HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Mar 2015

CPUV by SENGHENG FRANCHISE Aademy , MAC 2015 / 102nd & 103rd BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
PENUTUP MARCH 2015
 
Alhamdulillah.
Lagi CPUV singgah.
 Lagi iklan menempek.
 Lagi dan lagi.
 Harap terus menerus CPUV   
 
 Kali ini CPUV by SENGHENG FRANCHISE Aademy , merupakan CPUV yang ke 102nd & 103rd BE
 
Kira CPUV menjelang GST yang sana sini heboh dibahaskan. hehe.
Semoga terus menerus CPUV singgah ke Sulaman Lace Heaven.
 
Thank you semua. Thank you NUFFNANG.
 
CPUV by SENGHENG FRANCHISE Aademy , MAC 2015 / 102nd & 103rd BE
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

Tudung Chiffon Lace Batu Trendy ala-ala Bawal Ready Stok April 2015!!!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Ready Stock!!!!!!
 
A Baby Blue
B Grey
C Purple Belacan

 D Turqoise E Light Purple
F Brown (Nescafe)

G Pink
H Red

 I Pink Belacan
J Green

K Purple
Tudung Chiffon Lace Batu Ready Stock
 
 
Material Shiffon
Tudung cutting besar sikit dari cutting bawal.
 
019-2784580 (whatsapp only)
 
Stock adalah terhad
 
Jom bergaya dengan tudung fesyen muslimah trendy 2015.
 
 
 
 
Apa kata pengguna yang telah menggayakan tudung ini?
 
 

26 Mac 2015 Jalan-jalan ke Bandung kita...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Horrreyyyyy!!! Ke Bandung lagi.
26 Mac 2015 pertama buat tahun ini, tapi entah dah berapa kali dah ke sana.
Namun excited tu memang over ok.
 
Alhamdulillah, saya ke sana bersama Aina dan adik biras saya, Tini.
Semuanya berjalan lancar. Perjalanan ke airport juga dipermudahkan. Tiada kesesakan lalulintas. Penerbangan ke Bandung jam 8.20 malam.
Kami sampai jam 5.30 petang. Sempatlah juga makan dan berjalan-jalan di KLIA2.
Kami cek-in awal kerana mudah untuk bersedia untuk Solat Maghrib di surau yang tersedia berdekatan dengan ruangan menunggu, Q11.
 Suraunya bersih, dengan penghawa dingin yang berfungsi dengan baik serta ada juga telekung yang bersih disediakan.
 
Pesawat pada malam itu penuh. Wah ramai yang nak shopping ke Bandung?
 Sepanjang dalam perjalanan Tini dok study hal GST untuk officenya, Aina sibuk dengan melukis dan saya dok lah mengaji. Yelah..macam-macam orang cerita tentang keselamatan naik kapal terbang ni. Apa sekali pun semua tu Qada dan Qadar.
 
Kami sampai seperti yang dijadualkan. 9.20 malam WIB (waktu Indonesia Barat).
Cuaca disana dingin. Baru lepas hujan rasanya.
Semuanya berjalan lancar juga. Pemeriksaan Kastam juga cepat.
Sampai di sana Mr. Husband telah pun menunggu bersama supirnya.
Capek!! Langsung ke Hotel. Kali ini kami memilih untuk menginap di FaveHotel Hyper Square, Jalan Kaliki, Bandung.
 
Rehat...rehat..
Esok kita sambung cerita jalan-jalan pulak yer.
Boarding Pass Air Asia KUL-BDO

KLIA2 Check In Counter
Surau di KLIA2 Kuala Lumpur

Waiting for flight Air Asia QZ176 AT 2020.


Arrival Bandara Husein Sastranegara Bandung, Indonesia
 

30 Mar 2015

CPUV by Cicakman 3 Premier with E.. , MAC 2015 / 100th & 101st BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
100!!
 
