HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

1 Apr 2015

27 Mac 2015 Mulakan hari dengan memborong Lace latest design di D'Fashion Bandung

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Sambungan cerita jalan Bandung.
27 Mac 2015 terlebih dahulu Happy Birthday my sister bongsu Rahimah Binti Musa.
Sorry tak dapat nak celebrate today. Nanti kita buat belated k.
 
Hari ke dua di Bandung, seawal pagi sudah bangun bersiap-sedia.
Langkah kaki tu menggedik aje nak bershopping.
Misi hari ini ialah mencari KAIN LACE untuk majlis perkahwinan adik ipar nanti.
 
Selepas breakfast di Café Favehotel Hypersquare, kami terus ke kedai D'Fashion Bandung yang terletak di Jalan Kosambi. Ini adalah kali ke dua saya ke sini.
Sebelum ini kedai ini berada di Pasar Baru Bandung.
Wah...maju dah korang ye, siap ada WISMA.
 
Sampai sahaja di situ kami disambut oleh para kakitangan yang sentiasa berdiri di hadapan pintu dan sedia membantu. Kurnia atau pun nama Sundanya Akur, telah membantu kami dari awal hinggalah selesai membayar hasil shopping kami. Thank you Kurnia kerana sudi membantu kami yang banyak songeh.
 
Jenuh la uols..matching laci ini dengan lining yang ini.
Cuba lace yang itu  dengan lining yang macam ni.
Fuhh memang payah kerana ada warna tema yang perlu di ikut.
 
Hampir  4 jam kami duduk di sini. Bagusnya ada disediakan air panas, the botol serta kuih muih sementara kami memilih lace disitu.
Eh saya memang dah tahu kalau duduk sini sure lama. Jadi saya memang dah siap-siap bawa jajan dari Malaysia untuk alas perut. Kalau bawa Aina memang saya akan bawa bekalan jajan. Sat g kalau dia mengamuk tang mana nak cari kan. Lace tah kemana....kopi tah kemana pulak..kan kan.
 
Selalunya kalau pilih kain orang lelaki tak suka nak ikut lama-lama. Di sini ada di sediakan kerusi Rest N Rileks. Percuma aje tau uols. Bolehlah sure cik Abang kita bersantai di situ.
Tandas disitu juga bersih uols. Saya memang particular sikit bab kebersihan tanda awam.
 
Selesai membeli lace bermeter-meter, kami pakat kena segera tinggalkan tempat ini supaya kami tidak terduduk membayar lagi dan lagi untuk lace yang semuanya cantik menarik tertarik kebaaaboooom
 
Lepas ni kemana pulak kita?
 
 
Selamat Pagi Bandung, jam 5.30 pagi waktu Indonesia Barat, view dari hotel
Fuza di pintu masuk kedai lace
Bordir Lace boleh dikongsikan bersama oleh 5 orang. Jimatkan!
Antara warna-warna yang di pilih dan yang di patungkan sebelum dipilih
Tema saya dan Aina pada hari ini ialah MINT GREEN. Bersemangat tengok lace


Ini Katini, my biras sakan membeli belah lace di sini.


Pelbagai kain lace latest lagi gojes dan moden di jual disini

Ada juga kerusi urut ni buat yang menunggu pasangan sedang memilih material di sini. Gratis ya.

Nasib baik ada Maggi in the cup. Lace punya pasal lapar pun tak apa....
Kain Cotton juga ada disini.
Kurnia atau nama Sundanya Akur yang membantu kami mencari kain-kain lace di sini. Thank you akang...
D'Fashion di Jalan Kosambi Bandung

 
 
26 Mac 2015 Jalan-jalan ke Bandung kita...

8 comments:

  1. memang rambang matalah tengok kalau Farah yang ke sana...

    ReplyDelete
  2. Aduhai Kak memg blik2 owhh mata tgk..smua cntik2 ni

    ReplyDelete
  3. syurga orang perempouan ni..tak beli pun kalau dah masuk mesti lama je,..kenyang dengan jamu mata je...hehehh

    ReplyDelete
  4. Wow.....memang kena terjah bandung la lepas ni.....walla....geram je tgok kace2 tu semua...SA pi jakarta ari tu beli lace untuk baju nikah kat tabah abg....tp mcm nk beli lg la....

    ReplyDelete
  5. memang rambak mata kan kalau tengok camni
    saya belum penah lepas bandung
    tak tahu kak fuza ada ke sana, idak dah kirim =)

    ReplyDelete
  6. hahahaha jiwa tergugat masuk sini.. syurga lace katanya..
    sedia duit saja miahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78