HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Jul 2015

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Wangi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Wangi
 
Bahan-bahan lapisan bawah (Pulut)
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
 
Cara-caranya
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam.
2. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut bersama santan, air serta sedikit garam ke dalam loyang. Sebelum masukkan pulut, sapukan sedikit minyak di sekeliling Loyang supaya senang tanggal semasa potong nanti.
3. Kukuh dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
4. Apabila pulut masak, gaulkan hingga sebati. Tekan-tekan ke dalam Loyang. Mampatkan.
 
 
 
Bahan-bahan untuk lapisan atas.
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
250 gm gula pasir
2 biji telur
250ml santan pekat
500 ml air
1 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pandan paste
 **(kalau nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan yang dikisarkan dengan air di atas. Tapiskan terlebih dahulu)
 
Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk.
2. Masakkan sehingga naik wap dan sentiasa di kacau dengan api perlahan untuk mengelakkan adunan berketul.
3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah (pulut)
4. Kukuskan selama 30 hingga 40 minit.
 
Selamat Mencuba
 
Seri Muka Pandan Wangi

Kukus Pulut dengan santan di dalam loyang


Pulut yang telah di kukus
Kuih Seri Muka Pandan Wangi telah siap di kukus.
 

14 comments:

  1. Replies
    1. CikNor cuba tau. Nanti post skit yer

      Delete
  2. Replies
    1. Bulan puasa ni semua kuih rasa nak cuba buat.
      MF suka kuih apa??

      Delete
  3. pernah bbrp kali buat kuih seri muka ni tp x berapa nk jd. nnt nak try resepi ni pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut sukatan resepi ni..inshaAllah
      Mesti puas hati.
      Cuba tau

      Delete
  4. aduhai...
    kuih feveret aida ni!
    yum yum yummy...
    susah betul nak carik org yg pandai buat kat pasar ramadhan.
    semua nyer x sedap :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun hubby request.
      P bazaar mostly kuih depa xcukup bahan

      Delete
  5. suka sangat kuih ni ,. tapi nak buat tak yakin,. alasan je tu kot..kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh senang je sis. Ikut je resepi. InshaAllah

      Delete
  6. memang feveret kak ana ni Fuza, lemak berkrim sangat kan :)

    ReplyDelete
  7. Kuih fav masa mengandung.. Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78