Alhamdulillah.
Ini adalah CPUV yang ke 100 buat Sulaman Lace Heaven.
 
CPUV yang ke 100 dan ke 101 ini adalah dari filem yang sedang hangat di pawagam dengan kutipan berjuta-juta ringgit. Mana tidaknya, pelakon-pelakon hebat yang ditampilkan oleh KRU Production.
 
CPUV kali ini adalah CPUV by Cicakman 3 Premier.
Terima kasih kepada penaja iklan serta NUFFNANG juga.
Semoga CPUV terus menerus singgah disini dan melekat lama-lama.
Dapatlah buat sedikit tabungan kan.
 
Terima Kasih juga kepada semua yang sudi singgah sini.
 
CPUV by Cicakman 3 Premier with E.. , MAC 2015 / 100th & 101st BE
 

Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

26 Mar 2015

Bandung....aku aku datang...rindu kamu!!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Malam ini penerbangan ke Bandung.
Setelah sekian lama tidak kesana.
Tidak ler bertahun lamanya..hehe.
Last ke Bandung September 2014 kalau tak silap.
 
Nak buat apa ke Bandung tu???
 
Penerbangan 26 Mac 2015
 
Memula sekali mestilah nak jumpa Mr Husband yang bertugas di sana.
Dia bertugas under projek lebuhraya usaha Plus dengan Indonesia.
Bulan ini dia tidak dapat bercuti kerana teramat sibuk dengan urusan di site.
Alhamdulillah, dah hampir siap jalan tol tu.
 
 
Tujuan kedua....
Shopping Raya!!
Kebetulan masih boleh buat tempahan baju, makanya sakan lah nak mencari koleksi Hari Raya.
Sambil-sambil itu juga nak juga mencari material untuk majlis perkahwinan keluarga. Sekarang ni majis kebanyakkannya dah ada warna tema bagai.
So kita sama-sama support sesama keluarga. InshaAllah
 
Lace dan Kain Sulam Bandung memang super cantik meletop untuk Hari Raya 2015
 
Tujuan ketiga ialah untuk mengambil pesanan-pesanan Pre-Order beberapa orang sahabat.
Ada ler sikit-skit business online tu. Rezki anak-anak.
Ada juga yang memesan Kek Kartika Sari. Kali ini saya tidak dapat nak buka order kerana tujuan membeli lace keluarga untuk majlis perkahwinan dah penuh beg.
InshaAllah mungkin ada rezkzi pergi lagi nanti.
 
Selain dari tujuan-tujuan di atas, sesekali nak juga bersantai hilangkan stress.
So kiranya ke Bandung tu sambil makan angina tugasan penting juga dapat dilaksanakan.
 
 
 Doakan perjalanan saya bersama anakanda Aina serta biras, Tini selamat pergi dan balik.
Semoga dipermudahkan segalanya.
Amin
Beg pasti akan beranak pinak kalau ke Bandung.
 

Aiman buat MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya, Selangor

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Aiman Faris telah pun genap 12 Tahun!!
Tiba masa mohon MyKad.
Saya buat di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya Selangor.
 
Untuk pengetahuan semua, bagi permohonan pertama kali tidak akan dikenakan bayaran sekiranya tarikh permohonan masih dalam tempoh sebulan dari tarikh lahir.
 
Kami ke sana seawal pagi. Risaulah kalau masa cuti sekolah ni ramai sangat yang beratur sama. Alhamdulillah, semasa sampai situ keadaaan masih lengang.
Ingatkan susah nak mohon. Mudah je uols.
 
Bagi yang ada anak pertama kali nak memohon Kad Pengenalan ataupun MyKad, sila rujuk bawah ni :-
 
1. Anak dan Ibu atau bapa perlu hadir bersama.
2. Bawa Surat Beranak salinan asal serta Kad Pengenalan Ibu atau Bapa.
3. Isi borang permohonan.
4. Ambil no giliran.
5. Terus ke Kaunter Permohonan untuk proses
6. Tunggu untuk ambil gambar di situ. (Disarankan memakai baju/tudung berwarna gelap)
7. MyKad boleh di ambil dalam tempoh sehari.
8. Bawa resit rasmi, serta Kad Pengenalan Ibu atau Bapa semasa pengambilam MyKad yang telah siap.
 
