HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

25 May 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 tahun Adli Fuza.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
25 Mei 2015
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 tahun buat kami Adli Fuza.
 
 
Alhamdulillah
Dengan Izin dan RahmatNYA, hari ini genaplah 13 tahun usia perkahwinan kami.
Masih jauh perjalanan perkongsian hidup kami.
Masih berusaha sama-sama memantapkan lagi ikatan yang terbina ini.
 
 
Alhamdulillah
Dengan kehadiran 3 orang cahaya mata dariNya, lengkaplah rumahtangga kami.
Aiman, Alif dan Aina adalah penyambung  kasih sayang kami. Zuriat yang bakal membawa nama baik ayahbonda mereka, InshaAllah.
 
 
Alhamdulillah
Rumahtangga mana yang tidak ada suka duka tawa tangis.
Segalanya mendewasakan kita.
Kita harungi dengan matang dengan penuh kesabaran, kasih sayang, tolak ansur serta perbincangan.
Ada kala kita di uji dengan tohmahan sekeliling namun kita tetap dapat bersatu dengan kuat atas dasar persefahaman.
 
 
Alhamdulillah
Semoga Allah merahmati perkahwinan ini hingga ke syurga abadi.
Semoga Allah melindungi kita dari fitnah dan hasad dengki.
Semoga Allah murahkan rezki kita sekeluarga.
Semoga keluarga ini sentiasa di dalam lindunganNYA, beramal soleh serta di hormati.
Semoga Anak-anak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Terima Kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami.
InshaAllah
 
 
To Mr Husband,
Terima Kasih kerana terus menyayangi dan mencintai kami sekeluarga.
Terima Kasih kerana berkongsi suka duka susah senang bersama.
Jom sama-sama kita perbaiki rumahtangga ini agar terus melangkah ke syurga Allah.
Amin.
 
Pasangan bahagia, InshaAllah

Jakarta 2013

Petaling Jaya 2015

Bandung 2014
Anakanda-anakanda tersayang
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

11 comments:

  1. Happy 13th anniversary akak.. Semoga bahagia till jannah.. :)

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary Fuza & suami..semoga kekal bahagia till Jannah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga Ikatan ini kekal hingga ke Jannah.. Amin..

    ReplyDelete
  4. happy anniversary kak fuza..

    ReplyDelete
  5. happy anniversary kak fuza..

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary kak fuza....
    Saya doakan akak sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  7. Hepi eniversari sis. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. InshaAllah.

    ReplyDelete
  8. Hepi eniversari sis. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. InshaAllah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Wlpn dh 13thun, tp nmpk mcm bru sthun 2 kawin. Loving couple.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78