HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

27 Apr 2015

Mee Tarik Warisan Asli di KL Sentral

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Mee Tarik Warisan Asli  di KL Sentral telah pun mula beroperasi di food court yang terletak di pintu keluar masuk LRT.
 
Alhamdulillah, merasa lah juga saya nak mencuba resepi Mee Tarik Warisan Asli yang sering disebut-sebut ramai. Terletak di KL Sentral, lokasinya memang strategic. Beratur panjang pelanggan untuk membuat pesanan.
 
 
Saya telah mencuba Lamen Soup with sliced beef yang berharga RM8.
Macam mana rasanya? Eh mestilah sedap. Saya memang kurang makan pedas jadi menu tersebut memang sangat mengenyangkan perut saya.
Apa yang menariknya, setiap kali ada pesanan barulah tukang masaknya akan menyediakan mee tersebut. Dengan teknik menguli dan menarik-narik tepung untuk dijadikan mee, ianya merupakan satu tarikan kepada pengunjung.
 
 
Mee Tarik Warisan Asli ini sebenarnya boleh dicari di beberapa cawangan yang lain. Diantara cawangan Mee Tarik Warisan Asli ini ialah di Sungai Besi, Shah Alam, Dang Wangi, Sri Gombak serta di Bangi. Harganya berpatutan. Penampilan pekerjanya juga bersih dan rapi.
 
 
Kepada yang belum mencuba tu, boleh mendapatkan matlumat lanjut di www.meetarik.com.my
 
Mee Tarik Warisan Asli  di KL Sentral


Tukang Masak sedang menyediakan mee Tarik di situ juga.

Lamen Soup with sliced beef di Mee Tarik Warisan Asli 


Bila makan kena tarik-Tarik..baru sedap...

Mee Tarik Warisan Asli  kini sudah ada 7 Cawangan


Antara menu menjadi pilihan utama di Mee Tarik Warisan Asli  di KL Sentral

Menu utama di Mee Tarik Warisan Asli 
 

21 comments:

  1. dah bukak ek food court tu...? haritu g tak perasan pulak..hihihi...nampak sedap je mee tarik dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally..udah..
      Boleh kita plan dating kat situ

      Delete
    2. nak follow dating juga hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap. Nak makan bowl ke 2 segan

      Delete
  3. wahhh bolehlah singgah KL Sentral macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sekarang macam2 ada..
      Best

      Delete
  4. Meh la gatheting area sini...skrg dh mcm2 ada...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea tu AS..
      Siapa sokong angkat tangan!!!

      Delete
  5. Lama tak makn sini... Selalu juga mkn kt sini.. Satu lagi cwangannya kat setapak..

    ReplyDelete
  6. lin selalu mkn yg kat sg.besi... not bad la rasanya. husb suka kambing tu.. yang cucuk pakai lidi.

    ReplyDelete
  7. Lamanyaa tak makan mee tarik. terliur pulak tengok akak makan. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Fuza,

    Tergelak bila tengok Fuza mkn mee tarik kena tarik2.. Hehehe

    Macam sedap, boleh try satu hari nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  9. special juga,lain kali boleh singgah cuba.

    ReplyDelete
  10. Boleh JJCM dgn family nanti

    ReplyDelete
  11. sedapnya..jemput singgah my blog

    ReplyDelete
  12. Wahhh.. Menarik dan tertarik..

    ReplyDelete
  13. Baru nak try makan hari ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78