Sekarang Aiman dah besar. Dah ada MyKad.
Apabila Aiman dah besar maksudnya Mak Aiman semakin muda...
hahahaha....
 
Aiman Faris di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya.
Kaunter permohonan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya

 
Apa sahaja urusan isi borang hal anak-anak pasti kaum Ibu yang perlu lengkapkan.
Ruangan menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya


Senyum!! Ambil gambar MyKad di sini. Tidak perlu bawa gambar.


Jabatan Pendaftaran Negara terletak berdekatan bangunan MBPJ


Aiman Faris  dah ada MyKad Warganegara Malaysia.
DENDA hilang MYKAD Malaysia

 

25 Mar 2015

WW#8 Collection vs Selection

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Collection vs Selection
Dalam banyak-banyak Koleksi Jam G-Shock sampai tak tahu yang mana satu bakal menjadi pilihan untuk simpanan berharga kenang-kenangan.
 
Rasta ada
Joyrich ada
Iron Man ada
Frogman ada,
 
Yang tak ada...DUIT!!
hahaha
 
Jadi Model bersama Koleksi G-Shock Iron Man, Rasta, Joyrich
 
 
 

24 Mar 2015

Tahniah Akmal & Dida. Selamat Bertunang, 22 Mac 2014

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari minggu yang lalu merupakan penutup cuti sekolah.
22 Mac 2015 menjadi hari bersejarah buat adik ipar saya yakni adik Mr Husband yang ke 6, Akmal Hakim Abdullah yang telah mengikat tali pertunangan dengan pilhan hatinya Nur Hidayah Shariff atau mesra dipanggil Dee.
 
Majlis berlangsung di rumah kakak sulung Dee yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Terima Kasih kepada Mama Cik serta Pak Cik kerana sudi tumpangkan Fuza dan Aina. Harap kami tidak menyusahkan both of you. (Depa dua ni Pakcik Makcik Mr Husband)
Majlis berlangsung secara sederhana dengan dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat sahaja.
  Adat melayu dilupa jangan. Upacara merisik dimulakan sebelum ikatan pertunangan disempurnakan. Berbalas pantun..gurau senda usik mengusik memeriahkan lagi majlis perkenalan tersebut.
 
5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran.
Salah satu hantaran tersebut adalah dari air tangan saya sekeluarga.
Kek Nenas tu ikhlas dari saya keluarga.
 
Kalau cincin telah pun selesai disarung dijari manis yang dipinang, acara seterusnya MAKAN!! Hahaha..tak senonoh ko Fuza!!
Alhamdulillah, ada nasi dagang, ada kuih muih dan ada juga cheesekut!! Memang tak pandang kiri kanan dah wei.
 
Selesai makan, acara wajib ialah BERGAMBAR.
Kata depa, kalau saya tak turut serta sesuatu majli pasti tak ada jurugambarnya.
Yeke?
 
Alhamdulillah, majlis selesai dengan sempurna seperti yang dirancang.
Selamat Bertunang. Jangan buat leceh naa...darah manis tu.
Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan tugasan seterusnya, iaitu merancang persiapan majlis perkahwinan pula
 
Singgahsana simple untuk acara bertunang
Fuza dan anakanda Aina sahaja yang hadir mewakili Mr Husband yang berada di luar Negara.
Acara perbincangan final sebelum gerak ke rumah Dee
Rumah Kakak Dee, di Ayer Keroh Melaka
Hantaran dari pihak lelaki


Dee Daa..berseri dihari pertunangan


Selfie dulu


Makcik Hasiah, bakal ibu mertua Dee menyarungkan cincin pertunangan


Aina orang pertama cedok nasi. Lapar ye.



