HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jul 2015

"Topup Mini Giveaway By Cik Mimie"

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Jom join ramai-ramai mana tahu rezki anda?
Sambil -sambil kita tambah kenalan, erat silaturrahim
InshaAllah

"Topup Mini Giveaway By Cik Mimie"

  1. Pemenang pertama -Topup RM10.00
  2. Pemenang kedua hingga kelima - Topup RM5.00
TARIKH TAMAT : 04 - 08 - 2015

Solat Hajat Menjelang UPSR 2015

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Cerita tertunggak.
Pada bulan Ramadhan 2015, SK Sri Kelana telah menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat UPSR dan Solat Tarawih SK Sri Kelana 2015
Majlis diadakan di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.
 
 
Saya bersama anakanda sulong Aiman yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada September 2015 ini turut hadir bersama. Alif pun sibuk juga nak join. Aina tinggal bersama Atok kerana Aina ni pesen tidur awal, sat g jenuh lah kita nak tarawih bagai.
 
 
Alhamdulillah...
Majlis berjalan lancar,
Ramai ibubapa dan murid-murid tahun 6 Khasnya hadir
 
Menu berbuka puasa juga meriah, nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk dan kuih-muih disediakan. Bubur lambuk yang merupakan trademark Ramadhan juga ada.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pihak sekolah diikuti dengan wakil pihak masjid. Majlis bacaan Yasin diketuai oleh Imam Masjid Al Hidayah.
 
Apabila azan berkumandang, kami makan jamuan ringan bersama-sama.
Solat Maghrib berjemaah dahulu, baru selepas itu kami berbuka puasa makan nasi.
Makan nasi diberi masa selama setengah jam sebelum solat Isyak, SOLAT HAJAT serta solat Tarawih diadakan.
 
Semoga anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015 akan dapat menjawab dengan penuh teliti dan cemerlang.
InshaAllah, 5A buat semua.
 
Bersama anakanda Aiman Faris. Semoga lulus cemerlang UPSR nanti.

Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat UPSR dan Solat Tarawih SK Sri Kelana 2015


Anakanda harapan ku, Aiman Faris dan Alif Farhan.

Ruang makan untuk majlis berbuka ringkas sebelum Solat Maghrib


Guru-guru di bahagian pendaftaran untuk murid-murid dan ibubapa.

Anakanda Aiman bersama teman-teman perjuangannya. Semoga kalian semua cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2015 nanti.
Bacaan YASSIN beramai-ramai memohon keberkatan dari NYA

 

29 Jul 2015

29 Julai 2015....20 Tahun Bersama...Alhamdulillah

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
29 Julai 1995
 
Termeterai ikatan itu.
Tarikh itu...
1st time dia luahkan rasa hati...
Aku terkedu..
1st time pada tarikh itu, sejambak bunga mawar merah menjadi saksi
1st time pada tarikh itu, dia berjanji sumpah setia akan menjaga, membimbing, mengasihi aku seadanya.
1st time pada tarikh itu dia berjanji akan mengambil aku menjadi suri hatinya setelah segalanya bersedia kerana pada masa itu kami sama-sama sedang melanjutkan pelajaran.
1st time pada tarikh itu aku kenal erti cinta dan rindu.
Kerana engkau cinta pertama aku,
Alhamdulillah
 
Semoga Allah memberkati kami
Semoga Allah melindungi kami
Semoga Allah merahmati kami
Jauhkan kami dari segala anasir jahat hasad dengki.
Semoga Allah kurniakan keberkatan pada rumahtangga kami yang telah terbina selama 13 tahun ini.
 
 
 
To my Mr Ex-Boyfriend, My dear Husband now...
Mr. Adli Lutfi Abdullah
 
 
Sayangi aku seperti hari pertama itu.
Cinta takkan pudar..
Cinta terus mekar
Jujur Setia dalam perhubungan ini
Cinta penuh keikhlasan dan ketaqwaan.
Ya Allah berkati kami......
 
 
Happy 20th Anniversary Dear........
 
 
 
20 tahun CINTA Adli Lutfi <3 Fuza Musa Semoga berkekalan ke Syurga Allah
Adli Lutfi & Fuza Musa
Doakan kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan ke Syurga Allah
Amin
 
 

WW#16 Gambar raya yang membawa 1001 kenangan.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa hati ini.
Betapa gembiranya Atok dapat bersama cucu-cucuanda di pagi 1 Syawal.
Alhamdulillah, Semoga Abah sihat walafiat dan dapat berhari raya bersama kami sekeluarga lagi. 
 
Hari Raya sempoi cucu-cucu bersama Atok
 

28 Jul 2015

Cerita Aidilfitri 2015 Fuza..1 Syawal

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Salam Aidilfitri 2015
 
Cerita Aidilfitri kami di Penang, kampung mertua.
Alhamdulillah, sambutan sederhana tapi meriah.
Pada mulanya perancangan berhari-raya dengan ayahbondaku.
Tetapi atas alasan-alasan tertentu terpaksa tukar program berhari-raya di bersama mertua. Jadinya sudah 3 tahun berturut-turut berhari raya di Penang.
 
