HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 May 2015

Awasi anak-anak kecik bermain.. Bahaya masuk objek di dalam HIDUNG!!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
17 May 2015.
 
Pada hari ini, kami telah mendapati bahawa sesuatu telah memasuki ke dalam lubang hidung anak saudara saya yakni Kamil Imani.
 
Memang gelabah.
Memang panic.
Lagi kita cuba keluarkan..semakin masuk ke dalam objek tersebut.
 
Kami telah ke Klinik, langsung Doktor bagi surat rujukan ke Hospital PPUM.
Sampai di Kecemasan dan Trauma Pediatrik, tidak ramai pesakit.
 
Kata Doktor mereka terpaksa hantar ke Pakar ENT.
Subhanallah...dugaan sungguh.
 
Semasa di ward ENT, Doktor pakar telah menunggu.
Terpaksa bedung, pegang kepala, pegang kaki supaya Kamil tidak meronta semasa proses mengeluarkan objek.
 
 
Dah namanya Doktor pakar, sekejap sahaja beliau berjaya mengeluarkan object tersebut,
Kami dah risau kalau-kalau terpaksa di bius dan sebagai.
Objek tersebut adalah sebahagian permainan kanak-kanak.
Sekiranya silap cara, objek tersebut akan membahayakan Kamil kerana akan masuk ke salur pernafasan. Nauzubillah
 
 
Awasi anak-anak anda. Mungkin kita rasa permainan anak-anak itu selamat.
Cegah sebelum jadi sesuatu yang tidak diingini.
InshaAllah
 
Terima Kasih kepada semua yang terlibat dan syabas dengan perkhidmatan yang cekap.
 
Kamil Imani di wad kecemasan PPUM, Petaling Jaya

Doktor Pakar berbaju hitam bersama jururawat sedang merawat.

Berjaya mengeluarkan objek yang tersekat di dalam hidung Kamil Imani

Objek dikenal-pasti sebagai  mainan plastic kanak-kanak.
 

11 comments:

  1. adeh mcm mn lah blh masuk, kanak2 kretif sggh ni...mjr lah dlm masa tu dia masih blh bnafas elok

    ReplyDelete
  2. Aduhai kak fuza, takut nengoknya..nasib baik boleh dikeluarkan..
    Mesti menjerit sakan tu..

    ReplyDelete
  3. ish..bahaya..
    kakak sepupu saya ada pengalaman macam ni..akak spupu saya dalam perjalanan ke majlis kawin, pakai baju pula bermanik-manik..entah macamana anak dia umur 5 tahun tak silap saya, boleh pula dia sedut manik baju tu..dia geram dengan manik warna-warni tu..terus ke hospital, tak jadi ke majlis kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah..
      Budak2 ni memang suka mencuba sesuatu yang tidak disangka

      Delete
  4. Hadoiii...kamil...kamill..
    Takpe bdk tgh cerdik kan

    ReplyDelete
  5. bahaya...seeloknya jangan la bg mainan yg bersaiz kecil macam tu...risau kalau terjadi pape...tapi alhamdulillah dah selamat semuanya :)

    ReplyDelete
  6. memang bahaya anak2 kecil ni Fuza, belum memahami lagi,syukur semuanya selamat.

    ReplyDelete
  7. mujur la boleh keluar..macam mana sampai tersekat masuk hidung..bahaya tu sebab adik ipar sauya masa dia kecik pun pernah jadi macam ni..

    ReplyDelete
  8. Adehh bahayanya mainan budak2 tu

    ReplyDelete
  9. Aduhai.. Tu juga yng merisaukn sy bila zara bermain. Tkut ada je bnda yng kita x prsan, dia masuk mulut.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78