HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Mar 2015

Program Transisi - Aina Murid Terbaik Subjek Sains

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Ini cerita Aina Farihah Binti Adli Lutfi
 
Cerita ini sebenarnya berlaku awal Januari tempoh hari.
Tapi baru nak update sini setelah buat pengemasan gambar-gambar di dalam handphone.
 
Pada awal tahun telah diadakan Program Transisi bagi murid-murid Tahun 1.
Apa yang saya faham Program Transisi ini bertujuan untuk mengenalkan anak-anak yang baru pertama kali melangkah ke sekolah rendah agar dapat menyesuaikan diri.
 
Selain dapat berkenalan dengan persekitaran, dapat juga merapatkan silaturrahim dengan Guru-guru, kawan-kawan serta semua kakitangan sekolah.
 
Pelbagai program yang berlandasan matapelajaran telah diadakan dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan matapelajaran telah dijalankan di dalam bilik darjah.
 
Program Transisi -  Murid Terbaik Subjek Sains
Aina bersama kawan-kawan serta Puan Asmah dan guru sains bergambar kenangan.

Alhamdulillah, pada Majis Penutup Program Transisi telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Majlis tersebut diadakan secara tertutup.
 
Tidak ku sangka Aina terpilih antara murid terbaik.
Aina telah menerima Piala Murid Terbaik Sains.
 
Terus terlefon Abah Aina yang berada di luar Negara.
Memang seronoklah Abahnya sebab anje kesayangan dia dapat hadiah tu.
Cuma kami pun tidak pasti bagaimana, dan apa yang menyebabkan Aina terpilih.
 
Eh saya tiada niat menunjuk atau berlagak di sini.
Cumanya sebagai seorang Ibu pastilah berita gembira sebegini saya nak abadikan di dalam blog saya ini. Mudah-mudahan akan menjadi bacaan anak-anak di masa akan datang.
 
Alhamdulillah.
Saya doakan agar anak-anak saya serta semua anak-anak di dunia ini sentiasa di dalam Rahmat-Nya. serta sentia cemerlang sebagai anak yang soleh dan soleh.
 
InshaAllah
 

8 comments:

  1. wahhhh tahniahh aina. semoga terus cemerlang dunia dan akhirat :D

    ReplyDelete
  2. tahniah aina,, tahniah ibu ayah aina kerana menjadikan aina bijak budaknya,, saya pun seronok tengok,, tumpang gembira hihi,, semoga berjaya aina dunia dan akhirat insha Allah,,pasti abah aina bawa oleh2 dari oversea huhu,,

    ReplyDelete
  3. owhhh tahniah.tp sy xtau pula psl program tu.barangkali ada disesetengah sekolah sj ker?

    ReplyDelete
  4. Tahniah Aina.. Aunty kathy tumpang hepi..

    ReplyDelete
  5. Tahniah aina dan Fuza juga,permulaan yg baik.

    ReplyDelete
  6. Comelnya aina..tahniah juga buat aina

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78