HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Apr 2015

Penginapan di Favehotel Hypersquare Bandung berbaloi-baloi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Masih lagi cerita Bandung.
So in love dengan Bandung.
Heaven for shopping.
 
Pada 27 hingga ke 29 Mac 2015, percutian ke Bandung kali ini kami memilih untuk menginap di Favehotel Hypersquare, Bandung, di Jalan Kaliki.
 Hotel ini terletak di Jalan Pasir Kaliki. Suasana di sekeliling hotel ngaman dari hiruk-pikuk kota. Terletak di penghujung simpang yang berdekatan dengan beberapa pusat karaoke di Plaza Hypersquare.
 
 Pelbagai fasiliti disediakan.
Antaranya hotel transfer dari hotel ke Airport, perkhidmatan booking teksi, Spa untuk perempuan sahaja yang dilakukan di kamar anda, room service 24 jam, Coffee House serta
talian WIFI yang sangat laju dan stabil.
 
Di sini, sarapan pagi disediakan untuk 2 orang bagi setiap bilik. Makanan secara buffet disediakan. Kiranya dah jimat belanja untuk sarapan. Menu yang disediakan pun pelbagai.
Alhamdulillah, memang dapatlah makan dengan kenyang.
Yang bagusnya Coffee House ada menyediakan ruangan berhawa dingin serta ruangan untuk yang merokok.
 
Secara keseluruhan memang sangat selesa. Kenapa sebelum ini tak pernah tau ye kewujudan hotel ini? Walhal hotel tersebut ada banyak cawangan di serata Indonesia.
Eh di Malaysia juga ada ye. Lokasinya di  Favehotel Chenang Beach Langkawi.
 
Kepada yang nak ke Bandung bolehlah menginap di sini.
Alhamdulillah, saya memang suka dan akan terus menginap disini dimasa depan.
InshaAllah
 
Fuza dan Tini di Lobby Favehotel Hypersquare, Bandung
Perkhidmatan SPA disediakan di Favehotel Hypersquare, Bandung



Muka dah capek tapi tetap bersemangat nak posing di FaveHotel Hypersquare Bandung
Bilik yang kami tempah dalam RP500K satu malam
Bilik air yang bersih dan selesa dengan water heater.

Bilik yang selesa di Favehotel Hypersquare Bandung dengan warna pink sebagai warna rasmi.

Corridor Hotel yang tenteram

 
Breakfast Hari Pertama


Coffee House Favehotel Hypersquare untuk tetamunya.

Bersarapan pagi di Favehotel Hypersquare

Fruit Salad di Favehotel Hypersquare
 
 
Breakfast Hari Ke dua

Pelbagai menu disediakan di sini. Nasi Uduk, Bubur, Meehun Goreng dan Omelette.
Breakfast saya. Mee Sanggul bersama Omelette


Bersama biras saya Ini Katini, on our 2nd day breakfast di sini. Model Rayban ni.

On our last day di Favehotel Hypersquare Bandung
 
**Pesanan**
 
Kalau di Bandung, ada banyak Hotel, Motel, Homestay yang mampu kita menginap.
Pesanan saya, jangan pilih motel yang murah-murah, takut nanti bekalan airnya sering terganggu, bilik airnya kotor dan paling tak syok malam-malam ada sahaja perempuan murahan ketuk pintu kamar anda "menawarkan perkhidmatan". Bahaya tu.


5 comments:

  1. ok sgt hrga tu.. lehlah duk nginap sana kalau p bndung lg =)

    ReplyDelete
  2. tengok semuanya macam menarik je kat sini kan...

    ReplyDelete
  3. nampak selesa hotel ni, berpatutan dengan harga

    ReplyDelete
  4. ehehe hotel besar.. memang sedia bekpes la kan..
    kalo kami p hotel2 budget je ehehehe.. dok mampu leee..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78