HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

28 Feb 2015

Buat baik berpada-pada, Buat Jahat jangan sekali

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Mungkin anda dah pernah dan biasa tengok kata-kata nasihat di bawah.
Hari ini saya sekadar bagi pandangan saya.
 
"Kalau Tak boleh BUAT BAIK, jangan BUAT JAHAT...
Sebab, Tak buat JAHAT itu pun sudah CUKUP BAIK..."
 
Kita manusia tidak pernah lari dari
 buruk sangka,
hasad dengki,
 fitnah
 dari orang-orang yang sakit hati dengan kesederhanaan kita.
 
Kadang-kadang kebaikan kita disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab.
Janganlah tindas kami yang tidak bersalah!!
Jangan bermuka-muka dengan kami yang low profile!!
Janganlah bersangka buruk dengan kami yang tidak ganggu hidup orang lain.
 
Kerana rezki yang lebih ataupun kurang semuanya dari Allah
Buat baik berpada-pada, Buat Jahat jangan sekali
 
SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI

27 Feb 2015

"Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.

CPUV by South Australia Tourism & PDB CNY Coffee Break, FEB 2015 / 74th, 75th, 76, & 77 BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah.
Nuffnang sedang berbaik hati dihujung bulan Februari 2015.
Mungkin juga ini angpow sempena Tahun Baru Cina?
 
Baru semak akaun NUFFNANG.
Berderet-deret CPUV masuk. Rezeki lagi.
CPUV by South Australia Tourism & PDB CNY Coffee Break, merupakan CPUV  74th, 75th, 76th, & 77th buat Sulaman Lae Heaven.
Walaupun tidak lah berates-ratus income yang diperolehi, namun hati rasa tersangat lega dan seronok juga melihatkan CPUV berkembar double triple duper ni.
 
Terima Kasih Nuffnang
Terima Kasih penaja
Terima Kasih anda semua yang terus sokong Sulaman Lace Heaven
Alhamdulillah
 
CPUV by South Australia Tourism & PDB CNY Coffee Break, FEB 2015 / 74th, 75th, 76, & 77 BE
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61
 

Selamat Hari Lahir yang ke 12 Aiman Faris Bin Adli Lutfi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
22 February 2015
Merupakan hari lahir yang ke 12 tahun anakanda sulong saya, Aiman Faris.
Last minit rancang untuk majlis sambutan.
 
Alhamdulillah, sambutan sederhana bersama ahli keluarga terdekat sahaja.
Majlis diadakan di rumah Atok dan Opahnya di Kelana Jaya.
 
Aiman dah anak bujang dah,
Dia dah boleh jadi boduguard maknya.
 
Tahun ini Aiman akan menduduki peperiksaan UPSR.
Mak ,Abah dan semua mendoakan agar Abang Aiman akan lulus dengan cemerlang.
Semoga Aiman akan menjadi anak yang soleh dan membimbing adik-adik nanti.
InshaAllah.
 
Aiman Faris Bin Adli Lutfi

Belon sinonim dengan majlis jamuan untuk kanak-kanak
Kek Hari Jadi Black Forest,Brownies Kartika Sari,  Mee Goreng, Meehun Goreng serta KFC untuk jamuan hari jadi.



Majlis sambutan yang sederhana tapi ingatan tu yang abadi
Aiman dengan adik-adik serta sepupunya di meja kek harijadi


Aiman Faris sudah 12 tahun. Dah pandai bergaya.



 

CPUV by Ambank TRUE LAB, FEB 2015 / 72nd & 73rd BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Terima Kasih Nuffnang.
Walaupun kebelakangan ini agak sibuk dengan pelbagai urusan, namun CPUV tetap singgah.
 
Alhamdulillah
Kali ini CPUV by Ambank TRUE LAB merupakan BE yang ke 72 dan ke 73.
 
11 CPUV sedang ONGOING.
Semoga bertambah rezeki blog SULAMAN LACE HEAVEN
 
Terima Kasih semua.
 
