."
 
Cinderella  #My CindereallaMoment
Eh Princess Fuza pun nak posing juga



Bergambar dengan Cinderella
 
We are PRINCESS


My Princess Aina dengan gaunnya

 
 
 

8 comments:

  1. dah tengok semalam..suka3! best..

    ReplyDelete
  2. nak tengok jugak cite ni...

    ReplyDelete
  3. pandai bergaya anak dara tu..:)

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi..bergaya ye..

    ReplyDelete
  5. woah dia pun nak melaram.. hai Aina.. awak tu mmg da princess dah..
    tak payah susah2.. hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78