HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Mar 2015

Makan keropok lekur dan Coconut Shake di Jalan Jaya Gading, Kuantan Pahang

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Jalan-jalan sebelah Pantai Timur tak lengkap kalau tak makan keropok lekur.
Semuanya fresh.
 
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami telah singgah di Jalan Jaya Gading, Kuantan.  Di situ terdapat deretan kedai yang menjual keropok lekur, ikan bilis, udang kering dan pelbagai lagi barangan kering.
 
Tidak ketinggalan juga ada gerai menjual Coconut Shake. Harga berpatutan. Sedap pun sedap. Hah, memang setiap sorang nak satu cawan. Sedap punya pasal kan.
 
Memang memborong sakan lah memasingkan.
Keropok lekur tu boleh disimpan di peti simpan beku. Bila nak masak keluarkan dulu.
Kalau dalam masa 4 hari kita tak masak lagi keropok lekur tu, boleh di rebus semula, dan akan tahan lagi seminggu. Tapi kalau dah beli tu memang tak dan nak simpan seminggu. Sekali goreng mesti habis.
 
 
 Kalau ke Kuantan jangan lupa singgah sini!! Landmark stesen minyak PETRONAS.
 
 
Beramai-ramai berposing di hadapan gerai Coconut Shake, Jalan Jaya Gading, Kuantan
Deretan kedai yang menjual kerpok lekur dan pelbagai barangan kering yang lain
Barang-barang kering seperti ikan masin, udang kering, ikan bilis dan macam-macam lagi
Pelbagai jenis keropok


Udang kering dan ikan bilis pelbagai gred ada di jual

Fuza ..mabuk tengok Keropok lekur fresh. Banyak dan murah. Mesti beli
Masing-masing memilih  Coconut Shake

 
My Niece, Fatihah, ratu coconut shake dah comot

Jalan  Jaya Gading, Kuantan

9 comments:

  1. memang best kopok leko pantai timur ni lembutkan...rasa ikan lebih dr tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terasa fresh ikan tu. Kena beli lagi ni

      Delete
  2. Wah...seronoknya berjalan ramai²..

    ReplyDelete
  3. Wajib!!!
    Tu la dia benda aida cari if naik sebelah pantai timur...

    ReplyDelete
  4. nape tak lajak ganu fuza..kepok lekor lg best :)

    ReplyDelete
  5. Comel je dak comot tu...huhuh

    ReplyDelete
  6. Uishhh sdpnya kopok lekor

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78