CPUV by Ambank TRUE LAB, FEB 2015 / 72nd & 73rd BE
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

Status Glitterati Nuffnang, Non-Glitterati

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Minggu lepas memang minggu yang tersangat lah sibuk.
Sehinggakan blog Sulaman Lace Heaven agak terabai untuk sehari dua.
 
Mana dengan majlis kenduri, mana dengan sambutan birthday, mana dengan surprise dan macam-macam lagi lah. Maklumlah, cuti Perayaan Tahun Baru Cina.
 
Nak share ni cerita tentang STATUS GLITTERATI di Nuffnang.
 
Pada 24 Februari yang lalu, ada lah kesempatan menjenguk blog. Sambil-sambil semak akaun Nuffnang. Harapan CPUV singgah. Harapan dapat semak jumlah viewer. Harapan untuk semak Keywords popular.
 
Eh, kenapa hijau!!
Kenapa NON-GLITTERATI  ?
Terus saya hantar tiket ke bahagian teknikal Nuffnang.
Yelah, dah kenapa kan.
 
Non-Glitterati Status di akaun Nuffnang pada 24 February 2015
 
 
Hah, cepat juga wakil NUFFNANG reply TIKET saya.
Alhamdulillah.
Cuba baca reply di bawah ni.
Jangan malas nak baca yer.
Maksudnya saya tidak aktif di blog dan tiada pengunjung?
Eh rasanya masih ada schedule entry.
Adakah kerana kesan cuti Tahun Baru Cina menyebabkan ramai yang tidak blogwalking??
Disebabkan itu akaun saya jadi Non-Glitterati?

Reply dari Nuffnang pada 25 February 2015 selepas Ticket di hantar berkenaan Glitterati Status
 
 
Alhamdulillah,
Setelah beberapa entry di publish, Akaun Nuffnang saya kembali gemerlapan sebagai GLITTERATI
Bertubi-tubi CPUV singgah juga ni.

Akaun berstatus Glitterati semula pada 26 Feb 2015

 
 
KESIMPULAN
Janganlah biarkan blog anda ditinggalkan bersawang lama sangat.
Nanti kena denda macam ni.
Sekurang-kurangnya satu entry sehari.
Tanpa GLITTERATI tak bersinarlah blog.
 
Teruskan berkarya.
 

26 Feb 2015

Majlis Pertunangan, masa berkumpul sanak saudara.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hai kawan-kawan yang baru yang lama.
Dah lama tak berseri blog.
Agak sibuk dengan pelbagai urusan.
Banyak cerita tertunggak.
 
Ini cerita 21 February 2015.
Selamat Bertunang Wawa & Mukhlis.
 
Majlis pertunangan adik sepupu sebelah suami berlangsung serba sederhana tapi meriah.
Majlis berlangsung di rumah Wawa yang terletak di Wangsa Maju.
 
Alhamdulillah, rombongan kami disertai dengan sanak saudara terdekat.
Rombongan ini diketuai oleh ayah mertua saya, Haji Abdullah Mustafa.
 
Majlis berjalan lancar. Ikatan pertunangan dilaksanakan oleh Mak Lang Mashita, yakni ibu bakal pengantin lelaki. Sebentuk cincin di sarung maka terikatlah tali pertunangan.
 
InshaAllah
Majlis persandingan akan berlangsung dalam tahun ini juga. Hanya tunggu kedua belah pihak berbincang untuk tarikh yang sesuai.
Majlis bertandang akan diadakan di Perlis. Wah terus den terbayang laksa Perlis!!!
Sedapnya!!!
 
Hah kalau dah berkumpul harus lah SELFIE WEFIE.
Rugi lah kalau tak buat semua tuh.
 
Jom layan gambar.
 
Kek Pertunangan Mukhlis, Pedagang Lilin

Fuza dengan Anis dan Zati di tugaskan membawa dulang hantaran. Vogue uols

Abah mertua saya serta pakcik-pakcik sedang dalam majlis meminang.