 
 Pagi raya kami sekeluarga berwarna tema UNGU.
Sememangnya ini warna kegemaran saya.
 Saya memakai Prada Lace 3D berwarna ungu design dari Bandung.
Hadiah dari Mr. Husband.
Thank you dear..
Warna ungu menceriakan suasana raya. Alhamdulillah.
Nampak seragam, Nampak sedondon, Gojes tak??
 
 
Berposing pagi raya itu WAJIB.
Yelah, bukan selalu nak bersampin bagai.
Bergambar keluarga sebagai kenang-kenangan
 Indahnya 1 Syawal apabila bermaafan di pagi raya.
Semoga segala kekhilafan dapat di maafkan.
 
 
Menziarah pusara Arwah Umi mertua membangkit suasana syahdu.
Kenangan bersama arwah sentiasa menggamit nostalgia semasa kami bersama.
AlFatihah buat arwah Umi, Padilah Hashim.
 
 Bergambar keluarga bersama ayahbondaku sangat diidamkan.
Alhamdulillah, kesampaian juga memenuhi kehendak abah untuk bersama cucu-cucuandanya di 1 Syawal. Semoga abah sihat panjang umur kita dapat bersama 1 Syawal yang akan datang. Amin.
 
Bagaimana Raya anda? Meriah? 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 dari Adli Lutfi dan Fuza Musa di Penang

Adli Lutfi & Fuza Musa, Macam Pengantin Baru tak??
Doakan kebahagiaan kami hingga syurga abadi.

Di rumah Kampung Permatang Tinggi A, Kepala Batas, Penang
Apabila PRINCESS berposing Raya.

Posing dengan Blogger Chekgu Azrine di pagi raya.
Mr Husband memohon ampun maaf doa restu dari ayahanda beliau, Abdullah Mustafa



Bergambar bersama Ayahbondaku, Musa Haji Mohamad  & Fatimah Osman di Kuala Ketil, Kedah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015
 
 

13 Jul 2015

Dapat Kad Raya lagi!! Terima Kasih atas ingatan

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah..
Seronok rasanya apabila terima lagi dan lagi Kad Ucapan Hari Raya.
Macam banyak bebenor ye.
 
Kali ini Kad Raya ke 4 dari Cik Uzu Emas Putih.
Siapa tak kenal. Artis dah dia tu.. hehe.
Thanks ye Uzu atas kesudian hantar kad raya tanda persahabatan sesame blogger.
 
Kad Ucapan cute mute seterusnya datangnya dari Adik Manis Sally Samsaiman.
Sally pun antara blogger yang fofuler yer uols,
Ingat KOREA ingat adik Sally kita ni.
Thank you yer Sally susah payah cari alamat akak untuk pos kad ini.
 
Salam Aidilfitri buat Uzu yang akan pulang berhari raya ke kampong halamannya di Sabah kalau tak silap saya,
Adik Sally berhari-raya kat mana tu?
 
SALAM AIDILFITRI 2015
EMAS PUTIH

SALLY SAMSAIMAN
 
 
 

8 Jul 2015

Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Menjelang Aidilfitri ni, jom ramai-ramai join Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl
 Mana lah tau rezki dapat duit raya tahun ni,
 
Jom kita join ramai-ramai.
Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl
 
SALAM  AIDILFITRI dari Sulaman Lace Heaven
Buat semua sahabat blogger yang telah lama dikenali mahu pun yang baru dikenali.
Semoga Lebaran ini membawa seribu erti kesyukuran dan limpah rahmatNYA.
 
 

CPUV by Wall's Magnum Raya [PC], July 2015 / 153rd & 154th BE

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Terima Kasih NUFFNANG
Alhamdulillah, dalam kesibukan tugasan harian, baru berpeluang kemaskini CPUV awal July ni. Ada lah juga seketul dua yang singgah July ni. CPUV pun tengah sibuk buat persiapan Aidilfitri kot. Jarang pulak nak singgah.
Tapi syukurlah ada juga yang singgah ni.
 
CPUV by Wall's Magnum Raya [PC], July 2015 / 153rd & 154th BE
 
Terima Kasih kepada semua yang masih terus singgah di SULAMAN LACE HEAVEN.
 
CPUV by Wall's Magnum Raya [PC], July 2015 / 153rd & 154th BE
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

7 Jul 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


Dapat Kad Raya!!..Budaya Kirim Kad Raya tak lapuk dek hujan...tak lekang dek zaman.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Menjelang Aidilfitri..
Alhamdulillah
Ada juga sekeping dua tiga kad raya yang saya terima.
Terima Kasih kepada yang sudi-sudi hantarkan Kad Ucapan tanda persahabatan dan silaturrahim sesama kita.
 
