HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

28 Jul 2015

Cerita Aidilfitri 2015 Fuza..1 Syawal

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Salam Aidilfitri 2015
 
Cerita Aidilfitri kami di Penang, kampung mertua.
Alhamdulillah, sambutan sederhana tapi meriah.
Pada mulanya perancangan berhari-raya dengan ayahbondaku.
Tetapi atas alasan-alasan tertentu terpaksa tukar program berhari-raya di bersama mertua. Jadinya sudah 3 tahun berturut-turut berhari raya di Penang.
 
 
 Pagi raya kami sekeluarga berwarna tema UNGU.
Sememangnya ini warna kegemaran saya.
 Saya memakai Prada Lace 3D berwarna ungu design dari Bandung.
Hadiah dari Mr. Husband.
Thank you dear..
Warna ungu menceriakan suasana raya. Alhamdulillah.
Nampak seragam, Nampak sedondon, Gojes tak??
 
 
Berposing pagi raya itu WAJIB.
Yelah, bukan selalu nak bersampin bagai.
Bergambar keluarga sebagai kenang-kenangan
 Indahnya 1 Syawal apabila bermaafan di pagi raya.
Semoga segala kekhilafan dapat di maafkan.
 
 
Menziarah pusara Arwah Umi mertua membangkit suasana syahdu.
Kenangan bersama arwah sentiasa menggamit nostalgia semasa kami bersama.
AlFatihah buat arwah Umi, Padilah Hashim.
 
 Bergambar keluarga bersama ayahbondaku sangat diidamkan.
Alhamdulillah, kesampaian juga memenuhi kehendak abah untuk bersama cucu-cucuandanya di 1 Syawal. Semoga abah sihat panjang umur kita dapat bersama 1 Syawal yang akan datang. Amin.
 
Bagaimana Raya anda? Meriah? 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 dari Adli Lutfi dan Fuza Musa di Penang

Adli Lutfi & Fuza Musa, Macam Pengantin Baru tak??
Doakan kebahagiaan kami hingga syurga abadi.

Di rumah Kampung Permatang Tinggi A, Kepala Batas, Penang
Apabila PRINCESS berposing Raya.

Posing dengan Blogger Chekgu Azrine di pagi raya.
Mr Husband memohon ampun maaf doa restu dari ayahanda beliau, Abdullah Mustafa



Bergambar bersama Ayahbondaku, Musa Haji Mohamad  & Fatimah Osman di Kuala Ketil, Kedah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015
 
 

24 comments:

  1. Asalam aidilfitri maaf zahir N batin Kak Fuza, lmanya Lya x singgah cne..cntik N manis brgaya d pagi raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Lya...
      Lama juga tak update blog ni..

      Delete
  2. kak fuza warna tema kita sama, sue pakai ungu juge..tahun ni berkesempatan raya di kedua-dua belah pihak. alhamdulillah ada rezeki lebih, kita balik dua kampung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Beraya tu biasa aje..
      Bersama orang tua tu yang penuh makna, kan Sue :)

      Delete
  3. Selamat hari raya kak...Permatang Tinggi A tu dh x jauh dr umah mak sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Zai..
      Kat mana tuh kampungnya?

      Delete
  4. alhamdulillah...dapat jugak beraya dengan ayahbonda terchenta...

    inshaAllah..semoga rumah tangga fuza adli berkekalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tq U..
      Hope next year permintaan my parents termakbul...
      Kalau tak ..ralat se umur hidup u..

      Amin Amin Amin..
      Moga Allah memberkati keluarga kami....

      Delete
  5. selamat hari raya kak..:)

    kad raya dah sampai tapi lupa nak inform..sori..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Cik Nor
      Alhamdulillah...sampai juga yer... :)

      Delete
  6. amboi meriahnya...selamat hari raya...jmput singgah blog saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali beraya bergaya sakan..
      Tq sis singgah sini.....

      Delete
  7. cantik.. meriah dihari raya.. kak fuza tq kad raya dh sampi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Sampai juga kad tu.

      Delete
  8. meriahnya lebaran, fuza dan ungu berpisah tiada, salam Syawal buat Fuza sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakin bergaya rasanya dengan warna unggu

      Delete
  9. sama tema kita thn ni kan ~ ungu :)

    ReplyDelete
  10. kita purple juga...tapi dalam gambar nampak cam biru hehehe..
    bahagia bila bersama keluarga kan..:)

    ReplyDelete
  11. baju tu hasben akak ke pilih ? cantik2.. laki jarang dapat plih design yg kena ngan taste. x semualah hehe..

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum kak..

    Meriahnya raya akk.. Saya pn thun ni mulakan raya pertama di rumah mil dulu..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya aidilfitri sis...maaf zahir dan batin...cantik dan manis sis di hari raya ini...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78