Cheesekut

Dee bersama bondanya yang bertudung biru, duduk semeja dengan kami bersoreh kata orang Perak.

Dee bersama kami bakal keluarga barunya,  makciknya, para kakak biras serta adik-adik ipar serta anak saudara

"Siapa yang bertunang?" Diaaaaaaaaaa...

Tini, Dee dan  saya..kami biras. Saya kakak yang sulong. Tini Kak Lang.
 
Akmal Hakim Abdullah serta tunangnya, Dee

 

Alhamdulillah, bertingkek-tingkek CPUV Nuffnang singgah.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Beberapa hari lepas tidak berapa aktif di Blog.
Kesianlah blog sunyi sepi.
Traffic pun merundum teruk.
 
Walaubagaimana pun tersangatlah happy kerana NUFFNANG masih berbaik hati tempek kan 5 CPUV baru.
 
CPUV by Ikea - Bed & Bath (March) , MAC 2015 / 95th & 96th BE
CPUV by Umobile - Banner Ads, MAC 2015 / 97th & 98th BE
CPUV by Colgate Total Charcoal, MAC 2015 / 99th BE
Terima Kasih semua.
Alhamdulillah.
 
CPUV by Ikea - Bed & Bath (March) , MAC 2015 / 95th & 96th BE
CPUV by Umobile - Banner Ads, MAC 2015 / 97th & 98th BE
CPUV by Colgate Total Charcoal, MAC 2015 / 99th BE
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

20 Mar 2015

Review - Bersihkan Blackhead dan melicinkan kulit dengan Biore Pore Pack Strips.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Sejak kebelakangan ini, cuaca panas menyebabkan kita mudah berpeluh.
Mulalah muka berkilat berminyak.
 
Saya juga mengalami kulit kering dan mudah berpeluh.
Kalau keluar di tempat panas pasti akan mudah keluar jerawat-jerawat kecil.
 
Selain daripada mencuci muka dengan air suam, mengamalkan meminum air masak serta minum jus antara amalan saya.
Namun bintik-bintik blackhead yang sering muncul di hidung memang menggangu penglihatan. Tepeklah bedak tebal mana sekali pun pasti Nampak cela tu.
 
Saya telah mencuba BIORE Cleansing Strips PORE PACK.
Alhamdulillah, dengan kepingan hitam tersebut, dapat juga membantu menanggalkan kotoran yng ada di bahagian hidung.
 
Cuba lihat..geram je tengokkan kotoran terperangkap di atas Cleansing Strip tersebut.
 
Nak pakai pun mudah.
- Basahkan hidung.
- Tampalkan BIORE Cleansing Strips PORE PACK
- Tunggu 5 hingga 10 minit.
- Tanggalkan dengan menarik kedua hujung Cleansing Strip Pore Pack ke arah tengah hidung.
- Bersihkan hidung anda dengan air bersih.
- Lihat kotoran yang berjaga ditanggalkan..
 
Berjaya kan??
 
Cubalah.
 
Kotoran terperangkap dengan  BIORE Cleansing Strips PORE PACK
Berjaya menanggalkan blackhead.  BIORE Cleansing Strips PORE PACK


 BIORE Cleansing Strips PORE PACK

 

19 Mar 2015

Cinderella cerita khayalan yang menjadi igauan para Princess di luar sana.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 Cuti sekolah bermula.
Tidak kemana pun kerana kelas tuisyen serta kelas tambahan untuk Aiman yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dijalankan seperti biasa.
 
Di kesempatan itu saya dan  Aina telah meluangkan masa ke GSC Paradigm Mall untuk menonton filem yang hangat masa kini iaitu CINDERELLA.
 