Wawa... Ini lah dia bakal pengantin. Bakal adik sepupu. Comey orangnya

Mak Lang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Wawa, bakal menantunya

Fuza dan para-para gang berposing.. Eh mana pengantin??

Fuza interframe. Masa saya dulu tak de kad dialog macam tu. Tak merasa..hehe

Mak Lang bersama kami anak saudaranya dan anak-anaknya serta bakal menantu berposing sakan

Eh eh eh... Fuza dan Chekgu Azrine. Kami memang pantang nampak camera. Peace Yo

Fuza bersama Kakak sulong bakal pengantin lelaki


Apabila bakal pengantin dapat green light untuk bergambar

Asalkan ada angle kami pasti posing, Anis dan Zati, adik sepupu yang havoc

Fuza bersama adik-adik sepupu. Havoc kalau berkumpul.
 

25 Feb 2015

WW#5 2015 Lipatan Tisu Tetamu

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Jom tengok
Belajar
Tak perlu kata apa-apa
 


 

24 Feb 2015

CPUV by Mi Sedaap Krispi Digital , FEB 2015 / 71st BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Hari ini terlebih rajin nak semak akaun Nuffnang.
Eh..eh.. ada Angpow dari Mr NUFFNANG
 
 Alhamdulillah
CPUV by Mi Sedaap Krispi Digital merupakan 71st BE for Sulaman Lace Heaven
Bagi tahun 2015 ini merupakan CPUV yang ke 17
 
TERIMA KASIH kepada Nuffnang ni..sebab sudi-sudi hadiahkan BE untuk blog Fuza.
Tak kisahlah banyak ke sedikit, yang penting CPUV ini membakar semangat saya untuk terus berkarya dalam dunia blog.
 
Terima Kasih semua.
CPUV by Mi Sedaap Krispi Digital , FEB 2015 / 71st BE
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Buku!


Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

CPUV by Samsung Galaxy A Launch, FEB 2015 / 69th & 70th BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
ANGPOW LAI LAA
 
Terima Kasih Mr Nuffnang kerana hadiahkan CPUV berkembar.
Kali ini angpow dari CPUV Samsung Galaxy A Launch yang merupakan BE yang ke 69th & 70th
 
8 CPUV sedang aktif ONGOING. Semoga terus menabung!!
Thank you kepada Nuffnang serta pihak penaja.
 
Alhamdulillah
 
CPUV by Samsung Galaxy A Launch, FEB 2015 / 69th & 70th BE
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

23 Feb 2015

SARAWASA Collection Kedai Jahit Jubah di Kelana Jaya, Selangor

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Sana-sini ramai yang sedang mencari Tukang Jahit yang sesuai.
Sesuai maksudnya dapat menjahit fesyen idaman dengan cemerlang.
 
Alhamdulillah, baru-baru ini saya ada menghantar kain Sulam Patch Lace untuk dijahit jubbah ke sebuah kedai berdekatan.
Ini adalah pertama kalinya saya mencuba hasil kerja mereka.
Saya ni payah nak cari size jubbah yang betul-betul padan. Jenuh nak kena alter nanti.
 
Hah lihat tu, jubbah yang siap dipatungkan dan di pamerkan di kedai.
Kata tuan kedai, Kak Lilis, ramai pula yang bertanya dan ingin membeli jubbah saya.
Eh eh eh ....NOT FOR SALE!
 
Saya telah pun mencubanya, Selesa memakainya.
Alhamdulillah. Lepas ini boleh hantar lagi.
Hah sekali sekalai berfesyen jubbah, apa salahnya kan.
Kepada yang berminat tu boleh lah hantar ke kedai ini.
Alamatnya seperti di bawah.
 
Selain mengambil upah menjahit, ada juga di jual kain ela, kain sutera Terengganu, selendang, tudung dan macam-macam lagi kelengkapan muslimah.
Harga berpatutan. 
  
