HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

2 Sep 2015

Aiman Demam "Chicken Pox" menjelang UPSR 2015

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Segalanya dengan kehendakNYA.
 
Menjelang UPSR  2015 pada 8, 9, 10 September 2015, Anakanda Aiman Faris diserang demam panas. Bukan setakat demam, tetapi CHICKEN POX juga menyerang.
Ya Allah.
Cabaran dan dugaan buat Aiman yang bakal menduduki peperiksaan penting UPSR nanti.
Dugaan juga buat saya untuk menangani situasi ini.
 
Apabila telah 3 hari demam Aiman tidak kebah, saya membawanya ke Klinik Johari setelah Panadol juga tidak lut.
Semasa pemeriksaan di klinik, suhu Aiman 39.8. Tu diaa..
Patutlah Aiman mengadu sakit kepala.
 
Selepas makan ubat klinik Aiman tidur.
Nak jadi cerita, petang selepas Aiman bangun, dia tunjuk kepada saya beberapa bintik merah pada badannya.
Mau tak panic. Risau lah kan.
Saya ke klinik semula dan Doktor mengesahkan itu ialah Chicken Pox.
 
Saya terus mengambil keputusan untuk Aiman dirawat di Hospital Assunta.
Pada 1 September 2015, jam 5 petang saya bergegas ke hospital.
Tujuannya agar Aiman di asingkan supaya tidak berjangkit dengan isi rumah yang lain.
Serta lebih baik jika Doktor pantau di hospital kerana peperiksaan penting semakin dekat.
 
ISU seterusnya..UPSR.
Ye lagi seminggu menjelang peperiksaan penting.
Doakan agar Aiman cepat sembuh.
Sekiranya beliau masih di hospital, maka dia terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital.
Sekiranya beliau dibenarkan keluar sebelum peperiksaan, makanya Aiman akan menduduki peperiksaan di sekolah tetapi di dalam bilik kuarantin.
 
Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan.
Sihatkan lah anakanda Aiman Faris agar dapat menduduki peperiksaan UPSR dengan selesa dan tenang.
Doakan kesihatan Aiman yer.
Good Luck Aiman
Semoga semua anak-anak UPSR 2015 akan lulus dengan cemerlang.
Amin
 
Aiman bersemangat mengulangkaji untuk peperiksaan UPSR 2015
"Bed Bath" di sediakan untuk mengelap badan Aiman semasa suhu badannya tinggi


Aiman di Emergency Room Hospital Assunta
Surat Cuti SAKIT Demam Campak


Aiman di Isolation Room

Walaupun sakit Aiman tetap bersemangat untuk melakukan gerak tubi menjelang UPSR 2015
 

10 comments:

  1. Dugaan bykkn besbr ya Kak, insyallah aiman cpt sembuh..musim campak skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dugaan dan akan jadi kenangan buat Aiman
      Tq for ur doa sis

      Delete
  2. InsyaAllah di doakan boleh ambil UPSR seperti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas doa kalian.
      Semoga kita semua diberkatiNya
      Amin

      Delete
  3. Replies
    1. InshaAllah
      Tq atas doa semua

      Amin

      Delete
  4. Dah nak dekat UPSR ni hmm semoga cepat sembuh Aiman & study elok elok :)

    ReplyDelete
  5. Sentiasa bersemangat untuk belajar. Itu yang penting ^^ Semoga cepat sembuh ye. Amin, in shaa Allah.
    Adik lelaki saya pun nak UPSR jugak tahun nie.
    All da best okeyyyy, Aiman ! :D

    ReplyDelete
  6. moga aiman cepat sihat ye.
    and dpt duduki upsr dgn jaya nya in shaa Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78