Cerita fantasi ini memang dari zaman saya kanak-kanak lagi teruja nak tengok.
Berangan- angan nak jadi Princess cantik, pakai baju cantik dan segala yang cantiklah.
Tapi yang kena dera tu tak mau lah kan.
 
Sejak menonton cerita ini, Aina dok lah berangan nak menjadi Princess. Tak sudah-sudah memunggah bakul baju mencari gaun ala-ala princess lah kononnya. Nasiblah sorang sahaja anak dara. Kalau ada 10..harus maknya jadi lebih garang dari Mak Tiri Cinderella tu...hahaha
 
Kepada yang belum menonton tu, boleh la bawa anak-anak. Walaupun kita dah tahu jalan ceritanya, tetapi cerita seperti ini bagus kerana ada diterapkan nilai-nilai murni seperti bersabar, jangan tamak dan kena lah menghormati sesama insani.
InshaAllah
 
 
 
 
Seperti semua ketahui, cerita CINDERELLA...
 
" menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik, tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari ia diseksa melakukan kerja rumah serta segala  kerenah keluarga tiri perlu dilayani. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia.
 
Suatu hari, seorang Putera ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta tari menari secara besar-besaran di istana, tetapi Cinderella tidak dibenarkan untuk ikut. Tetapi, Ibu Pari-pari telah datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang Puteri yang sangat cantik.
 
Di istana, sang Putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya menari. Cinderella jadi lupa, bahawa dia tidak boleh pulang lebih dari jam 12 tengah malam, kerana pada jam itu semua sihir Ibu Pari-pari akan berakhir. Denting lonceng pukul 12 terdengar, dan Cinderella berlari. Tak terasa, sebelah sepatu kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Sang Putera memungutnya, dan mengumumkan barangsiapa kakinya padan dengan sepatu itu, siapapun dia, akan dia jadikan isteri.
Namun, sepatu itu tidak padan di kaki siapapun yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella juga mencuba kasut tersebut setelah melalui pelbagai perit getir, dan kakinya padan. Cinderella akhirnya menikah dengan Pangeran dan hidup bahagia selamanya."
 
Cinderella  #My CindereallaMoment
Eh Princess Fuza pun nak posing juga



Bergambar dengan Cinderella
 
We are PRINCESS


My Princess Aina dengan gaunnya

 
 
 

ABC.. Air Batu Campur Super sedap meletop di Pantai Merdeka

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Musim panas nan terik ini memang menduga.
Bayangkan lah kalau sekarang ini adalah bulan Ramadhan.
Subhanallah.
 
Musim panas Air Batu Campur memang laris.
Teringat pula dengan ABC meletop di Pantai Merdeka, Pulau Pinang
 
ABC Cornetto Sempoi memang kaw.. RM5 semangkuk.
Cuba tengok tu. Berbaloi-baloi
Dengan aiskrim Cornetto sebatang.
Hah..memang bukan hilangkan dahaga sahaja, tapi boleh semput jugak gayanya ni..
hahahaha
 
Ada macam-macam versi ABC di sini.
Harganya lebih kurang je.
 
Sampingan dari ABC yang pelbagai rupa bentuk itu, ada juga laksa.
Dua tiga kali saya dah ke sini. Semua gerai laksa kat sini memang LETOP!!
Harga memang berpatutan. Memang berbaloi. Sedap pun sedap.
Kuew tiaw ada, rojak ada, nasi ayam ada..kiranya macam-macam lah ada.
 
Kepada sesiapa yang ke Pantai Merdeka, Pulau Pinang, jangan lupa cuba makanan kat gerai-gerai ini ye.
 
ABC MELETOP!!
ABC Cornetto Sempoi 
ABC ini Fuza yang punya!!!
ABC dan laksa di Pantai Merdeka memang sedap meletop


Pak Ali Café  Pantai Merdeka


ABC Gunung Jerai yang original
ABC Best punya di Pantai Merdeka Pulau Pinang

 

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78