HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

2 Sep 2015

Resepi Buah Melaka Daun Pandan

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Resepi Buah Melaka Daun Pandan

Bahan-bahan
1/2 paket Tepung Pulut
1-2 ketul Gula Melaka / Gula Kabung
Kelapa Parut di gaul dengan sedikit garam
 
Bahan Kisar
5-6 helai daun pandan
1 1/2 Cawan Air atau secukupnya.
 
 
Cara-caranya.
 
Campurkan tepung dengan air kisar pandan sedikit demi sedikit.
Gaul rata hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Jangan terlalu lembik atau keras untuk mendapatkan adunan yang sebaiknya.
 
Selepas siap dow pun sedia, masukkan kiub gula Melaka yang telah di potong tadi kedalam adunan tepung yang telah di bulat-bulat kecil.
 
Panaskan air di dalam periuk.
Apabila menggelegak masukkan dow yang siap dengan gula Melaka ke dalam periuk.
Tunggu sehingga buah Melaka tersebut terapung.
Itu tandanya sudah masak.
Boleh dicedok dan ditoskan.
Setelah itu golekkan ke atas kelapa parut.
 
Kuih Buah Melaka sedia dihidangkan.
 
Selamat Mencuba
 
 
 
Bahan-bahan untuk membuat Kuih Buah Melaka

Uli tepung dengan air pandan hingga menjadi dow yang tidak melekat pada tangan

Gula Melaka yang telah di potong kiub

Masukkan Gula Melaka yang telah dikiubkan tadi sebagai inti

Tepung yang di bulat-bulat kan sebelum dimasukkan Gula Melaka

Masukkan adunan ke dalam periuk dengan air yang telah menggelegak

Buah Melaka yang telah terapung tu maknanya telah pun masak.

Toskan dulu kuih Buah Melaka yang telah masak tadi.

Golekkan di atas kelapa parut

Kuih Buah Melaka siap sedia untuk di makan.

10 comments:

  1. best buat kuih buah melaka ni.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje simpan resepi kat sini..senang kot ada yang nak google...

      Delete
  2. Kenapa me xdpt rasa pun nih.xaci betul...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..kena p Melaka lah u..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. antara rajin ke malas je nak buat kuih ni

      Delete
  4. Kadg2 buat juga kuih ni bila tringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih yang mudah tapi malas nak buat

      Delete
  5. aida pernah buat ni sekali aje dulu, dgn adik :)
    kami letak gula melaka byk.
    sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78