HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Sep 2015

Malioboro Road Jogyakarta.. Apa yang menarik?

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Cerita PERTAMA KALI TERBANG KE YOGYAKARTA bersambung lagi.
 
 
Oh ya, saya ke sana kerana menemani Mokcik den Chekgu Azrine yang menghadiri Conference Pendidikan di Universitas Negeri Yogyakarta.
 
Oleh kerana pada 24 Ogos 2015 tu saya ambil penerbangan awal, jadi sampainya pun awal di sana. Alhamdulillah, pihak Universiti telah menyediakan bas yang menjemput kami di Airport. Makan tengah hari juga di sediakan.
 
Selepas selesai check in, kami di bawa ke Jalan Malioboro.
Di sebabkan ini pertama kami ke sini, kami tertanya-tanya, apa yang ada di situ?
Rokok Marlboro saya tau ler kan. hihi
 
Perjalanan dari Hotel UNY mengambil masa dalam 30 minit pun tak sampai rasanya.
Traffik di sini agak teratur berbanding Bandung. Kurang macetnya.
Tu dia..sampai di Jalan Malioboro penuhnya manusia.
Rupanya Jalan Malioboro merupakan pusat jualan yang menjadi kunjungan pelancong.
Sepanjang jalan tersebut letaknya pelbagai kedai jualan. Ye..kebanyakkannya barangan jualan berasaskan Batik. Batiknya cantik-cantik, harga berpatutan. Kena pandai tawar menawar ye. 
 
Kalau rasa penat nak berjalan, ada juga kereta kuda. Boleh lah naik ye. Bayaran dari RP30 ke atas bergantung pada jarak perjalanan. Kalau sampai ke Hotel Universiti katanya dalam RP50.
Murahlah tu kan. Jenuh juga nak ngayuh tuh. Mau tercabut kepala lutut wei!!
 
Hari pertama di Jalan Malioboro pada saya hanya "warming up" je. Yelah mana nak tau ada tok nenek tempat shopping ni. MEMANG TAK ADA BUDGET NAK SHOPPING!! hah Caps Lock uols!! hahaha.
 
Kot lah uols terlebih belanja, ada Money Changer di dalam Kedai Emas sederet dengan Malioboro Mall, berhadapan dengan Ramai Mall kalau tak silap saya namanya.
Awas!! Belanja buk..Belanja pak!!
 
 
Selesai jalan-jalan santai, kami pulang ke hotel. Capek dong. Seharian perjalanan dari Malaysia ke Yogja. Dah rupa panda lapar je rasanya.
 
Ok to be sambung cerita seterusnya next entry.
 
 
Fuza di Jalan Malioboro Yogyakarta Indonesia.

Antara bangunan kedai yang menjual barangan Batik di Jalan Malioboro


Salah satu mercu tanda di Jalan Malioboro. Di sini pusat lepak muda mudi pada malam hari.

Di Jalan Malioboro terdapat banyak kedai cenderahati antaranya T-Shirt

Kereta kuda ini memang ada di sepanjang Jalan Malioboro ini. Caj nya bergantung pada jarak.

Kain, beg, baju, seluar, dan pelbagai barangan berasaskan batik merupakan jualan utama di Jalan Malioboro
Kedai Kain dan Lace di Jalan Malioboro

Antara cenderahati buat anakanda. Seluar Bermuda Malioboro.



Di Jalan Malioboro ini anda harus pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang benar-benar berpatutan.
Ikan Gurame merupakan menu yang disediakan oleh pihak Universiti
Selesai window shopping. Jom pulang ke Hotel
 
Bus yang disediakan oleh pihak Universiti

2 comments:

  1. Bestnya jalan-jalan disana.. Teringin nak pergi jugak satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah
      Di sana banyak wisata
      Shopping tu sampingam aje

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78