 
Sejak zaman berteknologi masa kini, memang payah nak terima kad ucapan sesama kita.
Ramai yang sampaikan ucapan melalui sms, whatsApp, telegram, instagram, facebook dan pelbagai lagi medium teknologi internet. Lebih mudah dan jimat.
 
 
Namun Budaya Kirim Kad Raya tak lapuk dek hujan...tak lekang dek zaman.
Antara kad ucapan Aidilfitri yang telah pun saya terima ni datangnya dari sahabat blogger.
Terima Kasih kepada Kathy R'Bain, Shida Radzuan serta Aida di atas susah payah kirman kad ucapan tersebut.
 
 
Semoga persabahatan ini terus kekal terjalin.
 
 
Kathy R'Bain


SHIDA RADZUAN


AIDA

Salam Aidilfitri 2015

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Wangi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Wangi
 
Bahan-bahan lapisan bawah (Pulut)
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
 
Cara-caranya
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya selama 4 jam.
2. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut bersama santan, air serta sedikit garam ke dalam loyang. Sebelum masukkan pulut, sapukan sedikit minyak di sekeliling Loyang supaya senang tanggal semasa potong nanti.
3. Kukuh dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
4. Apabila pulut masak, gaulkan hingga sebati. Tekan-tekan ke dalam Loyang. Mampatkan.
 
 
 
Bahan-bahan untuk lapisan atas.
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
250 gm gula pasir
2 biji telur
250ml santan pekat
500 ml air
1 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pandan paste
 **(kalau nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan yang dikisarkan dengan air di atas. Tapiskan terlebih dahulu)
 
Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk.
2. Masakkan sehingga naik wap dan sentiasa di kacau dengan api perlahan untuk mengelakkan adunan berketul.
3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah (pulut)
4. Kukuskan selama 30 hingga 40 minit.
 
Selamat Mencuba
 
Seri Muka Pandan Wangi

Kukus Pulut dengan santan di dalam loyang


Pulut yang telah di kukus
Kuih Seri Muka Pandan Wangi telah siap di kukus.
 

6 Jul 2015

KAD RAYA SULAMAN LACE HEAVEN

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Alhamdulillah
Tahun ini ada rezki lebih dari Mr. NUFFNANG makanya saya gunakan income tersebut untuk menempah cetakan Kad Raya.
 
Terima Kasih kepada sis blogger popular SHIDA RADZUAN.
Senang berurusan dengan adik Shida ni.
Ramai blogger yang kirim cetakan melalui beliau.
 
Thank you juga kepada sis KATHY R'BAIN coz dia yang design.
 Saya cut and paste je dari header blog. Then email ke Shida semua maklumat.
Dalam tempoh seminggu kad siap.
Sengaja saya guna header blog, bagi orang kenal blog Sulaman Lace Heaven.
 
 
Ada ke sesiapa nak bertukar KAD RAYA SULAMAN LACE HEAVEN?
LIMITED pieces yang masih available.
Kepada 15 yang pertama komen dengan address di ruangan komen di bawah ini, nanti saya akan pos kan yer.
(yang dah dapat tu tak yah lah kan :)
 
InshaAllah
Kad Raya Sulaman Lace Heaven 2015
 
Cetak Kad Raya bersama Sis Shida Radzuan
 

3 Jul 2015

Tag, Repost & Win Instagram @sookascarf_kj

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Tag, Repost & Win @sookascarf_kj
 
Shawl PERCUMA untuk hari raya!!
 Kami akan berikan sehelai Tyara for Raya (worth RM70) kepada pemenang utama dan sehelai Tyara Basic (worth RM55) kepada rakan yang ditag.
...

JOM JOIN!
3 langkah mudah yang perlu anda lakukan:

1) Follow insta @sookascarf_kj 2) Tag SEORANG rakan anda di ruangan comment di insta @sookascarf_kj3) Repost gambar di atas di Instagram anda
🌷 Comment terakhir adalah pemenang!
🌷 IG anda tak boleh private ye.

Tunggu apa lagi?!!! JOM JOIN!!!
Visit Instagram @sookascarf_kj

1 Jul 2015

1 July 2015 ...Hari Lahir Aina Farihah...Dah 7 tahun hari ini..

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Happy 7th Birthday Aina Farihah Binti Adli Lutfi
 
1st July 2008 Lahir Puteri yang dinanti-nanti dalam rumahtangga kami.
Alhamdulillah...Allah Maha Mendengar permintaan hamba-mu ini.
Aina Farihah Binti Adli Lutfi nama diberi.
Puteri kami setelah dikurniakan 2 orang Putera....

Lahir sempurna syukur Alhamdulillah

Hari ini genap usia Aina 7 tahun.
Terima Kasih Allah kerana zuriat ini.
Semoga Aina menjadi anak yang solehah, beriman bertaqwa dan bakal dihargai dan disanjung dewasa nanti dek kerana kemuliaan keperibadian serta keimanannya.
Cantikkan Akhlaknya, hiaskan pekertinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

InshaAllah.
Selamat Hari Lahir anakanda Aina Farihah Binti Adli Lutfi

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78