Jubah Muslimah dari Kain Sulam Patch Lace Material Semi Silk
Fuza mencuba Jubah yang telah siap di jahit
Fuza bersama Kain Sulam Patch Lace yang siap dijahit jubah
Kain Sutera Terengganu


Koleksi Baju yang telah siap untuk jualan


Pemilik Kedai SARAWASA COLLECTION Kelana Jaya

 
SARAWASA COLLECTION
LOT 503 GIANT HYPERMARKET KELANA JAYA
NO 33 JALAN SS6/12
SS6 KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA
SELANGOR
 
Puan Lilis : 019-2895676, 010-2580021

20 Feb 2015

Belajar Bersolek smokey Eye melalui Google Image.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Saya suka berSELFIE
Kalau nak BERGAMBAR atleast kena lah calit lipstick.
 
Tetapi baru-baru ini saya terlihat satu gambar yang menarik cara solekannya.
SAYA CUBA MENIRU.
 
Tadaaaaa
Walaupun tidak lah 100% sama namun mencuba itu tidak salah kan?
 
Apa komen membina anda?? Ok tak?
 
 
Make Up Smokey Eye dengan Sweet Pinky Lipstick


Solekan Mata yang telah pun siap

Smokey Eyes Make up by Fuza
SELFIE wide cotton shawl #byabsolute.
 

19 Feb 2015

Kemana kita hari ini??

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari ini hari cuti seluruh Malaysia.
Selamat Tahun Baru Cina buat sahabat handai yang menyambutnya.
 
Kemana kita hari ini?
 
Anak-anak baru sihat.
Aiman pun masih dalam pemantauan.
Kata anak-anak mereka nak riadah.
Tak boleh nak pergi jauh-jauh.
Kami ke Paradigm sahaja.
Tak de tujuan shopping pun.
Sekadar jalan-jalan cari makan.
 
Ramai yang balik kampong.
Ramai yang bercuti.
Tapi Mr Hubby saya bertugas di perantauan, makanya kami tak dapat lah nak travel jauh-jauh bersendirian tanpa dia. Tak berani.
 
Banyak kedai yang tak buka hari ini.
Maklumlah, kebanyakkan yag berniaga di Paradigm ini bercuti.
 
Santai-santai di Paradigm sekejap aje ni.
Lepas ni balik rumah dan berehat di rumah sahaje.
 
Anda kemana hari ini??
 
 
Fuza SELFIE santai cuti-cuti
 

18 Feb 2015

Salah WhatsApp? Salah saya ke?

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Saya sekadar nak share.
Semalam ada adik ni WhatsApps saya.
 
"Salam ..pm kain ni"
 
Ada dia sertakain kain yang ingin diketahui harganya.
Namun, gambar tersebut memang bukan yang saya jual.
 
Katanya 'Ada kat FB tu"
 
Eh adik. akak ni tak marah. Cuma akak yang berjual, pasti akak tau apa Kain yang akak jual kan? Saya pun bagilah link blog ini.
 Sebab saya dah terangkan saya jual KAIN SULAM.
Terus dia senyap sampai sekarang ni hah.
 
Kot lah cakap sorry kak.
Or reply lah apa-apa kan.
 
Adik tak kan nak emosi marah kot?
Harap adik tersebut dapat tau harga kain yang dia cari tu.
 
Sekian
 
 
Silap WhatsApps ke?
 

WW#4 Kesetiaan Lelaki Dan Wanita

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Kata orang Susah-susah dahulu
Kata orang Kesetiaan sentiasa diuji
Kata orang Kejujuran itu samar
Kata orang Wanita itu istimewa..
Kata orang Lelaki itu unik.
 
Biar apa kata orang
Biar apa orang nak kata
Biarlah mereka nak cakap sampai mana mereka larat nak berkata-kata
Biar KESETIAAN KEJUJURAN WANITA & LELAKI menjawab segalanya nanti.
 
InshaAllah
 
 
Sekadar Hiasan.. Setia Di sini.

Sumber Google : Kesetiaan Lelaki dan Wanita

 

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78