HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jul 2015

Solat Hajat Menjelang UPSR 2015

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Cerita tertunggak.
Pada bulan Ramadhan 2015, SK Sri Kelana telah menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat UPSR dan Solat Tarawih SK Sri Kelana 2015
Majlis diadakan di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.
 
 
Saya bersama anakanda sulong Aiman yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada September 2015 ini turut hadir bersama. Alif pun sibuk juga nak join. Aina tinggal bersama Atok kerana Aina ni pesen tidur awal, sat g jenuh lah kita nak tarawih bagai.
 
 
Alhamdulillah...
Majlis berjalan lancar,
Ramai ibubapa dan murid-murid tahun 6 Khasnya hadir
 
Menu berbuka puasa juga meriah, nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk dan kuih-muih disediakan. Bubur lambuk yang merupakan trademark Ramadhan juga ada.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pihak sekolah diikuti dengan wakil pihak masjid. Majlis bacaan Yasin diketuai oleh Imam Masjid Al Hidayah.
 
Apabila azan berkumandang, kami makan jamuan ringan bersama-sama.
Solat Maghrib berjemaah dahulu, baru selepas itu kami berbuka puasa makan nasi.
Makan nasi diberi masa selama setengah jam sebelum solat Isyak, SOLAT HAJAT serta solat Tarawih diadakan.
 
Semoga anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015 akan dapat menjawab dengan penuh teliti dan cemerlang.
InshaAllah, 5A buat semua.
 
Bersama anakanda Aiman Faris. Semoga lulus cemerlang UPSR nanti.

Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat UPSR dan Solat Tarawih SK Sri Kelana 2015


Anakanda harapan ku, Aiman Faris dan Alif Farhan.

Ruang makan untuk majlis berbuka ringkas sebelum Solat Maghrib


Guru-guru di bahagian pendaftaran untuk murid-murid dan ibubapa.

Anakanda Aiman bersama teman-teman perjuangannya. Semoga kalian semua cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2015 nanti.
Bacaan YASSIN beramai-ramai memohon keberkatan dari NYA

 

6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan anak untuk upsr.

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semoga anak2 sis berjaya dalam upsr dan semoga segalanya d permudahkan..

    ReplyDelete
  4. moga anak fuza dpt duduki exam dgn sihat & penuh tenaga.
    and dpt result yg cemerlang ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78