HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

1 Oct 2015

Pertama Kali ke Candi Borobudur, Jogyakarta Indonesia,

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Tanggal 27 Ogos menjadi tarikh sejarah dalam hidup aku kerana pertama kali ke CANDI BOROBUDUR yang dikatakan salah satu keajaiban dunia.
 
Subhanallah, seni bina, bentuk, arkitek serta tersergamnya Candi ini di depan mata bagaikan mimpi. Kagum dengan kebolehan orang zaman dulu dalam seni bina.
Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak di Kecamatan Borobudur Kabupaten Magelang yang letaknya sebelah selatan + 15 km sebelah selatan kota Magelang dataran kedu yang berbukit hampir seluruhnya di kelilingi pegunungan, pegunungan yang mengelilingi Candi Borobudur di antaranya di sebelah timur terdapat Gunung Merbabu dan Gunung Merapi Barat, Laut Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro.
Tiket masuk?
Ye menjadi kecoh havoc semasa kumpulan kami nak masuk.
Walaupun anda biasa berbahasa Indonesia yang bagus, Mak Guard yang menjaga pintu masuk mahu melihat Kartu Original. Kira macam IC korang ler. Kalau depa tak puas hati, jangan harap ler hangpa lepas masuk ikut pintu rakyat tempatan. Memang sangatlah STRICT!!
Melainkan uols bawa kad student, makanya dapatlah harga student
 untuk masuk. Jadi kalau anda student jangan lupa bawa kad anda yer, Dapatlah masuk separuh harga.
Saya bukan student. Penduduk tempatan jauh sekali..hahaha..
Ko cakap lah Sunda kot mana pun, depa tak layan. Di sini bahasa Jawa merupakan bahasa utama.
Makanya Aku kena lah bayar harga tiket pelancong International gitu....RP250K
 
Oh ya, semua pengunjung perlu menyarungkan kain sarung berwarna biru gelap yang disediakan di kaunter tiket. Kain tersebut perlu dipulangkan semasa keluar dari Candi nanti.
Oleh kerana kami masuk melalui International Entrance, makanya ada disediakan welcome drink.
 
Untuk naik ke atas, kami memilih untuk menaiki mini keretapi. Yelah, jimat tenaga. Sat g nak mendaki Candi pulak. Mongah mokcik wei..
 
Sampai di perkarangan Candi, ramai juga yang berjualan.
Ada juga yang menyediakan perkhidmatan sewa payung kerana memang cuaca sangat panas. Ada juga perkhidmatan mengambil gambar ala-ala studio dengan harga RP40k.
 
Di puncak, anda TIDAK DIBENARKAN memanjat atau duduk di atas batu-batu Candi.
Ini adalah untuk keselamatan.
Ada sebahagian Candi dalam proses penyelenggaraan. Dengan keadaan pengunjung yang ramai, anda hauslah berhati-hati semasa mendaki atau menuruni tangga Candi.
 
Di perkarangan Candi terdapat pelbagai gerai jualan.
Di sini anda kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan.
Saya sempat juga membeli T-Shirt Candi Borobudur dengan harga RP100K untuk 7 helai.
Harga asalnya RP100K untuk 4 helai.
Kainnya pun berkualiti. So tak de hal lah kan.
Atleast ada juga ole-ole dari sini.
 
Syukur sangat, merasa juga datang ke sini.
Kalau ada kesempatan, memang nak datang lagi.
Fuza dengan gaya tarian Melayu selaras dengan kain sarung yang digayakan. Amacam? Ada gaya artis tak?
Harga Tiket Masuk Ke Candi Borobudur


Ini tiket masuk serta resit untuk masuk ke Candi Borobudur. Kad ini perlu dikembalikan semasa Touch Masuk.


Petugas yang berada di pintu pengesahan tiket memastikan semua pengunjung memakai kain sarung yang disediakan.
Di perkarangan pintu masuk Candi Borobudur.

Borobudur, UNESCO World Heritage Site
Pandangan sebahagian Candi Borobudur.
Di muka pintu permulaan anak tangga untuk mendaki ke puncak Candi Borobudur, Jogyakarta Indonesia


Candi Borobudur tarikan pelancong ke Jogyakarta.
 
I was here Candi Borobudur, Jogyakarta Indonesia

Bersama Chekgu Azrine di Puncak Candi Borobudur, Jogyakarta, Indonesia


Fuza di puncak Candi Borobudur, Jogyakarta, Indonesia
Informasi Taman Wisata Candi Borobudur, Jogyakarta Indonesia
 Nak tahu lanjut tentang CANDI BOROBUDUR sila singgah ke Blog
asal-usul-motivasi.BlogSpot.com
 

10 comments:

  1. Wahh bestnya akak da smpai ke cna, slalu dgr crita org ja..entah bila dpt pi cna

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya akak da smpai ke cna, slalu dgr crita org ja..entah bila dpt pi cna

    ReplyDelete
  3. wah...cantik2 gambar Fuza kat sini...bestnya...SA nak masukkan dalam wishlist jugak la...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sampai juga kita kat sinikan...
    Salah 1 keajaiban dunia jgk ni..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sampai dah fuza ke sini, cantik pemandangannya kan.

    ReplyDelete
  6. sana mmg cantik...dia punya eco view mmg terbaik...tapi still Bali lg best kalau in terms of view la kan kak? :D

    ReplyDelete
  7. Bila lah nak sampai sana agak nyer ...

    ReplyDelete
  8. wwoh mmg kena pakai kain tu.. tapi okay je cantik =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78