HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Mar 2015

Tahniah Akmal & Dida. Selamat Bertunang, 22 Mac 2014

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari minggu yang lalu merupakan penutup cuti sekolah.
22 Mac 2015 menjadi hari bersejarah buat adik ipar saya yakni adik Mr Husband yang ke 6, Akmal Hakim Abdullah yang telah mengikat tali pertunangan dengan pilhan hatinya Nur Hidayah Shariff atau mesra dipanggil Dee.
 
Majlis berlangsung di rumah kakak sulung Dee yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Terima Kasih kepada Mama Cik serta Pak Cik kerana sudi tumpangkan Fuza dan Aina. Harap kami tidak menyusahkan both of you. (Depa dua ni Pakcik Makcik Mr Husband)
Majlis berlangsung secara sederhana dengan dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat sahaja.
  Adat melayu dilupa jangan. Upacara merisik dimulakan sebelum ikatan pertunangan disempurnakan. Berbalas pantun..gurau senda usik mengusik memeriahkan lagi majlis perkenalan tersebut.
 
5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran.
Salah satu hantaran tersebut adalah dari air tangan saya sekeluarga.
Kek Nenas tu ikhlas dari saya keluarga.
 
Kalau cincin telah pun selesai disarung dijari manis yang dipinang, acara seterusnya MAKAN!! Hahaha..tak senonoh ko Fuza!!
Alhamdulillah, ada nasi dagang, ada kuih muih dan ada juga cheesekut!! Memang tak pandang kiri kanan dah wei.
 
Selesai makan, acara wajib ialah BERGAMBAR.
Kata depa, kalau saya tak turut serta sesuatu majli pasti tak ada jurugambarnya.
Yeke?
 
Alhamdulillah, majlis selesai dengan sempurna seperti yang dirancang.
Selamat Bertunang. Jangan buat leceh naa...darah manis tu.
Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan tugasan seterusnya, iaitu merancang persiapan majlis perkahwinan pula
 
Singgahsana simple untuk acara bertunang
Fuza dan anakanda Aina sahaja yang hadir mewakili Mr Husband yang berada di luar Negara.
Acara perbincangan final sebelum gerak ke rumah Dee
Rumah Kakak Dee, di Ayer Keroh Melaka
Hantaran dari pihak lelaki


Dee Daa..berseri dihari pertunangan


Selfie dulu


Makcik Hasiah, bakal ibu mertua Dee menyarungkan cincin pertunangan


Aina orang pertama cedok nasi. Lapar ye.



Cheesekut

Dee bersama bondanya yang bertudung biru, duduk semeja dengan kami bersoreh kata orang Perak.

Dee bersama kami bakal keluarga barunya,  makciknya, para kakak biras serta adik-adik ipar serta anak saudara

"Siapa yang bertunang?" Diaaaaaaaaaa...

Tini, Dee dan  saya..kami biras. Saya kakak yang sulong. Tini Kak Lang.
 
Akmal Hakim Abdullah serta tunangnya, Dee

 

9 comments:

  1. selamat bertunang kepada mereka dan selamat bakal melayari alam rumahtangga...

    ReplyDelete
  2. semoga mereka dapat mengharungi cabaran bertunang dengan kesabaran.amin

    ReplyDelete
  3. SELAMAT BTUNANG...

    simple je.tu yg tbaik

    ReplyDelete
  4. Muka dia cam iras2 Fuza pulak..hehehe

    ReplyDelete
  5. tahniah jugak..
    amboi sedap plak tgok cheeskut tuu..hehe

    ReplyDelete
  6. tahniah..selamat bertunang..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78