HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

3 Mar 2015

Review : Homestay Selesa Suri di Kuantan, Pahang

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Pertama kali saya ke Kuantan, saya menginap di Homestay.
Setakat satu malam, selesa juga kalau sekali-sekala berkumpul sekeluarga di Homestay.
 
Kali ini kami menginap di  HOMESTAY SELESA SURI, di Taman Cenderawasih, Kuantan Pahang. Rumah teres setingkat ini terletak di Bandar Kuantan, berdekatan dengan Pasaraya Giant. Terdapat gerai-gerai makan yang meriah di buka pada waktu malam. Mudahlah bagi kita yang travel dengan keluarga dan boleh santai makan malam disitu.
 
 
Rumah ini kemas.
Terdapat 3 bilik tidur utama dengan penghawa dingin pada setiap bilik.
Ada juga bilik tambahan di bahagian loteng.
Setiap bilik ada disediakan tuala, bantal tambahan serta selimut.
Seterika juga disediakan bagi kemudahan tetamu.
 
 
Tuan punya rumah ini memang baik hati.
Ada disediakan roti, kaya, roti serta teh gula untuk tetamunya.
Alhamdulillah, semoga murah rezki beliau.
 
 
Kepada yang mencari homestay di kawasan Kuantan, boleh lah menginap di sini.
Saya memang rekemen homestay ini kepada anda yang mencari penginapan budget namun selesa dan berbaloi.
 

Homestay Selesa Suri, Kuantan, Pahang

Ruang Tamu, Homestay Selesa Suri


Bilik Utama, Homestay Selesa Suri


Bilik ke-2, Homestay Selesa Suri


Bilik ke-3, Homestay Selesa Suri


Seterika juga disediakan, Homestay Selesa Suri
TV warna di sediakan di ruang tamu, Homestay Selesa Suri
Ruang Tamu yang selesa dengan pintu yang selamat, Homestay Selesa Suri



Ruang Tamu ke 2 berhampiran dengan dapur,
Homestay Selesa Suri

 
 HOMESTAY SELESA SURI
*3 Bilik Tidur Berhawa Dingin
* 3 Bilik Air
* 2 bilik tambahan (Loteng)
* Dapur siap dengan kelengkapan memasak
* Mesin basuh kain serta Peti Sejuk disediakan
 
Hubungi 
 019-986 0418 (Masori)
012-9542610 (Along)
019-961 9654 (Rosnah)


13 comments:

  1. tengok pon dh leh tau selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya budget lah dpt stay ramai2. Kalau bercuti baru kita cari hotel or challet kan

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah
      Memang selesa
      Tuan rumah pun baik

      Delete
  3. Replies
    1. Memang selesa buat kami 5 family

      Delete
  4. Lbagus org sekarang biz homestay..kan best kalau SA ada satu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir juga nak ada business homestay ni.
      InshaAllah

      Delete
  5. Memg cukup selesa, besar plak tu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Terima kasih cik sudi review homestay milik ayah saya.
    Kepuasan penyewa keutamaan kami.
    In sha Allah panjang umur, boleh la ke sini lagi :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Terima kasih cik sudi review homestay milik ayah saya.
    Kepuasan penyewa keutamaan kami.
    In sha Allah panjang umur, boleh la ke sini lagi :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Terima kasih cik sudi review homestay milik ayah saya.
    Kepuasan penyewa keutamaan kami.
    In sha Allah panjang umur, boleh la ke sini lagi :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78