HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

16 Nov 2015

Tragedi October 2015! Kemana menghilang selama sebulan???

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Kemana menghilang??
Welcome back Fuza!!
 
Ye ramai bertanya kemana menghilangnya Fuza?
Apa jadi dengan blog Fuza?
 
Yer..kepada yang rindu dendam tu...meh sini nak story skit..
Skit je.
 
Sebenarnya...banyak hal berlaku.
Dugaan Allah mendewasa dan menguji kita agar dekat padaNYA.
Semoga Fuza tabah menghadapinya. Doakan ye Fuza diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini dengan penuh semangat.
 
 
Pada awal bulan October.. Mr Husband warded. Doktor sahkan INFLUENZA A.
Tu dia,...beliak mata. Mai kot mana pulak penyakit ni.
Risau.
Sedih.
Pening
Nangis
Serabut
Segala macam rasa dok ada.
Selama seminggu saya bermastautin di Hospital.
Anak-anak pun kena kuarantin tak boleh datang melawat sebab bahaya boleh berjangkit dengan cepat.
Kepada yang belum ambil Suntikan Selsema tu, baiklah p ambil yer.
Itu nasihat Doktor kerana cuaca Malaysia sekarang ni tercemar.
 
 
13 October 2015 Influenza A - Ara Damansara Hospital
 
 
Elok ja Mr Husband discaj selepas seminggu...saya pulak warded!!
Tu dia..dugaan lagi.
Low blood.
Mungkin dek kerana keletihan tak cukup tidur semasa menjaga Mr Husband di hospital tempoh hari.
Yelah...nak ler jadi isteri solehah. Dapat pahala tu.
Kata sayang suami kan... Moga Mr Husband juga saying dan menghargai segala pengorbanan isterinya ini...Cewah...jiwang sat!!
Ingatkan biasa-biasa aja pitam tu...rupa-rupanya.. 8botol air garam, 2 botol air glukos uols masuk badan selama 5hari di hospital.
6kg berat badan turun mendadak kerana tak berselera nak makan.
Warded selama 5 hari.
 
 
Sampai ke hari ini..masih dalam proses "warming up"
Blog pun baru nak intai-intai.
Kepada yang sudi2 singgah selalu tu..terima kasih banyak-banyak atas sokongan.
Ada kelapangan nanti Fuza BW yer.
Doakan untuk Fuza dan keluarga sejahtera dan sentiasa dilindungiNYA.
Amin.
 
 
Ya Allah..Besar dugaan Mu
Ya Allah..pasti ada hikmah di setiap ujian MU.
Tragedi October 2015 yang menduga bertimpa-timpa.
 
 
19 October 2015 Low Blood Pressure - Assunta Hospital
 

14 comments:

  1. tandanya allah sayang dekat fuza sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  2. pengalaman jaga orang kat hospital memang takleh lupa.. cabaran..
    tapi ni privet kan kak ? x sama mcm seksanya menanti di government..

    moga semua baik2 ya.. take care =)

    ReplyDelete
  3. Alahai kak Fuza siannya...
    Semoga selepas ni sihat-sihat selalu ya...

    ReplyDelete
  4. begitulah ujianNya Fuza, Alhamdulillah FUza dan suami telah kembali sihat. Allah swt menguji dengan keupayaan kita Fuza .

    ReplyDelete
  5. moga semua sihat dah skang ekk fuza.
    dugaan tu :)

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh dan dapat kembali menyusuri hidup bahagia

    ReplyDelete
  7. allahuakhbar.. bnyk kan bersabar ye kak..

    ReplyDelete
  8. patut la tak ada khabar berita dari Fuza...syafakillah Fuza..semoga semuanya kembali ok...get well soon...

    ReplyDelete
  9. Dah ok ker blom nih ? Dengar khabar demam balik ... Semoga cepat pulih eak Fuza ... Mama Gojes kena kuat ...

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. Owh..pttla k.fuza hilang. Moga akak shat seperti sediakala..aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78