HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Sep 2015

Selamat Hari Lahir yang ke 70 Tahun Abah...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
12 September 2015
 
Hari ini hari lahir ayahanda saya, Musa Bin Haji Mohamad.
Hari lahir yang ke 70 tahun.
Alhamdulillah, abah masih sihat, masih bersenam, masih boleh memasak dengan sedap, masih lagi  bercucuk tanam di ruang taman rumah.
Alhamdulillah, abah masih lagi ada untuk membimbing kami, menasihati kami, mengajar kami erti kehidupan.
Terima Kasih abah kerana menggalas tanggungjawab suami saya semasa beliau bertugas mengikut SITE jauh dari rumah dan jauh dari kami anak-beranak.
Dear my Husband, harap awak juga menghargai pengorbanan abah yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit setinggi gunung pun.
 
Kasih abah terhadap anak cucu serta keluarga memang tiada tolok bandingannya.
 Dia akan pastikan keselamatan kami,
Dia akan pastikan kami ada dan cukup makan
Dia akan pastikan anak-anak saya mengaji
Dia yang tengok sakit pening saya dan anak-anak
Semoga abah terus sihat untuk memberi semangat kepada kami.
 
Abah dah pesan, "Korang tak payah nak buat sambutan hari jadi, abah tak mau"
Hahaha....itulah abah saya.
Memang payah nak ajak dia makan di luar.
Lagi satu memang susah nak snap gambar dia. Pasti tak akan pandang camera!!
 
Selamat Hari Lahir Abah!!!
 
 
 
Saya bersama husband Mr Adli Lutfi Abdullah bergambar dengan ayahbonda ku

Bergambar bersama Abah dan emak semasa kenduri adik sepupu, Izhar Ibrahim di Kelana Jaya
 

7 comments:

  1. semoga abah akak dikurniakan umur yg panjang, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  2. jom GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.htm

    ReplyDelete
  3. Semoga abah kak fuza diberikan kesihatan yang kuat dan diberkati Allah selalu..
    Gambar last tu nampak sangat dia mengelak tengok kamera..hihi
    comell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Hana
      Tqtq
      Kot mana nak candid dia memang xkan pandang camera
      Never u

      Delete
  4. Alhamdulillah... Moga terus diberi kesihatan dan kekuatan untul abah kak fuza..

    ReplyDelete
  5. Abh akk sama date besday dgn suami sy.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78